Orait, sebelum ni kita dah pernah dah cerita pasal program Geoinformatik ni secara dasarnya... jadi, ada yang bertanya, boleh ke aku masuk program ni? aku layak ke?
Jadi, post kali ni nak berkongsi jela, apa syarat kemasukannya la... cuma yang ni fokus kat Program Geoinformatik di UTM jela ye....
Firstly, ada syarat Am, then ada Syarat Program...
Syarat Am UTM:
lulus SPM dengan kepujian, iaitu lepas Gred C. pastu kena lulus Matrikulasi KPM atau mana2 asasi dengan at least PNGK 2.00...
MUET? cuma tahap 1 (Band 1)...
Ok, then.... ada 3 kaedah nak masuk;
1. Daripada Matrikulasi/Pusat Asasi
At least PNGK 2.70..
dan
dapat Gred C (2.70) untuk mana-mana 2 subjek:
Mathematics / Engineering Mathematics
Physics / Engineering Physics
Chemistry / Engineering Chemistry
Biology
Computer Science / Information Technology
Engineering Science
Civil Engineering Studies/Electric Engineering Studies/Mechanical Engineering Studies
Accounting
Economy
haaa......
2. Daripada STPM
lebih kurang juga macam Matrikulasi juga....
At least PNGK 2.67..
dan
dapat Gred B (2.67) untuk 2 subjek:
Mathematics M / Mathematics T
Pengajian Perniagaan
Perakaunan
Ekonomi
Geografi
Physics
Chemistry
Biology
3. Daripada Diploma
memiliki diploma dalam bidang berkaitan, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.70... apa diploma berkaitan tu? ni ha senarainya:
Diploma in Computer Science
Diploma in Valuation
Diploma in Architecture
Diploma in Land Survey
Diploma in Town and Urban Planning
Diploma in Quantity Surveying
Diploma in Civil Engineering
Other equivalent Diplomas which are considered relevant to the programme
tapi kalau tak cukup PNGK 2.70, boleh juga, dengan syarat bekerja 2 tahun dulu dalam bidang berkaitan....
MUET? Band 2...
ok? harapnya info ni membantu sikit2....
kalau nak tahu lanjut pasal syarat kemasukan ni, boleh klik di link FABU ni:
http://builtsurvey.utm.my/academic/bachelor-of-science-geoinformatics/
artikel berkaitan:
regards
#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM
No comments:
Post a Comment