Friday, April 26, 2019

Review Buku: The Adventure of the Speckled Band - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

So, selepas membaca buku fizikal, kali ni diteruskan lagi dengan buku audio. Kali ni nak berkongsi tentang satu buku dalam siri Pengembaraan Sherlock Holmes (lagi). Kali ni bertajuk The Adventure of the Speckled Band.

Friday, April 19, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Port Cornwell

Assalamu'alaykum,

so, kali ni menyambung cerita travel ke Penang. So, destinasi pertama kami sebenarnya adalah Port Cornwallis, yang terletak di Georgetown. Tempat ini adalah tempat pertama yang dijejaki kakinya oleh Kapten Francis Light ketika tiba di Penang. Port ini berbentuk bintang berbucu empat. 

Tapi sayang, ketika kami tiba, ianya dalam proses penambahbaikan, jadi tak dapat menikmati dengan lebih baik pula Port ni. Jadi, kami cuma dapat membaca apa yang terdapat di dinding-dinding sekitar Port Cornwallis ini. 

Terdapat juga satu pameran ringkas, beberapa perubahan yang telah berlaku kepada Port ini dari tahun 1791 sehingga terkini. Orait, kita nikmati jela gambar-gambar yang ada, sebab gambar pun dari jarak jauh je. 

Sedikit Sejarah Port Cornwallis

Pintu masuk ke Port Cornwallis, tapi dari jauh jela

antara maklumat sejarah Port Cornwallis ini

Friday, April 12, 2019

Siri Buku: Red-Headed League - Sherlock Holmes Series (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

so, kali berjaya menghabiskan satu lagi audio book. Dan masih lagi berkisah kepada penyiasatan Sherlock Holmes. kali ini, ianya mengisahkan liga orang berambut merah (Red-Headed League). Kisah ini bermula dengan seorang pemilik kedai makan yang berambut merah, berjumpa dengan Sherlock Holmes, mengadu tentang isu dia. Dia telah diambil bekerja dengan satu syarikat yang inginkan seseorang yang betul2 berambut merah. dan dia terpilih. kemudiannya, tiba2, selepas 6-8 minggu, pejabat yang dia pergi tutup. Dia menunggu lama. dan masih tiada. Dia merasakan tertipu, dan bila dia bertanya orang sekeliling pejabatnya, mereka juga tidak tahu apa2 berkenaan pejabatnya.

Friday, April 05, 2019

Program Geoinformatik - Data apa yang akan dikumpulkan?

Assalamu'alaykum,

Orait, kembali ke sesi berkaitan Program Geoinformatik ni... sebelum ni ada diceritakan, dalam GIS, ada data yang dikumpulkan, dan dalam Program Geoinformatik ni, tahun pertama dan kedua, asas-asas utama data yang digunakan dalam GIS akan ditekankan terlebih dahulu.

orait, banyak data yang dikumpulkan, antaranya data field work, data GPS, data plan, data dari Dron yang korang suka main tu kan, ada data satelit..... dulu2 ada data dari kapal terbang, ariel photo namanya, tapi dengan teknologi dron, maka zaman ariel photo guna kapal terbang dah semakin berkurangan....

(Kredit: https://www.esri.com/en-us/home)

Pasal data-data ni, bukan kita belajar nak kumpul je tau. ada teknik untuk mula kumpul data, ada disiplin ilmu pasal data ni. nak kena setup/setting alat dulu. lepas tu, ada lagi beberapa benda, sebelum boleh kumpul data. lepas kumpul data tu, kita belajar nak proses data tu, bagi jadi lebih tepat dan mampat... eh silap, lebih tepat dan jitu. hehe...

Contoh data dari Dron di Tasik Ilmu, UTM (kredit: Dr Alvin Lau)
Lepas data-data tu dah dipastikan sah, tepat dan jitu, barulah kita boleh buat analisis untuk data-data tu... haaa..... nak cerita pasal analisis data ni, takkan nak cerita dalam ni sekali, nanti kita post satu lagi pasal macamana nak proses data ni, dan sikit info analisis-analisis yang menarik yang boleh dibuat.... analisis-analisis ni pun, ada kemungkinan sebenarnya korang dah pernah guna pun.


orait, so, kita jumpa lagi next post ye...

regards

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...