Friday, December 28, 2018

Kelajuan menaip...

Assalamu'alaykum,

So, menaip menggunakan pelbagai platform menjadi keperluan. Menaip/menulis menggunakan tangan atas kertas, atau menggunakan komputer/laptop, atau menggunakan tablet/handphone. So, kali ni saya nak kongsikan salah satu website yang membenarkan anda mengetahui tahap kelajuan anda menaip... tapi bukan menulis guna pencil/pen la ye. hehe...

anda boleh pergi ke website ini;


Kiraan kepantasan menaip akan berdasarkan kepada berapa banyak patah perkataan anda boleh taip dalam masa seminit. Pelbagai ayat tidak masuk akal, dan tidak berkait antara satu dengan yang lain akan diberikan. Daripada keputusannya, anda akan dapat maklumat seperti gambar di bawah;

Typing Test


jadi, anda hendak cuba? boleh cuba. dan ada banyak lagi website yang membenarkan kita mengetahui kepantasan kita menaip. Kepantasan saya sekitar 77-83 perkataan seminit sahaja. ada yang paling laju, direkodkan dalam 200 patah perkataan seminit.. wow... haha.

Ok, selain website di atas, kalau anda ingin belajar menaip lebih laju lagi, anda bole cuba ke website di bawah pula;


harapnya, lepas ni anda lebih power menaip, dan dapat membantu menjadi lebih pantas


orait, selamat mencuba.

Monday, December 24, 2018

Program Geoinformatik - ni program apa?

Assalamu'alaykum,

GEOINFORMATIK

Ramai yang pernah terbaca, atau ternampak perkataan Geoinformatik ini. Terutama kepada pelajar matriks, STPM, malah tahun asasi di mana2 universiti. Dan ramai tidak tahu apa sebenarnya Geoinformatik ni. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit apa benda program Geoinformatik ni....

Sebelum bermula, saya nak tanya, pernah tak anda menggunakan Google Map? atau Waze? atau OpenStreetMap? pernah naik Grab? Apa persamaan kesemua apps di atas? Ada ke orang jaga kat belakang apps ni untuk pastikan info korang dapat tu betul ke tidak?

Friday, December 21, 2018

Siri Buku: A Scandal in Bohemia - Sherlock Holmes Series (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

So, kali ni nak berkongsi satu lagi novel yang "dibaca (baca: dengar)" melalui audio book, iaitu siri The Adventure of Sherlock Holmes - A Scandal in Bohemia. Kisahnya bermula apabila Sherlock Holmes menerima sepucuk surat tanpa nama, dan alamat. Cerita ini diceritakan daripada orang kedua, iaitu Dr Watson, pembantu kepada Sherlock Holmes.


Friday, December 14, 2018

Siri Buku: Imbauan

Assalamu'alaykum,

So, kali ini nak bercerita pula tentang satu karya "kartun" yang dihasilkan oleh kartunis "Mie", iaitu Imbauan. Karya ini adalah gabungan antara "kartun" dan juga penceritaan ringkas.


Friday, December 07, 2018

Siri Buku: 20,000 Leagues Under the Sea (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

Jadi, kali ini nak berkongsi satu lagi review buku yang agak menarik, dan kali ini bukan #sirimembaca lagi, tetapi siri mendengar, iaitu buku audio (audio books). Buku ini adalah buku klasik, daripada karya Jules Verne. Audio book ini menggunakan suara aktor terkenal satu ketika dahulu, iaitu Alex Jennings. 


Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...