Monday, September 28, 2009

Reunion Batch 1: Syawal 2009

Assalamualaikum,

last saturday, we (first batch SMIH) konvoi ramai2 beraya from one house, to another one. after 3 years tak buat, this year, buat gak, gagahkan jugak hati. after early arrangement with najib, we gather some of the phone number who has been change, and make a call to one another, make appointment, and lastly, last saturday, we go konvoing...truly best...tapi tak best, sebab ummi tak nak ikut. and rupanya, kalau ummi ikut, ummi sorang je perempuan. sighh....

anyway, here some pic


Saturday, September 19, 2009

Friday, September 18, 2009

Iftar PaLS 2009

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya PaLS berjaya melaksanakan program iftar 2009 nya, bertempat di rumah Yeop, Ammar, Asim, dan adik2nya, serta abahnya, program berjalan agak perlahan di awalnya, namun tetap meriah dengan 30 orang lebih ke majlis iftar ini. so, gambar ada, layan jelah ye



Monday, September 14, 2009

Panas dan Sejuk

Assalamualaikum,

cuaca di Johor, terutamanya di Skudai panas ketika ini. lebih dua minggu tidak hujan, dan sangat2 panas, terutamanya di tengahari dan petangnya.

Afifah pun dah tidak mampu tidur dengan lena di malam hari. gelisah je...kesian afifah..

anyway, mungkin ianya akan mengganggu sedikit perjalanan dan keselesaan dalam beribadah, lagi2 di hujung Ramadhan yang mulia ini...ada beberapa hari lagi. malam ini, malam ke 25 Ramadhan, dan masih ada 6 malam lagi, sebelum 1 Syawal menjelma.

masih ada peluang untuk memecut dalam amal ibadah..

aduss..kenapalah badanku ini, makin teruk keadaannya? makin sukar rasanya. salah makan? tak cukup vitamin? tak cukup senaman? memang semuanya tak cukup.

sebab apa ye? sebab permakanan? tidak seimbang? atau makanan itu sendiri dah tidak berapa ok? yelah, ayam yang dah disuntik, ikan yang dalam air yang tidak sihat, sayur yang bercampur sikit2 dengan racun, tambah dengan ubat-ubatan, bertambahlah eden punya sakit..

anyway, Ramadhan Kareem!! semoga masih punya waktu untuk memperbaiki diri..

azam, azam, azam...


Friday, September 11, 2009

Berapa hari lagi nak Raya?

Assalamualaikum,

bismillahirramanirrahimmm....

"eh, rupanya dah masuk hari ke 21 Ramadhan" kata seorang kakak kepada adiknya

"kita akan puasa lagi 8 hari je lagi!" bincang dua beradik kembar comel

"baju raya ko berapa pasang?" tanya seorang rakan sekolah kepada temannya

"tinggal lagi berapa hari nak raya, kuih pun tak sempat buat lagi" fikir seorang isteri dalam kepalanya

"aduss...tiket ni, takde ke awal sikit?" bentak seorang pelajar IPT di stesen bas

---> ini antara persoalan dalam minggu terakhir Ramadhan ini. manusia, insan, di Malaysia ini, kebanyakannya teruja bila memikirkan berapa hari lagi tinggal untuk beraya. dan tidak salah untuk teruja, seronok, gembira, kerana ianya merupakan HARI KEJAYAAN, setelah sebulan menahan nafsu..

tapiiiiiiii.....kita terlupa satu perkara lagi;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" [Al-Qadr, 97 : 1-5]

oh, rupanya, ada malam lailatulqadr yang kita perlu fikirkan! Malam lailatulqadr ini, dinyatakan dalam banyak hadith, berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan. dan pada saat dan ketika ini, ramai yang dah mula merasa "kepenatan", "keletihan", "kecapekan", dan segala yang berkait dengan kekurangan tenaga, kekurangan ketahanan mental. dan masih lagi, rupanya, disaat-saat "terasa-tidak-terdaya" ini, ada satu lagi perkara yang perlu kita gagahkan diri untuk mendapatkannya..

MALAM LAILATUL-QADR

tak perlu berbicara kelebihan dan besarnya pahala pada malam ini. banyak dah ada dalam radio, TV, ceramah dan lain-lain. tapi kita perlu bicarakan, apa taktik, dan strategi kita untuk mengejar malam yang penuh barakah ini....

persediaan mental? fizikal? ruh? untuk bangun awal pagi, perlu tidur awal, perlu rehatkan badan, dan tidak terlalu penatkan diri dengan aktiviti yang tidak perlu, seperti shopping jauh2, atau cari juadah lama2 di Bazar Ramadhan. cukup sekadarnya..

lalu, masih ada lagi beberapa hari untuk mencari keredhaan, kerahmatan, dan juga penghindaran dari api neraka. maka, cubalah beramal, beribadah, sebaik yang mungkin. kalau tak dapat banyak, dapatkan sedikit, kalau tidak dapat sedikit, dapatkanlah sedikit daripada yang sedikit itu...

insyaALLAH, redha ALLAH akan mengiringi hamba-hambaNYA yang ikhlas kepadaNYA...

Monday, September 07, 2009

Sunday, September 06, 2009

sepertiga RAMADHAN ketiga

Assalamualaikum,

alhamdulillah, kita telah pun berada di hari yang ke 16 Ramadhan, dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang masing2 telah lalui..

dan, persoalannya, apakah persediaan untuk sepertiga malam yang terakhir Ramadhan kali ini?

satu tazkirah untuk diri sendiri, muhasabah untuk memperbaiki diri sendiri.

yang mudah;

1. tilawah Al-Quran, adakah masih "on the track"? atau dah terkeluar landasan?

2. solat tarawih? ni pun perlu diperhalusi..

3. sahur? adakah masih maintain? atau telah dimaintain oleh tidur kita?

4. qiamullail? sekadar 2 rakaat pun Alhamdulillah...masihkah kita?

dan lain2 lagi, tapi cukup sekadar 4 dahulu. bersedia untuk pecutan maksimum kita nanti...

Tuesday, September 01, 2009

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...