Friday, January 18, 2019

Program Geoinformatik - Lawatan Sambil Belajar

Assalamu'alaykum,

So, sebelum bermula, nak bertanya. pernah tak masa sekolah, korang buat lawatan sambil belajar ke mana2? kalau pergi zoo, atau muzium ke, atau pusat sains negara ke. ada kan? so, kalau korang sambung belajar di UTM, dalam Program Geoinformatik ini, kebiasaannya, akan ada program lawatan sambil belajar juga. 


Kali ni, apa yang dipelajari dalam UTM, dalam program ini, mungkin ada yang tak nampak lagi, mana hala tuju, apa kegunaan GIS ni di dalam negara. kat luar negara mungkin nampak Waze dan Google Map kan. so, apa yang ada dalam negara ni, yang guna GIS?

itulah dia gunanya lawatan sambil belajar ni.


So, kali ni nak bercerita pasal satu lawatan, untuk pelajar tahun 3, 2019. depa semua ni, dibawa untuk melihat aplikasi GIS yang telah dibangunkan di syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd, di Larkin, Johor. Kali ni, pelajar diberikan sedikit penerangan, apa yang ada kat Ranhill SAJ, latar belajar sikit, dan akhirnya, pelajar ditunjukkan data-data GIS yang digunakan dalam Ranhill SAJ. 

apa yang menarik? banyakkkk sangat... antaranya, dapat tengok, apa analisis yang selalu digunakan oleh Ranhill SAJ, apa lagi data-data yang boleh ditambahbaik, macamana nak integrate GIS dengan lain-lain aplikasi bukan GIS seperti sistem bil, sistem aduan dan lain-lain lagi. 

so, ini ada sedikit gambar lawatan mereka kali ini. Mereka telah melawat sambil belajar ke SAJ pada Januari 2019. (agak lewat post ni). anyway, jumpa lagi lain kali dalam topik-topik berkaitan program ini... nikmatilah gambar-gambar di bawah ni ye...

Muka ceria tiba di Ranhill SAJ

Menunggu dengan sabar pihak Ranhill SAJ memberi taklimat

Add caption

Tuan Haji Fuad, Ketua bahagian teknikal

Penerangan secara hands-on daripada Puan Rozita

Penerangan dari pihak Ranhill SAJ Info Center

buat-buat tekun mendengar

Bergambar bersama staf Ranhill SAJ, dan para pelajar

artikel berkaitan:



regards

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...