Friday, March 30, 2007

Benci

Assalamualaikum,

rasa benci, kadang2 terasa dalam hati..merasakan betapa beratnya beban kebencian...

namun kebencian tidak boleh disimpan sahaja, ia akan menjadi beban pada diri...teringat pada satu kisah, kisah seorang guru, menyuruh anak muridnya menulis nama orang yang mereka benci pada kentang, dan kentang itu perlu dibawa setiap masa, dan akhirnya, anak2 muridnya mengeluh, mengadu tentang kebusukan kentang2 itu, dan ditekankan, begitu juga dalam kebencian kita dalam hati, yang kita sendiri tanggung, orang yang kite benci, sakit hati, tak merasa apa2pun...hidup masih terus seperti biasa..tanpa sedikit pun terasa terpikul beban..

begitu juga dalam hidup kita, perlu sentiasa bersedia...

Wednesday, March 21, 2007

Only One Word

Yourself: Great

Your Lover: Great

Your Hair: black.

Your Mother: Nice

Your Father: respected.

Your Favorite Item: teknologi

Your Dream Last Night: none

Your Favorite Drink: Teh

Your Dream Home: Mukmin

The Room You Are In: Pejabat

Your Pets: None

What You Are Now: Typing

Who You Want to be in Ten Years: Myself

What You Want to be in Ten Years: mu'min.

What You're Not: musyrik.

One of Your Wishlist Items: Job

Your Gender: male.

The Last Thing You Did: read

What You Are Wearing: jacket

Your Favorite Weather: cool.

Your Favorite Book: Harry Potter

The Last Thing You Ate: Meat

Your Life: Beautiful

Your Mood: Nervous

Favorite article of clothing: cargo Pant

Favorite color: Green

School: SMIH.

Song: None..

hampeh umayr, sengal ayam betul...sanggup die tag orang..takpe...nak tag sape ek?
1. future doc dah ke?
2. hafiz bai....haha
3. Dhany kalau dia baca ar
4. Awla

cukup ar tu, penat weh buat ni..tu pun ada yang dua perkataan..nak buat macamana...hehe

Tuesday, March 20, 2007

Indahnya...

salam,

lepas beberapa lama, terkejut bile mendapat khabaran, perlunya menghantar draf projek satu dalam jangka masa yang singkat...padahal, hanya sedikit yang berjaya disiapkan...lalu, pada hari penghantaran draf kepada supervisor, masih banyak tidak dapat disiapkan, dengan harapan, akan menjadi lega sedikit...akan tetapi...

supervisor menyuruh untuk menukar semuanya, membetulkan kebanyakan daripada bab 2 dan bab 4, bab 3 yang masih belum disentuh, disuruh untuk mengikut kaedah yang betul. ya memang, penulisan kali ini, tidak mengikut kehendak, dan mengikut pandangan sendiri sahaja. akhirnya, ia membawa padah, kerana ketidak sesuaian dengan tahap sarjana...lalu, semuanya dibuat semula..

dua hari lagi, penulisan masih belum dapat disiapkan. lalu, dengan susah payah, tangan terus laju menaip, otak ligat berfikir, apa lagi yang nak dimasukkan, apa lagi yang perlu diterjemahkan...dan sehari sebelum penghantaran, bab 3 masih belum disentuh, dan baru dibuat...hati merasakan seperti tiada harapan lagi untuk menyiapkan draf...

solat zuhur d masjid, menenangkan hati, lalu otak berfikir, sampai bile aku nak melarikan diri dari masalah? aku perlu hadapi semua ini..lalu tekad dibulatkan, draf akan disiapkan malam ini juga!! lalu, bertungkus lumus, hingga melupakan seketika bahawa terdapat dunia yang lebih besar di luar sana...dan terus menerus, dan tanpat disedari, jam sudah lewat 2 pagi...

pagi itu, akhirnya siap semuanya..tapi, ujian masih belum berakhir, ianya perlu diprint...dan saat itu juga, printer membuat hal seperti sebelum ini, meragam dan tidak mengeluarkan hasil...dengan tekanan, akhirnya, mendapat tempat untuk mencetak, selesai, photostat, dan akhirnya, binding, dan bersedia untuk dihantar...

hati yang lega bernyanyi riang, berjumpa dengan sahabat, dia membelek draf, lalu bertanya, eh, mana yang lain? kandungan? abstrak? lain2? hati berdetik "ah, sudah..."....lalu sekelip mata menghilangkan diri dari pandangan kak lijah, dan terus ke bilik member, untuk menyiapkan sedikit lagi...dan lewat jam 4.30petang, semuanya selesai, dan kak lijah tersenyum saat menerima draf yang telah disiapkan...akhirnya....

walaupun seperti tidak mampu disiapkan, tapi keyakinan dan kerbergantungan kepada ALLAH membuktikan segalanya mungkin, tiada yang tidak mungkin..walaupun mungkin terpaksa mengorbankan sesuatu yang lain...ia terpaksa dilakukan...kerana "Inilah dia jalannya..."


thanx ALLAH, thanx ALLAH..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


=) esok present projek 1...doakan dilepaskan...dan cemerlang...


----------------------------------------------------------------
thanx pada orang yang mempercayai diri ini untuk menyiapkan draf ini...dan terima kasih kerana memahami...maaf kerana terlalu sibuk...

Thursday, March 15, 2007

benda2...

assalamualaikum,

mmm...dalam banyak2 benda,

ada benda yang nak sangat kita buat,
ada benda yang malas sangat kita buat,
ada benda yang kita nak buat
ada benda yang kita tak nak buat..

ada benda yang kita suka buat,
ada benda yang kita tak suka buat,
ada benda yang senang nak buat,
ada benda yang sukar nak buat,

ada benda yang kita buat cepat2,
ada benda yang kita buat lambat2,
ada benda yang mudah nak dibuat,
ada benda susah sangat nak buat....

apapun benda itu, terpulang pada individu,
ada yang sukar, ada yang mudah
ada yang indah, ada yang tak indah..
apapun, bersyukur atas apa yang diberi...

dengan bersyukur, hati akan menjadi tenang...

Monday, March 12, 2007

nasyid dulu2 kala

last night, masa tengah senggang antara buat tesis, tengok2 balik gambo lama, and then, wahhhh..the first Najahan, masa tu, 13 orang, 1998, best giler..haha.. actually, umayr punya gambar, masa buat project 10 year hidayah recollection, tapi caption dia, die letak, pengawas and so on..so, umayr, this pic is the first group of Najahan, before the next year, i'm retired, because of SPM... anyway, this group, ada 2 solo, me and irfan, at that time...memang kelakar, sebab masa tu, memula form group, si zul J jadi ketua, then dia tak larat, then, me amik alih...so, this is it..one year, dengan pelbagai persembahan, g UTM, paling meriah, majlis perkahwinan anak sulung ustazah kamaliah, time tu, berlatih lebih dua minggu...

so, this is it...
----------------------
duduk depan: dari kiri: Hakim (percussion utama), zubair (harmoni), ustzh Kamaliah, ustazah Norzila, guru nasyid, then me (solo), taufiq(percussion utama)

berdiri belakang: dari kiri: ezmin (percussion), zul J (tenor), usamah(percussion bass), irfan (solo), shakir (percussion), adul(percussion), mustafa (vokal), abg irfan (vokal)
----------------------

enam penyanyi, and enam percussion, then, after that, ada lagi amik orang...so, ok la...the next year, afiff and ariff masuk, aqib, so, lepas tu, tarik diri, nak tumpu utk SPM, kononnya..haha...anyway, teringat buat latihan dalam bilik Kemahiran Hidup, haha...tidur pun dalam tu, masak meggi, bila tak cukup duit, tak pun g kedai bawah, kelakar2...haha...

orait, sikit kenangan zaman dulu...so, enjoy je lah tengok gambor2 ni...lalalala..rindu nak masuk balik group nasyid, nak buat harmoni giler2...walaupun tak terer, boleh jadi solo je, dengan suara bass..haha..giler arr bosan..mesti kalau masuk rancangan tv, kalah awal2 lagi...haha..masuk american idol pun, simon mesti ngantok giler masa tu..haha...

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...