Tuesday, May 30, 2006

kisah hati seorang tua...

Assalamualaikum,
----------------
kali ini, cuma nak bercakap sendirian, luahan hati, so tak kisah arr kan, blog sendiri, suka hati sendiri nak tulis apa...
=====================

satu semester yang baru berlalu, terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang berharga telah dikaut...bersama teman-teman seperjuangan yang gigih bersemangat...namun, hidup ini, pasti ada mulanya, dan pasti akan ada akhirnya...dan akhirnya, teman-teman seperjuangan, tamat pengajian, dan meneruskan pentarbiyahan diri di tempat yang lain, meninggalkan diri bersama teman-teman yang masih komited di sini...

salah seorangnya, teman yang telah dikenali lebih 10 tahun lepas, ketika baru berumur 13 tahun, itupun tidak berapa ingat, cuma ingat tak ingat...namun, selepas beberapa tahun, semasa berada di tahun 2 IPT, dia muncul kembali, malah, satu usrah bersama. saat tu, terasa pelik, yela, seorang yang berpangkat abang, tapi satu usrah dengan kita...mmm...

awal penglibatannya, tidak terlalu aktif, lebih2 lagi, dirinya masih berdarah manis, baru lagi mendirikan rumahtangga...hujung minggunya, pastikan hilang, pulang bertemu isteri tercinta...setahun kemudian, dia mula aktif bergerak dengan mengikut program-program...riadhah, dia ada, kala malam hari, qiamullail, pun dia masih di sana, menemani...setahun setengah dia di utm, dia membawa isterinya ke sini, bersama si kecil umar al-faruq, yang comel. namun, walau tanggungjawab terhadap keluarga perlu diutamakan, namun, kala malam, masih lagi setia menemani, kala pagi hari, masih setia menemani anak usrahnya meningkatkan ketahanan tubuh dengan bersenam...perangainya yang ceria, menghairankan orang lain, berapa sebenarnya umur dirinya...seolah-olah, dia sama umur dengan ikhwah-ikhwah yang baru masuk utm, sekitar 19 tahun, sedangkan umurnya, sudah mencecah 26tahun, pelik bagi orang yang berada di luar lingkungan kami, namun, orang yang berada dalam lingkungan, tidak menganggapnya pelik, apatah lagi tidak betul...

namun, selepas 2 tahun di sini, akhirnya, tamat jua pengajiannya..tanggungjawab yang dipikulnya kini sudah berubah, untuk mendidik anak bangsa di tempat yang lain pula, agar masyarakat akan mampu mengamalkan islam secara keseluruhannya...pemergian yang akan sentiasa dirindui..pemergian yang tidak akan ditangisi, kerana yakin, dia akan meneruskan amanah yang diberikan ke atas pundaknya...begitulah harapan kami, begitulah harapan yang menggunung tinggi...

semoga, apa yang bakal ditempuhi, akan mampu untuk memantapkan lagi iman kepadaNYA, dan menambahkan lagi ketaqwaan, selepas sekian lama berkhidmat di sini, harapannya, agar khidmatnya, akan diteruskan ke hingga ke akhir hayatnya...jangan menjadikan alasan "pakcik dah tua, biarlah orang-orang muda pula yang bergerak", tidak, tidak dan tidak...semoga, ikhuwwah yang terjalin ini, akan terus kekal, walaupun sudah mempunyai anak, mempunyai cucu sekalipun...semoga diri akan terus istiqomah dan iltizam menegakkan islam ini...teruskan mohd saifudin mohd rehan...

-----------------
nukilan sebentar

---> akan ada untuk jubey dan zaid...serta teman2 yang lain...

-zakri-
-30 May 2006-
-15:10-

Monday, May 22, 2006

Al-Quds, kami menyayangimu...

assalamualaikum,

--------------------------
Al-Quds

Al-Aqsa, Al-Aqsa,
air mata berderai,
al-Aqsa, Al-Aqsa,

duhai Al-Aqsa,
ku rindu padamu,
duhai Al-Aqsa,
ku sayang padamu,
engkaulah kiblatku yang pertama,
---------------------------

akhir2 ini, para pejuang bertambah sering berbicara tentang Al-Quds, Masjid umat islam yang pertama, Masjid Al-Aqsa, yang merupakan salah satu dari tiga masjid yang akan menjadi penaung umat islam di akhirat kelak...

lebih2 lagi, di saat kerajaan hamas mula didesak oleh kuasa2 besar...sebagai kerajaan pengganas katanya, namun, pengganas sebenarnya, mereka sendiri...orang malaysia khususnya, memang tidak sedar kepentingan palestin ini, bila dikhabarkan mengenai palestin, penderitaan mereka, kerakusan israel menghancurkan tanah tumpah darah mereka, kita sekadar berkata "kesiannya..."tanpa ada yang berminat untuk berbuat apa-apa (termasuk diri sendiri)

akhirnya, selepas berlakunya insiden terbaru, umat islam, penggerak2 khususnya, mula bertumpu pada isu ini, mencari dana untuk membantu saudara seislam...alhamdulillah, walaupun mungkin tidak akan menyelesaikan keseluruhan masalah, namun inilah bantuan yang mampu kami berikan...sebulan, sebulan, sebulan, setahun...mungkin masih lagi...inilah cara kami, inilah jalan kami..."hazdha hua Thariiq...", inilah dia jalannya...

azam pada diri ini, selepas ini, palestin menjadi isu tetap dalam hati ini..memberikan yang terbaik untuk medan yang diceburi...

palestin, palestin...

al-aqsa, al-aqsa,

-zakri-
-al-quds dalam hati...-

Tuesday, May 16, 2006

Free Al-Quds

assalamualaikum,

---------------------
di sini bara, tak pernah padam, tergenggam kukuh, sebuah azam...

---------------------

dalm surat khabar, dalam majalah, dalam televisyen, paparan demi paparan tentang palestine dan israel terus menerus menerobos masuk ke dalam hati...pedih, perit dan derita menusuk kalbu...

terasa cemburu juga ada, mereka dipilih untuk berjihad, dan terus berjihad....terus menerus dengan usaha dakwah dan tabiyah, serta jihad, bergerak serentak, dengan pelbagai perancangan dan strategi yang tak terduga...satu demi satu usaha dijalankan demi membebaskan Al-Quds dari tangan israel laknatullah...

namun sedih, sedih bila melihat diri sendiri, betapa kecil dan kurangnya kesedaran untuk menolong mereka2 ini...betapa tak sedar langsung, betapa tak merasanya kesukaran di sana...bila terbaca akhbar hari ahad, rakyat falestine sendiri mengeluarkan duit dan harta mereka untuk membantu kerajaan HAMAS, rasa betapa teruknya diri sendiri...betapa mementingkan diri sendiri...


ROQ- remembrance of Al-Quds telah dilancarkan, untuk sedarkan diri, sedarkan hati2 kecil yang terlalu sibuk mengejar dunia, sehinggakan terlupa mengejar dunia dan segala isinya...bulan Ogos ialah bulan mengingati Al-Aqsa, tapi cukup ke sekadar bulan Ogos? cukupke sekadar mengingati rakan2 di falestine sekali setahun, sebulan sahaja...

betapa amannya malaysia, betapa indahnya hidup di sini, sehingga tidak mampu untuk merasai penderitaan orang lain....ayuhlah sahabat2, ayuhlah, kita sumbangkan sedikit dari kemampuan kita, rm1 sebulan...

kita sanggup membayar rm200++ untuk sewa rumah, rm200++ untuk ansuran kereta, rm200++ untuk belanja awek makan sebulan, tapi tak sanggup rm1 sebulan untuk Islam kembali tertegak di bumi palestin....fikirkanlah...andai kita mampu memberikan alasan, jangan terlupa, di akhirat kelak, mereka takkan lepaskan kita, kita punya tanggungjawab untuk membantu mereka...ayuhlah ayuhlah ayuhlah...

-zakri-
-free Al-Quds, Israel is not real...-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwah...-

Monday, May 01, 2006

Protaz...

Assalamualaikum
------------
hari hari, telah pun berlalu,
usiamu makin bertambah,
seorang ibu sudah semakin tua,
namun terus berkorban, untuk sesuap rezeki,
agar sempurna, hari depanmu....
------------

exam sengal...

after two week, final exam betul2 dah habis, alhamdulillah, akhirnya, boleh study benda lain, takdelah sibuk2 dengan buku subjek je...banyak nak baca...

anyway, the newest majalah i has been publish, memang best tajuk2 kali ni, its all about then new golongan "protaz" professional ustaz...maksudnya, engineer yang boleh berbicara tentang islam, tentang hukum hakam and so on...

actually, benda ni dah lama dah, cuma baru je muncul di malaysia..zaman Hassan Al-Banna, sebelum tu lagi, masa time2 Islam tengah meningkat naik, banyak nama2 besar, yang bidangnya matematik, tapi seorang ulama, seorang doktor bedah yang power, juga seorang ulama, tak berapa ingatlah nama2 besar ni...macam al-Jabir yang menemui persamaan al-gebra...and so on...so, alhamdulillah, ilmu ini kembali kepada orang2 "enjin"...

tapi, ada gak memember yang berkata, as an engineer, tak boleh paham sangat istilah sastera ni..entahlah, terpulang, mungkin sebab dah biasa kot dengan suasana macam tu...so, this is the time to kembali pada ISLAM yang sebenar, yang syumul, merangkumi semua kehidupan...actually, as businessman pun boleh tegakkan ISLAM, cuma tak nampak sangat je...yelah, as businessman, dieorg boleh tetapkan masa sendiri, nak solat boleh tutup kedai jap ke...tapi benda tu tak jadi...even kat makkah pun dah tak jadi...teringat cerita ustaz2 dulu, masa solat kat makkah tu, peniaga semua takde kat kedai, solat jemaah kat masjid...memang respek, tapi itu dulu....

okehlah, tak habis baca lagi majalah i ni...nak habiskan cepat2, then boleh tumpu pada buku lain, nak baca banyak2, nak pahamkan banyak2 time cuti semester ni, becoz bila buka sem, agak sukar...hehe...baru tau, betapa best baca buku2 fikrah ni...teringat citer naqib, masa final exam, ada masa sikit lepas study, capai buku fikrah, baca kejap, then sambung study, rasa tak sabar2 nak habis final exam, sebab boleh ikut program, rancang dengan baik, and boleh baca buku fikrah sepuas hati...sekarang baru rasa..."ooo....ini yang naqib aku dulu cakap...."

okeh...cukup dulu...nak g masjid lak...lama tak solat kat masjid utm ni...tiga hari dah...

-------------------
wassalam...

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwah...-

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...