Friday, May 22, 2020

Review Buku: Empayar - Hikayat Putera Tanpa Nama

Assalamu'alaykum,


Masih lagi nak bercerita post tentang review buku. Kali ini, satu buku karya orang yang tidak dikenali mukanya, tapi namanya telah dikenali ramai. Buku kali ini adalah cerita:

EMPAYAR

Hikayat Putera Tanpa Nama

karya Teme Abdullah



Owh, buku ni memang namanya panjang sedikit. karya ini adalah usaha Teme berkarya keluar dari gaya penulisan dia yang biasa. jika sebelum ni, lebih kepada kisah seorang Teme, kali ni, ianya adalah novel, yang kalau dibaca, boleh dikatakan ianya karya daripada hati. 

Ok ok, kita terus kepada ceritanya. Kisah Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama ini adalah berkisar satu zaman ke depan, yang jauh ke depan dari zaman kita ini, akan tetapi, budaya dan teknologinya kembali kepada satu zaman yang terkebelakang pula. Seolah-olah kisah ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka. 

Terdapat 2 watak utama, iaitu Pelatih 8492, dan Pahlawan 1363. Kisah ini berpusat di Madrasah Taming Sari, yang merupakan tempat latihan untuk para pahlawan, atau bakal kakitangan istana, bagi Empayar Kerajaan Aradnahapura. 

Pelatih 8492 dan Pahlawan 1363 adalah pelajar tahun 1 yang baru masuk ke madrasah Taming Sari, dengan tujuan masing-masing. Pahlawan 1363 (asalnya Pelatih 1363) masuk ke madrasah dengan impian tinggi, iaitu menjadi Penghulu kepada kesemua pelatih di madrasah. Penghulu adalah pelajar yang akan mengetuai keseluruhan pelajar. kiranya wakil pelajar, atau ketua pelajar di sini. 

Baiklah, terus ke cerita (spoiler alert). Pahlawan 1363 sering menonjolkan diri, lebih-lebih lagi dia pernah belajar di pesantren sebelum ini. manakala pelatih 8492 pula lebih suka menyembunyikan identiti sebenarnya, dan berusaha untuk menjadi tidak dikenali, kecuali jika ianya berkaitan dengan perkara yang bercanggah dengan agama Islam. 

Konflik antara keduanya berlarutan, hingga ketika seorang pelatih telah ditangkap oleh Pahlawan 1363 dan dituduh dengan tuduhan yang berat, dan bakal dibuang oleh pihak madrasah. Pelatih 8492 merasakan pelatih ini terainaya oleh Pahlawan 1363, dan bertindak berjumpa dan akhirnya menuntut agar dilakukan perbahasan untuk menjernihkan perkara yang patut. 

Konflik ini tidak hanya berakhir di situ, malah berlarutan dengan beberapa insiden yang lain. Malah ianya juga telah melibatkan pengetua madrasah tanpa disedari.

apa akan terjadi kepada dua watak utama ini? bolehlah baca karya ini...

-------------------------------------

Secara dasarnya, penulis, iaitu Teme berjaya menyampaikan ceritanya dengan berkesan, dengan gaya bersahaja dan diselitkan pengajaran yang mendalam. Isu utama yang diketengahkan dalam novel ini adalah isu menyalahgunakan agama, dengan berlandaskan nas-nas, hadith-hadith untuk "memenangkan" pihak, atau lebih tepat nafsu orang-orang yang dianggap ilmuan.

Pelatih 8492 berusaha untuk menjernihkan dan mengelakkan nas-nas agama disalah guna (baca: ditunggang), manakala watak Pahlawan 1363 merupakan penunggang agama yang tegar, yang berkali-kali di nasihat, tapi masih tidak sedar. Malah didokong oleh orang sekeliling yang juga telah "dibutakan" dengan nas-nas yang digunakannya...

Penulis tidak memerlukan masa yang panjang, untuk menengahkan konflik dari awal, dengan konflik yang kecil, dan kemudian dibawa kepada konflik yang lebih besar. Plot twist yang berlaku ada yang dapat dijangka, akan tetapi plot twist di akhirnya tidak dapat dijangka. 

Penulis juga bijak meletakkan kisah tergantung di akhir cerita, dan perasaan geram kerana tidak banyak perkara yang kita nakkan berlaku, telah berlaku. dan perkara yang baik yang dijangka, tiba-tiba ada penghalang, dan bagaimana nak atasinya penulis telah menulis dgn sangat menarik.

Rasa tidak sabar nak membaca buku kedua dalam siri Empayar ini. 

lepas ni nak sambung membaca pula. 


orait, sehingga jumpa lagi, regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...