Friday, July 26, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Bukit Bendera

Assalamu'alaykum,

So, bersambung dalam siri travelog, kali ini, masih lagi berjalan-jalan di Pulau Pinang. Selepas berjalan2 sekitar Georgetown, keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan ke satu destinasi wajib kalau ke Penang, iaitu Bukit Benderaaaaa!!!!!

Ok, kami tiba agak lewat, dalam jam 9pagi. selepas melepasi trafik orang bekerja, kami tiba. ketika kami tiba, dah ramai yang beratur sebenarnya. wow, tak sangka. Kali terakhir saya pergi (bukan cuti sekolah), takde orang pun. haha...

Pintu masuk asal Keretapi Bukit Bendera

arca yang dibuat dari tayar keretapi

haa.. ni harga tiket. tapi bermula 2019, tambah rm1 ye

anak panah menunjukkan pintu asal. ramai tak orang? ramai betull....
 Ok, first and foremost, kenalah beli tiket dulu.... time ni pun panjang betul. ok sebelum terlupa, bangunan dia dah berubah sikit. sebelum ni, direct je terus ke pintu naik ke stesen rel dia. tapi sekarang, dah macam2 dah jadi... perubahan dia sangat mendadak, beza 10 tahun.

Tiket dia bentuk kad. lepas guna akan diambil semula
ok, selepas mendapat tiket, anda perlu menunggu "giliran masuk" pula. batch anda akan dipanggil, sekiranya anda rasa nak naik dah, simpan dulu angan2 anda. anda masih perlu beratur lagi ye. dan beraturnya panjang betul ye... haha... anggaran masa dari beli tiket sampai dapat naik tren sekitar 45minit.

Ok, anda kemudiannya akan menaiki tren, jika dahulu masa yang diambil sekitar 15minit, sekarang ni sekitar 5 minit sahaja. dan tren dia laju betul. serius tak tipu.

Peta bukit bendera

pandangan dari stesen keretapi di atas
Setelah tiba di bahagian atas Bukit Bendera, anda akan nampak permandangan Pulau Pinang dari atas. sangat menarik. ada juga disediakan teropong untuk melihat permandangan bandar Pulau Pinang. anda cuma perlu membayar rm1 sahaja untuk beberapa minit. Kemudian, ada juga pelbagai tempat menarik untuk dilawati. ada juga restoran menuju bawah.

pemandangan dari atas

teropong.. rm1 utk beberapa minit

Selain itu, ada juga keretapi lama yang dulu pernah digunakan, dan sekarang jadi pameran. tahun 2008 saya pernah menaiki keretapi ini, yang ambil masa sekitar 15 minit. Ok, now, boleh enjoy la gambar-gambar seterusnya ye... ada masjid, dan rumah lama yang telah dijadikan muzium sekrang. ada pameran sikit2.

Keretapi lama yang tidak lagi digunakan

Rumah dah jadi muzium








Friday, July 19, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Roti Bakar Abang M

Assalamu'alaykum,

So, bila bangun pagi, kenalah sarapan dulu kan. so, kali ni, sarapan pagi di salah satu tempat yang katanya menarik. Iaitu Warung Roti Bakar Abang M. Apa yang istimewa? pastinya roti bakar dan telur separuh masak.


Ada juga roti canai, dan juga mee goreng. tak lupa kuih-muih yang pelbagai. Yang menarik, teh tarik, yang panas, ada ais di pinggan bawahnya. rotinya sedap juga. 





Friday, July 12, 2019

Program Geoinformatik - apa kena mengena GIS dengan peta?

Assalamu'alaykum.

So, kali ni nak berkongsi, apa kaitan peta dengan GIS ni? haaaa.....

Orait, asasnya, kenapa GIS diwujudkan, adalah untuk men"digital"kan peta-peta kertas semua ni. Maksudnya, ketika tahun 1970an-80an, ketika bermulanya era komputer ni, terdapat keperluan untuk "mendigital"kan peta semua ni. 

kenapa ye? sebab utamanya, dari segi tempat penyimpanan, dan keadaan peta-peta ini yang akan rosak ditelan zaman. dari segi tempat, peta-peta ini akan menggunakan kawasan yang besar untuk disimpan. macam rak-rak yang tinggi menimbun. Peta-peta ni pula, ada yang sama je, tapi disimpan oleh pelbagai pihak. 

bila disimpan banyak2, perlu juga dijaga pula. macam buku juga. suhu kena betul, tak boleh lembap sangat, nanti berkulat. atau kena kawasan yang kurang ancaman anai-anai, yang akan makan peta, dan akhirnya merosakkan peta. 

Itu yang tercetus idea untuk "mendigitalkan" peta semua ni. 

macamana cara nak "mendigitalkan" peta ni? idea asalnya lebih mudah. akan tetapi, ianya perlu juga berdasarkan prinsip-prinsip pembuatan peta. kena ada sistem koordinat yang betul. apa benda sistem koordinat pula ni? haaa... nanti kena belajar. then kena juga tahu, nak warna apa untuk jalan? warna apa untuk bangunan? warna apa untuk tunjuk pokok? yang konsep-konsep dan prinsip-prinsip ni semua akan diajar dalam kursus kartografi.... kartografi tu apa? next time kita cerita....


jadinya, GIS ni, selepas berkembang maju, tujuan asalnya adalah untuk menyediakan peta digital, yang mudah untuk disimpan, dan dipaparkan (view), untuk ditunjuk. kemudian, kita boleh buat macam-macam lagi dengan peta ni semua. contohnya kita buat navigasi, macam Waze, atau boleh buat carian, macam dalam google map, ada maklumat pelbagai untuk Malaysia, macam MyGeoMap, dan lain-lain lagi. 

bab analisis spatial ni, kita akan sambung lagi kemudian-kemudian hari....

cukup dulu setakat ni, jadinya, GIS, Geoinformatik ni sangat berkait rapat dengan peta, dan data-data yang diperlukan untuk dijadikan peta (data spatial)....

lain kali kita akan bincang lagi tentang jenis data yang ada digunakan dalam GIS ni. data satelit? data drone? data kapal terbang? data yang orang dok berdiri tepi jalan guna teropong tu?

soo....... tunggu... dan jumpa lagi!!



#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

Friday, July 05, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Tanjung Bungah

Assalamu'alaykum,

So, selepas puas menjamu selera makan pasemboq, kami ingin mengurangkan sedikit lemak2 dalam badan, jadi kami pun menuju ke Tanjung Bungah. katanya ada lampu2 menarik di tepi pantai.

Lebih kurang 20 minit daripada Padang Kota Lama, kami tiba di Tanjung Bungah, cuma kami perlu parking di kawasan flat kediaman terdahulu, dan perlu membayar sekitar rm4 utk parking. Kemudian, kami berjalan kira-kira 300-500m menuju ke pantai. rupanya, tempat itu adalah Tokong, yang dihiasi dengan pelbagai lampu2, yang mencuri pandangan.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...