Ok, hari tu dah cerita tentang sejarah pasal program Geoinformatik ni... kali ni nak cerita lebih sikit tentang latar belakang program ni...
ok, nama sebenar program ni? nama penuh dalam surat beranak yang dikeluarkan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia / Malaysian Qualifications Agency) adalah:
Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)
Bachelor of Science (Geoinformatics)
bila start dapat kelayakan ni?
ehh... lama dah sebenarnya. dan masih ada lagi kelayakan MQA ni. boleh semak di sini:
start dapat daripada 2002 ye...
Program Geoinformatik ni, selain ada program ijazah sarjana muda (bachelor degree) dan ada juga peringkat sarjana (master). Kemudian kita cerita...
Untuk program sarjana muda ini, tujuannya adalah untuk memperkenalkan seni dan sains untuk mengumpul data spatial. Kemudian, akan ada juga cara-cara yang betul untuk proses data ni, dan buat macam-macam dengan data spatial ini. Selepas kita proses data spatial ni, kita boleh juga buat analisis yang pelbagai.. dan akhirnya, kita boleh tunjuk hasil maklumat yang hendak ditunjukkan. tak kisahlah dalam bentuk google map ke, atau bentuk peta statik.
Setakat ini, Program Geoinformatik hanya ditawarkan dalam bentuk sepenuh masa. maksudnya takde lagi part-time macam SpaceUTM ke (setakat 2018), WOU ke, apa ke... weekend ke. belum lagi...
So, sekiranya anda berminat dengan ilmu pengetahuan dan skills disebalik Google Maps dan Waze, bolehlah tengok2 website rasmi program ini.
Itu sahaja, lain kali akan sambung lagi cerita tentang program ini ye...
Jumpa lagi!~
baca artikel berkaitan:
#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM
No comments:
Post a Comment