Friday, March 27, 2020

travelogzakri: Trip ke N9 - Seri Menanti

Assalamu'alaykum,

so, seperti dijanjikan, kali ini kami sekeluarga berkunjung ke satu lagi negeri di semenanjung Malaysia. Negeri Sembilan, ada 9 Daerah la sebenarnya, ada sejarah kenapa jadi nama negeri sembilan, tu, kemudian, atau anda boleh cari dulu...

ok, Seri Menanti ni, adalah tempat di mana terletaknya Istana bagi Yang Dipertua Negeri Sembilan. kawasan ni, agak ke dalam daripada bandar Seremban. dalam 45 minit. Menggunakan jalan dari Seremban ke Bahau, atau ke Rompin. Pemandangan sangat cantik... kita akan melalui kawasan berbukit, dan melalui Hutan Lipur Ulu Bendul. daripada jalan utama ke dalam, ada satu pintu gerbang besar disediakan, dan kira-kira 15-25 minit, baru sampai ke dalam.


Pintu daripada jalan besar
Apabila sampai ke kawasan Seri Menanti, akan ada pagar putih tinggi, menandakan ianya kawasan larangan iaitu kawasan istana. dan apabila sampai ke jalan masuk ke kawasan istana, anda akan nampak pintu gerbang dia sangat cantik.

pintu masuk yang mengalu-alukan orang ke Seri Menanti

Ok, dalam next post, saya akan kongsikan pula, berkenaan Muzium Seri Menanti, atau istana lama Seri Menanti. ianya sangat cantik.

jumpa lagi dalam post seterusnya

Friday, March 20, 2020

Review Buku: Imperia


Assalamu’alaykum,

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Kali ini agak sesak nafas, kerja ada mencabar. Jadi, banyak benda tertangguh. So, kali ni baru dapat kembali menghadap blog ni. Harap dapat berkekalan la lepas ni. Hehe…

Orait, hari ni, nak bercerita dan buat bedah buku, atau novel cerita karya Ahmad Patria Abdullah. Ok, buku ni daripada siri Kronika Nashan, yang bersangkut-paut sikit dengan Siri Saga Artakusiad, tapi di tempat yang lain. Cuma zaman sahaja sama. Buku ini adalah buku keempat, selepas buku Aristokra, Wizra, dan Kesatria.

Kisah kali ini, masih sekitar Aristokra Nashan, iaitu Melyn. Awalnya dihiasi dengan kisah Aristokra Melyn dgn Mori, lodra perang yang dikirim oleh Artakus. Kali ini bukan pada kisah cinta yang menuntun hati, tapi lebih kepada pertempuran dalaman pula. Bukan sahaja kisah antara Melyn dgn Mori sahaja, tapi kali ini dimasukkan juga konflik dalaman dengan kemunculan Aristokra Dashan, Denzir pula.

Tapi buku siri ini pastinya akan ada kisah pertempuran, dan kali ini, pergolakan yang berlaku, bukannya dengan Sursis, tapi ketumbukan Nomad, yang bergabung untuk melanggar kota Dashan dan kota Nashan. Ketumbukan Nomad yang mempunyai bilangan sekitar 10,000 askar itu menggugah kota-kota ini. Dan Aristokra Melyn dijemput ke Kota Dashan untuk membuat satu perikatan untuk menghalang ketumbukan Nomad ini.

Kisah pergolakan ditambah pula dengan isu dalaman yang berlaku dalam pertemuan dengan perikatan, yang disebabkan isu peribadi Aristokra Melyn. Pergolakan yang tidak mudah untuk dihadapi. Jadi, konflik besar serangan Nomad, dan isu dalaman perikatan ini perlu ditangani dengan segera.

Berjayakah Melyn menyelesaikannya?

---
Buku kali ini, melihatkan yang tiada campur tangan “Merkia” dalam pertembungan perikatan kota, yang sebelum ini diselitkan dalam buku-buku terdahulu. Sesuatu yang secara peribadi saya ternanti-nanti, bilakah Merkia akan hadir dan membantu kali ini. Tapi sampai ke akhirnya, Merkia tidak memunculkan diri, selepas cerita pasal Merkia banyak dihuraikan dalam buku kedua siri ini, iaitu Wizra.
Gaya penulisan ada masa tersangat perlahan, disebabkan penulis ingin menekankan perkaitan antara watak. Jadi ianya sangat perlu, dan perlu dibaca dengan teliti, kerana ianya bersangkut paut dengan cerita yang mendatang.
Secara keseluruhannya, konflik yang ditulis merangkumi konflik emosi dan juga konflik peperangan, dan pengurusan. Walaupun Nampak konflik peribadi seperti remeh, tapi dalam buku ini penulis Berjaya meletakkannya di tempat yang betul, kerana jika konflik peribadi tidak diuruskan, ianya akan mengganggu dalam menyelesaikan konflik yang lebih besar, iaitu pertembungan dengan ketumbukan Nomad.
Secara peribadi, saya berpuas hati dengan siri ini. Harap penulis dapat tamatkan siri ini, atau gabungkan dengan siri Saga Artakusiad di masa akan datang. Atau mungkin dikaitkan dengan siri buku yang lain. Mana tahu?

ok, jemputlah baca. Ada dijual di kedai-kedai buku, MPH pun ada.

regards

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...