Wednesday, June 13, 2012

hikmah dalam setiap perkara

Assalamu'alaykum,

akhir2 ini, banyak perkara yang berlaku secara berturutan. dan ia berlaku, secara berperingkat2...anda tahu kenapa? tiada siapa tahu, kerana yang pasti, hanya ALLAH s.w.t yang sebenar2 tahu...tapi kita kena juga cari hikmah disebalik sesuatu. muhasabah diri...

jika sebelum ini, banyak benda yang kita tak suka berlaku atas kita, pada saat itu, kita merasa sangat berat dan letih, serta pelbagai perkara negatif bermain di fikiran....

akan tetapi, selepas satu per satu hikmah ALLAH s.w.t tunjukkan pada kita, alhamdulillah, kita akan mula bersyukur dan mensyukuri semua cubaan dan dugaan yang telah diberikan sebelum ini...

selepas ini, penulis akan cuma mengomel sendirian.......

Thursday, June 07, 2012

sepatutnya

Assalamu'alaykum,

seringkali kita berbasa-basi dengan sahabat dan rakan2, tentang kebetulan, sepatutnya, dan seandainya....kan? lagi2 bila sesuatu yang kita rancang dan usahakan tidak menjadi...akan mula keluar ayat2 seperti sepatutnya macam ni, sepatutnya tak payah bawa tu, ini...

percayalah setiap yang kita buat, samada jadi atau tidak, tiada yang kebetulan. kebetulan hanyalah satu perkataan yang menyatakan bahawa kita tidak redha dengan ketentuan Ilahi. anda tidak tahu? hoho~ tak percaya?

"mintalah kepada Allah dan jangan merasa lemah. jangan kamu katakan: "andaikata aku melaukkan ini dan itu, pasti akan jadi begini dan begitu, tapi katakanlah: "Allah telah menentukan takdir manusia dan apa yang DIA kehendaki pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya kata2: "seandainya" akan membuka peluang kepada hasutan syaitan" (hadith riwayat Muslim)

wahahaha....anda redha untuk tidak mendapat redha ALLAH s.w.t? wah wah..anda hebat....nak lagi best tak?

"wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang (munafik) yang telah kafir dan berkata kepada saudara2nya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang: "kalau mereka tinggal bersama2 kita, tentulah mereka tidak akan mati dan tidak akan terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tdai ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka( yang demikian itu sebagai satu penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah) Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala perbuatan yang kamu lakukan" (Ali Imran: 156)

dah puas hati? tak puas hati lagi takpe, tapi nanti jangan tuntut pada aku yang aku tak beritahu ye. sesungguhnya, setiap yang berlaku, lambat atau cepat, pasti itulah waktu yang sangat2 sesuai untuk seseorang itu. kalau cepat mungkin dia belum bersedia, tapi kalau lambat, dia dah jadi lemau...jadi sesuatu perkara yang jadi, insyaALLAH hikmahnya sangat besar2 gedabak punya, cuma nak cari, atau sekadar nak biar ia berlalu...



teringat ketika arwah ayah meninggal 4 tahun lepas, rasa terkejut, sedih, tapi ia pasti telah terjadi. masa dia telah lepas, masa kita belum tahu, sedia ke tidak...lagi2 bulan ramadhan ketika pemergiannya..

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...