Wednesday, February 20, 2019

Burn Out

Assalamu'alaykum,

Kali ni, nak berkongsi satu topik yang di luar dari kebiasaan. Hehe...

Topik kali ni adalah Burnout, atau kelelahan, kecapekan, atau apa-apa terma yang sesuai nak tunjuk, yang kita dah tersangat penat, dan takde masa untuk diri sendiri...

Dalam hidup kita ni, ada banyak benda yang kita nak capai, ada matlamat, atau goals yang kita dah set, dan kadangkala, kita dah capai sesuatu, dan kita nak kekalkannya.... 

biasanya, bila nak kekalkan sesuatu kelajuan tu yang agak memenatkan, dan boleh menyebabkan burn-out-syndrom...

Ok, sebelum teruskan lagi, kita cerita dulu, simptom burn-out ni. Pertamanya, kita merasakan diri kita sentiasa kepenatan, tak cukup rehat. Then, kita merasakan masa kita sentiasa tak cukup dengan apa yang kita nak buat. Tugasan kita terlalu banyak, sampai tak cukup masa, dan kita buat kerja sampai malam, atau di hujung minggu (atau melebihi masa yang kebiasaannya). ada lagi simptom kita dah burn-out, iaitu kehabisan idea, atau just buat benda-benda rutin sahaja, tanpa ada semangat atau passion dengan perbuatan/kerja kita tu. 

Jadi, macamana cara nak atasi burn-out ni? banyak cara, dan pelbagai kaedah ada. Ikut kesesuaian masing-masing.... tapi secara dasarnya......

1. Kita duduk sebentar, dan semak semula apa yang kita mahu sebenarnya, dan apa yang kita sedang buat...
- ni maksudnya, kita cuba nilai balik, apa pekerjaan/perbuatan kita buat selama ini, dan kenalpasti kenapa kita jadi burn-out...

2. Membuat perancangan (semula), dan aktiviti yang perlu kita buat, untuk lebih menghayati hidup kita.
- ni lebih kepada kita membuat kembali goals/matlamat yang lebih realistik, dan juga bagaimana aktiviti yang lebih baik.

3. pastikan kita on-track, dengan aktiviti, dan ambil masa untuk sentiasa menilai balik apa matlamat dan aktiviti yang kita buat
- yang ni lebih kepada pemantauan. Sekiranya aktiviti perancangan semula masih lagi menyebabkan burn-out, mungkin kita kena ubah lagi goals kita. agar lebih realistik...





Ok, cukup dah kot, banyak lagi cara, tapi lebih baik kita buat sikit dulu, tapi lebih berterusan (istiqomah)....

Jumpa lagi!
semoga tidak burn-out!!!




No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...