Setelah selesai urusan kami di Seberang Perai, kami pun bergerak ke arah pulau pula. Dan kali ini, kami tidak melalui jambatan, tetapi menaiki Feri pula. Jadi, kami terus bergerak daripada homestay kami di Bandar Perda, menuju ke Perlabuhan Pengkalan Sultan Abdul Halim. Feri yang kami naiki bergerak daripada Pengkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth) ke Pengkalan Raja Tun Uda (Pulau).
Tiket menaiki feri
Sebelum menaiki feri, kita perlu membayar pula tiket. Sebab feri bergerak menggunakan minyak ye dak? Jadi, berapa harga tiket? Untuk satu kereta, harga tiket feri adalah RM7.70 untuk perjalanan sehala. Sebelum menaiki feri, kita akan lalu tol dulu, dan kita akan bayar di situ.
Kemudian, kita perlu "beratur" dalam kereta, menunggu feri tiba pula. Sepatutnya kita perlu mematikan enjin kereta, namun terdapat juga kereta yang tidak mematikan enjin. Owh sebelum terlupa, anda merasakan tiket feri mahal? jika anda menggunakan jambatan ikonik Pulau Pinang, anda masih juga perlu membayar tol ye. hehe...
Ok, selepas feri tiba, anda perlu "park" kereta anda dalam susunannya ye. pastikan anda ikut peraturan, jika tidak, kereta anda akan masuk terus ke dalam lautan... Walaupun nampak kecil, tapi perkara ini perlu diambil perhatian.
Feri ini mempunyai 2 tingkat. tingkat bawah terdapat dua laluan memanjang ke belakang. hanya untuk kereta dan lori kecil, dan di bahagian atas, terdapat dua ruangan parking kereta, dan juga tempat duduk untuk penumpang berjalan kaki. Kereta-kereta dibenarkan memasuki ruang feri terlebih dahulu, sebelum penumpang berjalan kaki dibenarkan masuk. Terdapat tangga yang curam untuk naik atau turun ke tingkat atas dan bawah feri.
Ruangan tingkat atas feri
Perjalanan menggunakan feri mengambil masa sekitar 5-10 minit sahaja. Di tingkat atas, angin sangat terasa, dan kami naik waktu pagi, jadi angin laut terasa sejuk. Terdapat juga tandas disediakan, selain barangan jualan, seperti makanan ringan dan juga buahan potong, selain air.
Jadi, sekiranya anda berpeluang untuk ke Pulau Pinang, cubalah untuk menaiki feri ini ye.
Jumpa lagi di post berikutnya!!
regards
No comments:
Post a Comment