Wednesday, April 27, 2011

Habis sudah final Exam

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, selamat sudah memeriksaan diri sendiri (baca: peperiksaan) di semester pertama di UPM ini. terlalu banyak onak dan ranjau bergelumang kembali dengan journal, buku dan tidak dilupakan, powerpoint subjek yang diambil.

Exam lagi: pengajaran dari sebelumnya

Assalamu'alaykum,

jika hari isnin yang lepas, peperiksaan akhirnya dijawab tidak penuh, kerana halangan yang pelbagai (baca: aku kena migrain rupanya), insyaALLAh peperiksaan petang ini, akan ku jawab dengan penuh dedikasi. kali ini persediaan (baca: siap sungguh) peperiksaan lebih mantap. dengan nota kaki tambahan, hafalan yang bertambahan, dan juga ada peta minda, ringkasan kepada keseluruhan subjek. menarik sungguh, setelah lama tidak dibuat.

Tuesday, April 26, 2011

minggu peperiksaan

Assalamu'alaykum,

minggu peperiksaan telah bermula semalam (25 April 2011) di bumi serdang al-selangoriyyah ini. dengan tekanan yang agak tinggi pada penulis kali ini, kerana agak lama telah meninggalkan bidang hafal-menghafal, dan juga bidang keindahan pelajaran undergrad.

Gamarjobat~ fabulous miming team from Japan~

Assalamu'alaykum,

maybe some of you already know this group, who perform miming in out-of-box type miming. and totaly awesome~~~

i got it from one of the forum i join....hua hua...so, lets try and look this...and at the same time, i'm going to study lah...ayooo....

so, here the video, have fun~~

Friday, April 22, 2011

peristiwa yang menyentuh hati

Assalamu'alaykum,

semalam (20 April 2011), penulis telah melalui satu pengalaman yang sangat menyentuh hati, dan mampu menyedarkan kembali apa yang berlaku di sekeliling masyarakat Malaysia.

Saturday, April 16, 2011

Bedah Buku: Dalam Mihrab Cinta


Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, ketika entry ini ditulis, penulis sedang dalam perjalanan pulang ke bumi Johor Bahru. Sementara menunggu mata mengantok, penulis ingin berkongsi mengenai satu lagi buku yang telah dibaca dalam masa yang sangat singkat, selama 1 hari sahaja. Sebab apa? Mmm...mungkin sebab ianya adalah novel, dan juga ia perlu cepat dibaca untuk mengelakkan pertembungan emosi yang terlalu mendalam dalam menghayati novel ini..

Friday, April 15, 2011

Bedah Buku: Secangkir Teh, Pengubat Letih


Assalamu'alaykum,

minggu sudah, penulis berjaya menghabiskan buku Ustaz Hasrizal: Murabbi Cinta yang banyak menyentuh mengenai perhubungan antara ibubapa dan anak-anak, serta kaedah dan cara yang boleh dipraktikkan dalam mendidik dan melahirkan insan yang soleh, insyaALLAH.

Thursday, April 14, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - bedah film (2)

Assalamu'alaykum,

jadi, dalam filem yang sangat menarik ini (baca: betul sangat menarik), yang ditelah ditonton oleh penulis sebanyak 4 kali, atas pelbagai alasan yang berbeza. kali pertama, cuma ingin bersantai-santai menikmati filem Malaysia, melihat kemajuan pemikiran. keduanya, selepas membaca komen2 membina, cuba mencari apa yang cuba ditonjolkan, dan "tazkirah" yang cuba disampaikan.

Wednesday, April 13, 2011

Keperluan penguasaan asas bahasa arab

Assalamu'alaykum,

sejak dua menjak ni, kedengaran kembali penggunaan pelbagai istilah bahasa arab dalam kehidupan seharian. dan semuanya menunjukkan bahawa terdapat minat yang mendalam dalam memahami bahasa Al-Quran ini. satu perkembangan yang sangat baik dalam meningkatkan tahap multi-language (baca: mulut pelbagai bahasa) dalam kehidupan seharian.

Tuesday, April 12, 2011

Bedah buku: Rumusan "Murabbi Cinta" - saifulislam.com

Assalamu'alaykum,

so, malam semalam, baru je habiskan pembacaan (baca: membaca) buku karya ustaz Hasrizal, atau lebih dikenali dengan abu saif, ustaz saifulislam.com. karya berkenaan CHENTA (baca: lebih kepada saluran yang benar), telah memasuki buku yang ketiga selepas AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA HINGGA KE SYURGA. kredit to bukuonline2u.com kerana promosi berterusan yang berjaya melelehkan air liuq otak (baca: akibat ketagihan membaca), hingga proses penahanan berjaya disempurnakan dengan pembelian pada 2 minggu yang lalu, dan telah diterima hari sabtunya.

Friday, April 08, 2011

berita bercampur baur - penggunaan tatabahasa

Assalamu'alaykum,

petang semalam, dapat berita dari bonda terchenta, berita yang bercampur baur emosinya. tapi bukan itu yang nak diceritakan pagi jumaat nan indah ini...

Wednesday, April 06, 2011

"Bateri keretaku diganti baru" sequel "Bateri keretaku habis??"

Bateri GP Atlas yang baru diganti. bateri kering.
Assalamu'alaykum,

hari ini terasa sangat betapa ukhuwwah itu memang sepatutnya juga menjadi teras tarbiyah...kenapa ye? owh, hari ini, ALLAH telah menurunkan (baca: memberikan) ujian kepada hambaNYA yang seorang ini. bak kata pak usin dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah: "begitulah flash back saya"

Bateri kereta ku habis??

Assalamu'alaykum,

pagi nan indah ini, aku bangun awal, lalu cuba bersedia untuk ke lab seawal mungkin. bangun pagi awal, dan seterusnya, bersiap2 pun awal. cuma, bila nak start kereta, eh, sebelum tu lagi, sewaktu nak buka alarm kereta, tiba2 alarm langsung tak berbunyi...dalam hati.."sudah....musti bateri ni"...

sebab kereta ditinggalkan 4 hari tanpa kehidupan (tak dihidupkan enjin), lantas, mungkin itu yang membawa kepada kematian cas batteri (baca: kot). adoila...dan setakat entry ini ditulis, masalah ini masih belum selesai lagi. tengah mencari orang untuk membantu. rasanya batt memang dah habis sungguh (baca: kong giler), jadi, ada kemungkinan kena beli bateri baru. hopefully bukan alternator yang rosak..hehe..sebab last time, masih berfungsi dengan baik lagi...

hua hua hua...

Sunday, April 03, 2011

Bersalam-salaman

Assalamu'alaykum,

ini lagi satu cerita (baca: tazkirah ringkas je)

-----
azan maghrib masih belum lagi dibang (baca: dikumandangkan), namun, beberapa jemaah telah pun memenuhi surau itu. beberapa orang duduk dan bersembang di bahagian belakang surau, ada yang sedang membaca Al-Quran, ada yang masih berwudhu', sementara menunggu azan dikumandangkan. 

Saturday, April 02, 2011

"sebarkanlah salam"


Assalamu'alaykum,

cerita ini merupakan iktibar pada diri sendiri...

suasana surau di taman itu kelihatan hening. baru sebentar tadi jemaah yang selesai menunaikan solat isya', telah berpusu-pusu pulang. kelihatan dua-tiga orang jemaah yang sudah berumur berbual2 di luar kawasan surau, membincangkan rangka ceramah akan datang barangkali.

Friday, April 01, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - bedah film (1)

Assalamu'alaykum,

sepertimana yang kita tahu, filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" telah berjaya menawan hati ramai penggemar filem (baca: dan bukan penggemar filem) melayu sebelum ini, atas jalan cerita yang mudah, ditambah dengan komedi yang tidak berlebihan (baca: berbanding filem Zomba, eh silap, Zombie Kampung Pisang).

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...