Saturday, January 28, 2006

betapa sengalnya...

assalamualaikum,

bergerak bersama,
berdampingan tangan,
mengerat ukhuwah,
menjalin persaudaraan...

so, dah beberapa hari, kemalasan nak menaip, bukan sebab apa, bila nak mula menaip, something else happen, so, tak dapat eden nak meneruskannya...

last week, pegi ke PKN 06, not bad, jumpa balik, beberapa orang junior, and beberapa orang junior jadi orang kuat untuk program ni. so, not bad lah, alhamdulillah, jadi jugak dieorg ni, tak macam senior dieorg ni, slow jer...anyway, first time berucap balik di khayalak ramai, not bad lah, walaupun gugup di awalnya, tapi alhamdulillah, ok last2...harap2nya, orang lain dapat faham apa yang nak disampaikan...insyaALLAH...

and every night, ada something, agak keletihan, and at last, demam hari jumaat...haha! isnin malam got something, selasa malam, got something, rabu, mesyuarat, khamis, got something, siang pun sama, kalau keje, keje, tak keje, g buat something, class and so on...so, baru tahu, jadi student and at the same time jadi RO, agak penat...bukan agak, memang penat! adeii...tapi inilah jalan yang dah dipilih, kene teruskan...

anyway, today, i suppose pegi teluk gemang or something like that, ada rehlah, but then, disebabkan dah demam from beginning, so, buat bodoh jer lah, tak pegi...bukan sebab tak nak pegi, tapi, tak larat, yeah, i'm only a human, who has its limit, kalau lebih2, tak larat gak badan...rosak sistem badan lagi adalah!...tapi, tonight, after maghrib, insyaALLAH akan bertolak ke Rabutia, tempat sorang ustaz yang mengajar jaman sekolah menengah dulu...

haha, anyway, orang2 yang berjumpa dengan kekasihnya yang abadi, mula pulang, dah dua tga minggu...alhamdulillah, dieorg tak kene kemalangan yang melibatkan 400 peopele yang terkorban...insyaALLAH, syurga ALLAH menanti mereka di akhirnya...so, one of them, is ustazah jamilah..i seen her on thurday..hehe, die ok, still tersenyum, masa jumpa, dia baru habis bersenam dengan adik2 form 2, kelakar gak, senaman jam 10 pagi, apa daa...panas terik...tak kisah arr...baru nak call anak dia or ustazah lain, tanya when she going back, sekali, dah depan mata...haha..kelakar....apa daa zakri..

ok, cukuplah dulu, ni pun just masuk jap, sebab jap lagi nak bertolak ke KL, rabutia...gombak actually...seronok gak, kalau dapat jumpa ikhwah sana, lagi cantik...ok, enough is enough...moga ALLAH merahmati hambaNYA yang sorang ni, disamping sedara2, kawan2, dan umat Islam seluruhnya...insyaALLAH, kemenangan Islam semakin dekat, kita perlu pilih, kita akan menjadi orang yang menyokong perjuangan ini, atau sekadar menjadi pemerhati...atau, dah syahid di jalanNYA, bukannya gugur di pertengahan perjalanan...


-zakri-
-indahnya iman dan islam...-

Wednesday, January 18, 2006

salahkah aku?

assalamualaikum,

(pantun khas buat adik2 yang g acheh)

pergi kerjauhan,
mencari redha Ilahi,
bukan sekadar mencari keseronokan,
tapi tanggungjawab yang terbeban...

so, alhamdulillah, dah settle sikit masalah, lega sikit rasanya beban di atas bahu...letih rasanya, penat rasanya, tapi itulah dunia ini, penuh dengan dugaan dan sebagainya...ujian yang takkan pernah padam, dan akan bertambah sukar, kecuali bagi orang2 yag tidak mahu untuk di uji...mereka akan memberikan pelbagai alasan, dan akhirnya, jauh ketinggalan berbanding yang lain, dan mula menyalahkan takdir pabila kesedaran kembali melanda...

anyway, walau penat pun, tetap kene teruskan, takkan ada titik noktah, kecuali dah mati nanti...badan rasa tak sehat sebab dah dua minggu tak bersenam berat, macam joging ker, main bola ker...nak main, hujan lebat bertimpa2...setiap hari tanpa belas kasihan...tak larat nak main hujan...tengahari yang panas terik membakar kulit tak menjamin kecerahan petang nan indah...so, petang ni, dah gelap balik, tension!!! badan dah mula menunjukkan tanda2 penuaan..kalau tengok, Nabi s.a.w junjungan mulia, badan nan sihat, hingga ke tua, kita? tengok perut, takde hasil..

ok arr...ngantok ni sebenarnya, so, mamai sikit, dah dua tiga hari bertungkus lumus, so, insyaALLAH, malam ni agak rehat, nak tido awal sikit...boleh qiam! bestnyer!! hehe...

wassalam

-zakri-
-nikmatilah keindahan iman dan islam yang sebenarnya, dan kau takkan menyesal walau sedikitpun...-

Friday, January 13, 2006

Hikmah dan Pengajaran dari ALLAH....

Assalamualaikum,

suasana sunyi sepi,
hanya kedengan bunyian air-cond,
dalam senyap tidak bersendiri,
pasti ALLAH ada menemani...

alhamdulillah, dah beberapa hari tak update blog, memang sengaja, memang tertunggu something really big happen, baru nak update betul2...anyway, takde yang merindu pun, so, tek kesah r kalau tak tulis...

anyway, pakcik tersayang pulang ke desa, so, tertinggal disini mencari something untuk mengisi kekosongan hati...sukar nampaknya nak istiqomah sendiri, tapi tu yang patut kita lakukan...right? nak istiqomah, takkan nak harapkan bantuan orang lain, so, inilah masanya, walaupun tak mampu nak istiqomah sepenuhnya, tapi alhamdulillah, mana yang boleh, akan cuba diteruskan...

so, the big issue this time is, ...jeng, jeng, jeng...minggu lepas, hari jumaat yang indah, tapi kurang merasa keindahannya, sebab ada ujian yang agak berat untuk hambaNYA yang sorang nih...jeng jeng jeng...

pagi tu, konon2nya, nak install norton 2006, sebab norton 2005 dah takleh nak renew, so, bila install, restart balik, tiba2 komputer takleh buka, rupa2nya, windows tak support, so, nak tak nak kene format komputer tersayang nih...aduss...sebenarnya, dalam laptop, ada 2 partition, so, data dalam partition D, so, tak kesah ar format C, sekali rupanya org sebelum ni bahagi partition guna partition magic, so, sebenarnya 1 partition jer ada, nak tak nak, kene format gak! ALLAH jer tahu perasaan masa tu...data rm100, 000 ada dalam laptop nih...takpe arr...format...data hilang...masa tu, terdiam, tengok jer laptop sebab tak tahu nak buat apa...tapi gerak hati rasa insyaALLAh data boleh dapat balik, tapi tak tahu macamana...

tanya orang, g sana, g sini, tapi still semua cakap tak tahu, tak boleh dapat data balik...semua negatif...walaupun rasa macam takde harapan, tapi, dalam hati still rasa, insyaALLAH boleh lagi..then, dah petang, sebelum asar, tiba2, ALLAH gerakkan hati salah sorang member kat pejabat, dia cakap "try cari data recovery", then, tanpa buang masa, terus search internet...alhamdulillah dapat, so, terus try, tengok dapat tak balik data lepas format...malam tu balik, sambung lagi...dan jeng jeng jeng....alhamdulillah, dapat...time tu, memang sangat bersyukur, betapa besar kuasa ALLAH, bila DIA nak bagi, insyaALLAH, kita akan dapat, kecuali, kalau kita tak nak, kan?

so, itu antara pengajaran yang diri sendiri dapat, betapa besarnya kuasa ALLAH, bagi yang beriman, akan bertambah imannya, benarlah kata-kata ALLAH dalam kitab suciNYA, "..jadi, maka jadilah ia.."

oklah, cukuplah dulu, ada beberapa lagi, tapi da panjang sangat, nanti mengantuk lak! kene sambung keje! lalalala...

-zakri sakit belakang...-

Thursday, January 05, 2006

ungkapan doa, aku panjatkan padaNYA....

Assalamualaikum,

hati yang tidak thabat,
tertaut hasutan syaitan,
menerima mainan nafsu,
menjadikan diri semakin lesu...

alhamdulillah, satu hari yang sangat2 indah, dan sangat2 ceria....dengan cerita sadis disebaliknya...

semalam, lepas kepenatan pulang ke rumah, selepas satu hari bekerja, dan cerita2 disebaliknya, dengan niat cuma nak melelapkan mata, berbaringan...kemudian, dengan izin ALLAH, berjaya untuk menidurkan diri sehingga jam 12 tengah malam....memang sedih gak..yelah, solat maghrib, isya semua hampeh! tak dapat berjemaah...sadis gak ar...tapi takpelah...tak sedar langsung...tu lah akibat kalau tidor tak baca doa tidor, tak baca ayat kursi...lajak giler2 tak ingat...tapi insyaALLAH, ada hikmahnya, kan? at least, dapat rehat sikit berbanding hari2 biasa...dan alhamdulillah, hari ni, bermula dengan sangat ceria, dan mampu untuk berkerja dan membelajarkan diri dengan seronok! hehe...

tapi, hari ni, tak dapat thabat, sebab tidor terlebih2 lak! buruk betul perangai...anyway, just nak kaitkan sikit, kadang2, kita terlalu sibuk dengan urusan kita, dengan kerja, dengan belajar, dengan tugasan, dengan program, dengan apa jua yang kita lakukan....tanpa tak sedar, kita tak berehat, dan sekali sekala, ALLAH sengaja collapse kan kita, kalau nak pikir secara negatifnya, "alamak, banyak kerja tak siap! banyak benda tak sempat buat!" tapi kalau pikir secara positifnya, "alhamdulillah, ALLAH bagi sedikit kerehatan pada diri ni, moga2 kita mampu akan berusaha lebih lagi selepas kerehatan ini....insyaALLAH..."

so, rasanya cukuplah dulu, nak kene settlekan banyak benda lagi....nak kene g kelas jap lagi, dahla tak pose! hampeh betul! nak kene makan jap, pastu g kelas...harap2 tak collapse lagi, sebab ada class 2.30 - 7 ptg! haha! seronoknya hidup, indahnya hidup ini, bila berteraskan iman dan islam...indahnya hidup bila bergantung pada ALLAH semata....kalau berjaya tanamkan dalam hati macam ni, mesti sangat indah hidup ini...

wassalam

-zakri-

Wednesday, January 04, 2006

keindahan hidup...

assalamualaikum

lagu arab mengasyikkan telinga,
mengundang rasa hiba,
merasa jauhnya dari Tuhan yang Esa,
terasa kerdil diri dengan dosa-noda...

dua tiga hari, empat hari, banyak benda yang sangat menyentuh hati, terasa jauhnya dari ALLAH, betapa pedihnya hati bila something jadi, tapi tak dapat relate dengan agama terchenta ni...

anyway, dah mula tersibukkan diri, dengan kelas, dengan kerja yang tak bertimbun2 sangat, sebab banyak dah settle dua minggu lepas, just nak masukkan paparan dari word ke power point, then, finish, minggu depan present, then, settle....insyaALLAH...

so, this week, ada xplorace, agak menarik, sebab nak kene train diri sendiri...so, setakat ni, alhamdulillah, perancangan, ok...cuma mengharap, moga2 ALLAH akan permudahkan masa nak jalankan nanti...nak kene banyak2 solat hajat nih! hehe...

ngantuk nih, kepala rasa lain macam, bukan tak sihat, but entahlah, tak tahu nak bagitahu macamana, blurr jer rasa....ngantuk jer...kene tidor gak nih! leceh tul! dah tak berapa betul kot...

cukuplah dulu, lalok giler...wassalam


-zakri nan lalok...-

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...