Friday, October 22, 2021

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum


ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku karya Teme Abdullah, kali ini kita cuba pula lihat buku karya Hilal Asyraf. ok, personally, asalnya agak liat nak mula membaca buku ni, selepas pengalaman dalam buku pertama siri Hero, iaitu buku berjudul "Hero". Tapi bila mula membaca, nampak kematangan penulis untuk buku kedua ini. Itu yang akan dikupas sedikit. ok, as usual, tajuk dia:


Pemburu

Karya: Hilal Asyraf

Ok, buku ini bermula agak epik, dengan aksi-aksi mendebarkan antara watak Muse dan juga Jaeger. Dan tiba-tiba melibatkan satu lagi watak, yang akan menjadi watak utama kemudian, iaitu Barq. Suasana tegang diceritakan dengan cantik dan mendebarkan pada awal novel, dan kemudian, diceritakan pula kisah terkini. yang juga menarik. ok kita bagi sneak peak sikit la..

Muse merupakan bekas ahli kumpulan yang menguasai dunia dari belakang tabir. Kumpulan ini tidak diketahui umum, dan hanya segelintir manusia sahaja. dan mereka merasakan yang perjalanan dunia ini, perlu mengikut telunjuk mereka. Akan tetapi, Muse yang tersedar, telah melarikan diri dari kumpulan ini, akan tetapi akhirnya berjaya dijejaki, dan menyebabkan kemalangan.

Muse kemudiannya menghilangkan diri, dan muncul sekitar 10 tahun kemudian, Kali ini dengan misi menggagalkan semua perancangan kumpulan ini. Dan kali ini, perjalanan Muse adalah kembali ke Malaysia. Muse tidak berseorangan, kali ini bersama Barq. mereka telah menggagalkan perancangan kumpulan ini, dan menyebabkan kumpulan ini tidak senang duduk, dan menghantar beberapa siri ahli yang berkebolehan... pertembungan antara Muse&Barq bertemu dengan ahli-ahli kumpulan ini...

apakah yang akan berlaku? sila dapatkan buku ini... hihi..

--------------------

ok, review buku, secara dasarnya, saya suka dengan corak penceritaan penulis dalam buku ini. aspek tragedi, plot disusun dengan baik, serta kemas. Plot teratur, dan cerita tersusun, dan memudahkan pembaca untuk faham. tragedi di awal penceritaan kemudiannya ada sedikit penceritaan di dalam bab yang lain. memudahkan pembaca faham apa jadi sebenarnya. dan tak perlu mengulang baca plot yang awal. asasnya sangat baik. 

plot twist juga sangat menarik. pembaca tersentak dan terkejut dan terkejut lagi dan lagi, lebih-lebih lagi dalam plot aksi. Cara ceritanya masih boleh difahami, dan pergerakan watak-watak boleh dibayangkan dengan baik. 

selain itu, penulis juga menyelitkan tazkirah ringkas, walaupun agak cringe, tapi apa yang diceritakan itu ok. cuma agak "panjang" selitan tazkirahnya. tapi kaedahnya juga baik, tersusun selitan tazkirahnya. 

Ok, rasanya itu kot review buku ini. rumusannya: aspek saya suka, dari segi susunan plot, plot twist, memudahkan pembaca memahami ceritanya, dan ada tazkirah yang baik diselitkan. yang kurang gemar, ada sesi pengisian tazkirahnya agak cringe la. hehe.



orait, rasanya itu sahaja untuk review buku kali ini, buku apa akan direview selepas ini? nantikan review akan datang....



regards


Friday, September 24, 2021

Review Buku: Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua

 Assalamu'alaykum,

Orait, kembali kepada siri review buku, kali ni nak bercerita sambungan kepada strain pertama, judul buku Selamat Tinggal Purnama... Jika dalam review terdahulu, saya berkongsi berkenaan sedikit spoiler dari buku strain pertama, jadi kali ni, ada sikit spoiler juga ye... nak dapat mood, sebelum saya kongsi review berkaitan buku ini... ok, first thing first, judul buku ini...

Selamat Tinggal Purnama
Strain Kedua

Ok, sedikit latar belakang, kisah ini sambungan daripada strain pertama. Jika dalam strain pertama, di akhirnya, konflik yang berlaku, menyebabkan Latif Purnama tersentak dengan perkara yang berlaku, sedangkan pada waktu itu, adalah waktu yang sepatutnya menjadi waktu paling gembira baginya. 

Strain kedua ini, adalah lanjutan berkaitan hidup Latif Purnama, setahun selepas kejadian itu berlaku. Dalam cerita ini, Latif telah berkeluarga, dan menyepikan diri terus dari dunia hiburan, dan tiada lagu dilancarkan sepanjang tahun. Malah Latif mula berasa seperti ingin terus berhenti dari industri hiburan ini.

Namun, terdapat konflik baru, yang menyentuh keluarga Latif, menyebabkan Latif terpaksa melaksanakan beberapa perkara, menyebabkan dirinya pula terbeban sendiri, dan mula memberi kesan kepada dirinya, keluarga, malah orang berkaitan dengannya.... dalam masa singkat, perkara yang dulunya tidak disukainya, mula menghantui dirinya.... konflik dalam dirinya mula terjadi...

-----

Ok, cukup dulu spoiler sikit. konflik2 yang lebih mendalam ni, kena baca sendiri dari buku ini. hehe... 

Ok, kepada reviewww.... secara keseluruhannya, buku ini sama seperti strain pertama, gaya penceritaannya santai, dan rasa dekat di hati. Penulis menulis seolah-olah seperti bercerita tentang dirinya dalam diri Latif Purnama. kita dapat merasakan penderitaan watak utama. kali ini, memang penulis betul2 fokus kepada watak utama, dengan sedikit cerita tambahan dari watak sampingan, iaitu keluarga, orang sekeliling, dan rakan2 Latif. Konflik yang dibuat juga, saling berkait, dan kita dapat merasa menyampah terhadap orang yang menyebabkan Latif menderita ini.

Antara perkara yang saya sendiri suka, adalah cara penulisan yang dekat di hati pembaca. Serta plot-plot twist yang diberikan. Kita sendiri dapat merasakan konflik yang bakal tiba. Dan nampak permainan orang yang suka mempergunakan orang lain. Plot twist juga ada yang boleh dibaca, namun disebalik plot twist, ada plot twist yang lain. itu yang menarik.

Ok, yang tak disukai pula, adalah ianya mengacau jiwa.. haha... bila baca, terasa konfliknya, dan rasa menyampah yang amat. sampai terbawa-bawa emosinya. selain kadangkala terasa konflik atau plot itu terlalu perlahan. malah terasa penghujungnya sedikit tergantung. nak betul2 tau apa jadi kat Latif Purnama akhirnya.... 


ok, rasanya itu sahaja kot, review untuk buku Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua ini. harap korang dapat sedikit manfaat, dan kalau nak dapatkan, boleh dapatkan di kedai2 buku berdekatan...


regards dan jumpa lagi!

Friday, August 27, 2021

Review Buku: Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama

 Assalamu'alaykum and Greetings


so, lama tak buat review buku, dan lama juga hilang mood membaca. jadi mari kita membaca, dan buat review... hehe... kali ni nak bercerita satu karya daripada Teme Abdullah, iaitu....

Selamat Tinggal Purnama

Strain pertama

Ok, buku ni, fokus lebih kepada kesihatan mental sebenarnya, dan watak utamanya pula dipilih adalah seorang artis. Seperti kita tahu, ramai juga artis yang mengalami depresi, dan ada sampai membunuh diri, terutama di US, serta di Korea Selatan (yang paling banyak dalam berita).  Dan buku ini cuba menyelami disebalik kisah-kisah depresi ini, menggunakan watak sebagai artis ternama. ok lets go!

Watak utama buku ini adalah Latif Purnama, seorang penyanyi dari jalanan, yang awalnya membuat busking, kemudian dikenalpasti oleh satu syarikat rakaman, dan terus namanya naik. Latif Purnama bukan sahaja dikenali di Nusaraya (nama tempat di dalam buku ini), akan tetapi lebih besar lagi. Akan tetapi, dengan bakatnya, beberapa kesulitan terpaksa dihadapi oleh Latif Purnama. 

Antaranya adalah syarikat rakaman yang tidak memberikan hak yang sepatutnya, selain expectation yang terlalu tinggi dari peminatnya. sedangkan niat asal Latif hanya untuk memberikan halwa telinga kepada peminatnya. 

Kemudian, Latif diuji lagi dengan dua ujian serentak selepas satu majlis gemilang dirinya, hingga membuatkannya mula berfikir, dan merasa resah, dan susah hati. dan kemuncaknya, apabila Latif menerima berita yang mengejutkan dari seseorang yang tidak disangka.....


------------

Oklah, itu je sedikit spoiler, haha... kita terus kepada review...

Jangan cerita buku ini, tersusun baik, dengan penceritaan dan pengenalan watak yang baik. Siapa watak utamanya, bagaimana dia mula mendaki, dan rakan-rakan sekelilingnya. Cara penceritaan dan perkembangan watak dan juga konflik juga disusun dengan baik. Dan watak antagonis juga, terdapat twist di situ. Perkembangan watak sampingan juga ada disampaikan dengan baik, walaupun tidak terlalu mendalam hingga menenggelamkan watak utama.

Dari segi kekurangan pula, mungkin agak slow nak dapat "pace" cerita ini. rasanya itu sahaja kot kekurangan cerita ini. 

Keseluruhannya, buku ini sangat baik, dengan penceritaannya, dan ceritanya yang tergantung, agar orang membaca terus buku strain kedua. owh, buku ini dikeluarkan serentak untuk 2 jilid terus. ada strain pertama dan strain kedua... 


next post saya kongsikan pula berkenaan review buku strain kedua ye!



jumpa lagi!

Friday, August 13, 2021

Drama Perut: Pepsi Bold Perisa Rasberi

 Assalamu'alaykum

Orait, kembali ke siri Drama perut, yang akan lebih fokus kepada makanan dan minuman yang kita rasa, yang baru keluar (mungkin), atau yang biasanya kita nak makan. hehe... 

kali ini, nak bercerita tentang air pula... iaitu

Pepsi Bold Perisa Rasberi

Ok, air ni, dikatakan 0 kalori la, sebab dia tak gunakan gula, tapi pemanis lain (stevia mungkin). Sebelum ini, Pepsi ada keluarkan siri Bold ni, yang biasa, perisa Vanilla dan juga perisa lemon. so, ini perisa yang terkini (pada post ni ditulis).

Rasanya masih dikekalkan rasa asal Pepsi Bold, dan untuk perisa Rasberi ini, rasa Rasberinya sangat sedap, dan terasa di lidah. Berbanding dengan perisa lemon yang agak kurang menyerlah rasa lemonnya, perisa Rasberi ini lebih berperisa. Rasa Rasberi ini sangat menyerlah hingga menyebabkan rasa Pepsi Bold yang asal itu sangat kurang terasa, berbanding dengan Bold perisa Vanilla atau Lemon. 



Namun, rasa pahit Bold masih ada, tapi sangat2 sedikit la. 

kalau anda ingin menjaga "input kalori", dan mengurangkan pengambilan kalori harian, tetapi lidah mengidam air manis, mungkin boleh mencuba sedikit ye.


selamat mencuba!!

Friday, August 06, 2021

Tazkirah Ringkas: Lima sifat Orang Fasik

 Assalamu'alaykum,

mari kita bersihkan sedikit hati kita, dengan tazkirah ringkas, berkaitan lima sifat orang fasik.


===========

#QURANTIME

Assalamualaikum Wr Wb

Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran

LIMA (5) SIFAT  ORANG  YANG FASIK

———————————————

1.Orang yang lebih cintakan ahli keluarga, harta benda dan perniagaan berbanding menyahut seruan berjihad dijalan Allah dan RasulNya.

Firman Allah Ta’ala

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang FASIK.

At-Taubah 9:24


2.Orang yang tidak melaksanakan tugas menyeru kearah perkara yang maaruf dan mencegah kemungkaran didalam masyarakat.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang FASIK.

Ali Imran 3:110


3.Orang yang tidak memutuskan hukum menurut panduan atau peraturan  yang telah diturunkan Allah didalam kitab suciNya.

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang FASIK.

Al-Maidah 5:47


4.Orang yang ingkar atau menolak kebenaran al-Quran dan terus berada dalam kesesatan.

وَلَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ وَمَا يَكْفُرُ بِهَا إِلَّا الْفَاسِقُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

Al-Baqarah 2:99


5.Orang yang melanggar pantang larang atau  peraturan  yang ditentukan Allah.

وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ لَا تَأْتِيهِمْ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan (menangkap ikan) pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku FASIK.

Al-A’raf 7:163


Wallahua’lam


Akan bersambung kepada beberapa sifat  lain  selepas ini.....

MBS

(Sampaikanlah daripada ku walaupun hanya satu ayat   -  Maksud Hadis)

Friday, July 09, 2021

Tazkirah Ringkas: Kenapa Surah Taubah tiada Bismillah

 Assalamu'alaykum

orait, kembali kepada siri tazkirah ringkas, kali ini berkenaan, sebab kenapa surah At-Taubah tidak dimulai dengan bacaan bismillah.


===============================

#TAZKIRAH RINGKAS 

Assalamualaikum Wr Wb

Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran

KENAPA SURAH AT-TAUBAH TIDAK DIMULAI DENGAN BISMILLAH

———————————————— 

Firman Allah Ta’ala

بَرَاءَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ

(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

At-Taubah 9: 1


Surah ini dinamakan At-Taubah yang bererti pengampunan , mengambil sempena nama ‘at-taubah’  berulang kali disebut dalam surah ini.

Dinamakan juga dengan panggilan Baraah yang bererti “berlepas diri” yang bermaksud pernyataan putus perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok perbicaraannya tentang pernyataan pemutusan janji perdamaian dengan kaum musyrikin Makkah.

Adapun  persoalan  surah ini  tidak dimulai dengan bismillah  , ianya adalah disebabkan para sahabat tidak menuliskannya diawal surat pada ‘mushaf al-imam’ (induk)  dan mereka dalam hal ini mengikuti apa yang dibuat oleh Khalifah Utsman  bin Affan Ra.

Ayat pertama dari surah ini diturunkan kepada Nabi Saw setelah baginda dan para sahabat kembali dari perang Tabuk.

Kemudian sampai berita kepada mereka bahawa ditahun itu kaum musyrikin akan menghadiri musim haji dan akan melakukan tawaf dalam keadaan telanjang sebagaimana kebiasaan mereka. Sebab itu Nabi Saw tidak suka bersama dengan mereka dalam mengerjakan haji.

Baginda mengutuskan Saydina Abu Bakar Ra pada tahun tersebut sebagai ketua rombongan (amirul haji) untuk membimbing manasik  haji mereka dan membuat perisytiharan kepada pihak musyrikin bahawa setelah tahun itu mereka tidak diperbolehkan melakukan ibadah haji. 

Setelah Saydina Abu Bakar  kembali, baginda mengutuskan semula Saydina Ali bin Abi Talib Kw supaya menyampaikan pesan-pesan dari Nabi Saw.

Permulaan surah ini  adalah sangat tegas bunyinya iaitu  mengandungi perisytiharan pemutusan hubungan dari Allah dan RasulNya kepada pihak musyrikin.  Orang musyrikin diberi tempoh empat bulan bebas tawaf di Kaabah dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Nabi Saw termasuklah bertawaf dalam keadaan berbogel , menari dan bersiul . (Perkara ini ditegaskan dalam ayat 1-6  surah At-Taubah). 

Tempoh empat bulan ini menunjukkan bahawa Nabi Saw adalah sangat toleran dengan memberikan tempoh yang mencukupi supaya orang musyrikin berfikir secukupnya  samada  menerima Islam secara aman atau meneruskan pemusuhan terhadap  Nabi Saw dan bersedia menerima tentangan dari puak muslimin .

Semoga perkongsian ringkas ini mendatangkan manfaat kita bersama.

Wallahua’lam

Rujukan

Sahih Tafsir Ibnu Katsir - Jilid 4

MBS

(Sampaikan daripada ku walaupun hanya satu ayat  - Maksud Hadis )

Friday, July 02, 2021

Drama Perut: Aiskrim Magnum Cookies & Cream

 Assalamu'alaykum, 


so, kembali dalam siri Drama Perut pula.... kali ni nak cerita pasal aiskrim lagi. haha.. kali ni pasal 

Aiskrim Magnum Cookies & Cream


Rasanya, bercoklat, dan sangat berkrim. ditambah dengan cip-cip coklat yang melekat kat kerak dia. dan sangat enak rasanya.... manisnya pun secukup rasa. sedikit manis, tapi manis diimbangi dengan rasa coklat


sangat recommended... kekurangannya? mmmm.... tak pasti pula. haha...


okeh, kalau berkesempatan dan ada duit sikit, bolehlah cuba dapatkan di Speedmart berdekatan rumah anda.



regards



Friday, June 25, 2021

Review Buku: Perang Tamadun Melayu

 Assalamu'alaykum


so, lama tak buat review buku. Kali ni baru habis membaca, selepas agak lemau dan k
urang membaca, akhirnya dapat balik mood membaca ni... 

ok kali ni, nak berkongsi satu buku lagi, iaitu buku...

Perang Tamadun Melayu

karya: Abdullah Sidek


Ok, buku ni agak teknikal, dan berfakta jugalah. Rasanya, penulis ni adalah academician, sebab dia menggunakan pelbagai sumber, dan disusun ikut beberapa bahagian. Dan ayatnya tidak berbunga-bunga seperti novel, atau karya yang lebih kepada penceritaan. hehe

Ok, sinopsis sikit. Buku ini mengisahkan tentang peperangan yang berlaku di Tanah Melayu, khusus di Semenanjung Malaysia kini la. Ada beberapa kerajaan Melayu lama yang dikisahkan, dan perang-perang yang berlaku, serta sebab dan asbab bagi hampir setiap peperangan. 

Kisahnya bermula dengan Kerajaan Melayu Melaka. Ianya juga ada sedikit sejarah Sultan-sultan yang memerintah Melaka sejak awal, sehinggalah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Antara perang yang berlaku sepanjang pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka ini adalah Perang Melaka-Siam, perang Melaka-Siak, perang Melaka-Kelantan sehinggalah perang Melaka-Portugis. Diceritakan juga sebab-sebab perang ini berlaku, antaranya untuk meluaskan kawasan jajahan, selain berkelahi antara saudara dan lain-lain lagi.

Kerajaan Melayu seterusnya adalah Kerajaan Pahang. antara perang yang berlaku adalah perang Ligor, perang Saudara Pahang, dan siri penentangan di Pahang. Kerajaan seterusnya adalah Kerajaan Perak, dan perang-perang yang berlaku di sana, antaranya perang Perak-Siam, perang Larut, perang British-Perak dan beberapa siri rusuhan di Perak hingga memaksa Sultan Perak menandatangani perjanjian dengan British.

Kerajaan terakhir yang ada dalam buku ini adalah Kerajaan Johor. terdapat banyak siri peperangan, pasang surut kerajaan Johor, antara perang adalah perang Tiga Segi, pertempuran untuk mendapatkan kembali Melaka, perang Johor-Jambi, perang Johor Bugis dan lain-lain.

Penulis buku ini menyatakan bahawa, dia tidak menulis kesemua jenis perang yang ada, akan tetapi mana perang yang besar, yang memberi impak kepada kerajaan sahaja dimuatkan dalam karya ini. Karya ini juga menunjukkan "Game of Thrones" juga berlaku dalam sejarah Tanah Melayu, dan hubungkait antara kerajaan Melaka dengan kerajaan Perak, Pahang dan Johor. yang mana kebanyakan kerajaan lain ini ada perhubungan rapat dan persaudaraan antara satu dengan lain.


so, sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan karya ini, dan memahami lebih lanjut perang-perang yang berlaku di Tanah Melayu sebelum ini.

Friday, June 18, 2021

Program Geoinformatik: GIS WebTalk bersama TNB

 Assalamu'alaykum,

So, kali ni kembali kepada topik program yang dilaksanakan di UTM, so, bersambung dalam siri GIS WebTalk. Kali ni, saya nak kongsi siri kedua dalam WebTalk ini. 

GIS WebTalk Siri 2: Bersama TNB

Ok, kali ni agensi yang bersama kita adalah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang diwakili oleh saudara Nik Fadhil. Dia merupakan Team Leader, bagi GIS Mapping and Analysis. En Nik Fadhil berkongsi bagaimana GIS telah dibangunkan, dan membantu pihak TNB, terutama bagi bahagian distribution. Banyak yang dikongsikan, daripada proses yang berlaku daripada sumber asas elektrik, hinggalah ke rumah. 

Ok, untuk berita lebih panjang, dan lebih lanjut, boleh ke link yang diberikan di bawah. 


orait, jumpa lagi, regards!

https://news.utm.my/ms/2021/01/gis-webtalk-siri-2-bersama-tenaga-nasional-berhad-tnb/





Friday, June 11, 2021

Tazkirah Ringkas: Antara Sifat Orang Beriman

 Assalamu'alaykum,

So hari ni mari kita kemaskan kembali pemikiran kita, untuk melihat kembali, antara sifat-sifat orang beriman (seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Anfal). mari kita kembali semak dan kemaskan balik ilmu kita...


--=================================--

#SIFAT-SIFAT ORANG  YANG BERIMAN


SIFAT-SIFAT ORANG BERIMAN YANG SEBENAR

 (SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM SURAH AL-ANFAL)

———————————————

Ada sifat-sifat yang  dinyatakan diawal surah dan ada yang disebutkan diakhir surah sebagai pelengkapnya.

Berikut ada beberapa ciri  orang yang beriman yang disebutkan:-

1.Orang yang gementar hatinya apabila mendengar ayat-ayatNya yang dibacakan, bertambah imannya dan berserah diri kepada Allah Swt.

Firman Allah Ta’ala

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Anfal : Ayat 2


2.Orang-orang yang mendirikan solat dan membelanjakan hartanya kejalan Allah Swt

Firman Allah Ta’ala

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang mendirikan solat  dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Al-Anfal : Ayat 3


3.Imannya adalah iman yang hak, mereka mendapat derajat yang tinggi disisi Allah Swt, diberikan keampunan dan diberikan tempat yang mulia didalam syurga .

Firman Allah Ta’ala 

أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

Al-Anfal : Ayat 4


4.Orang-orang  yang berhijrah, berjihad membela Islam, memberi perlindungan (pertolongan) kepada orang-orang  yang berhijrah , orang-orang   yang beroleh keampunan, orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.

Firma Allah Ta’ala

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَّهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah (Muhajirin) serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

Al-Anfal  : Ayat 74


Demikianlah diantara sifat-sifat orang beriman dengan sebenar-nya yang disebutkan dalam surah Al-Anfal.

Pada pembukaan surah Al-Anfal ada disebutkan hanya sebahagian saja ciri-ciri orang yang beriman . Akan tetapi setelah membicarakan lebih kurang 70 ayat yang menyentuh berbagai isu penting termasuklah kisah perang Badar , akhirnya surah Al-Anfal ini ditutup dengan menceritakan sifat-sifat tambahan orang beriman . Dipengakhir surah inilah Allah Swt menyebutkan  tuntutan untuk berhijrah, bertolong-tolongan dan seterusnya berjihad dijalan Allah Swt.

Semoga perkongsian diatas dapat memberikan   manfaat kepada kita semua.

Rujukan

Sessi Ulangkaji MyQuranTime diTV AlHijrah 

27 Februari 2021


MBS

(Sampaikanlah daripada ku walaupun hanya satu ayat.  -  Maksud Hadis)

Friday, June 04, 2021

Drama Perut: Aiskrim Nestle Kitkat Gold

Assalamu'alaykum dan Salam Sejahtera 


So, kembali ke siri drama perut pula... kali ni nak cerita pasal aisrkim lagi... iaitu KitKat Gold




Ok, konon2 ianya hype la ni. rasanya, macam kekacangan sikit. rasa kacang yang tidak terlalu kuat la. dan ianya tidak berapa manis sangat, dan hanya rasa manis sikit. dan kekacang dia masih terasa lagi. keraknya juga terasa manis sedikit je. 


cumanya, rasanya agak tawar, dan terasa kelat sikit, sebab rasa kekacangnya. Mungkin ada orang yang gemarkan rasanya, tapi secara peribadinya, saya tidak berapa gemar rasanya.


so, tak berapa panjang, sebab tak tahu nak cerita macamana rasanya. hahaha...



ok, jumpa lagi~!

Friday, May 21, 2021

Program Geoinformatik: GIS WebTalk Siri 1

 Assalamu'alaykum

Lama tak berkongsi berkenaan program Geoinformatik dan bidang GIS ini. Jadi kali ini nak berkongsi berkenaan satu program yang telah dijalankan di FABU, UTM, iaitu program GIS WebTalk. Program ini asalnya adalah program lawatan ke agensi, untuk melihat bagaimana perlaksaan GIS di agensi-agensi. Akan tetapi, disebabkan pandemik COvid-19, lawatan ke agensi tidak dibenarkan, oleh itu, kami mencari alternatif yang lain. Paling berkesan adalah perkongsian oleh agensi sendiri, kepada para pelajar. 

Program ini dinamakan GIS WebTalk 2020, dan ianya dilaksanakan dalam beberapa siri. Untuk siri pertama ini, agensi yang dipanggil adalah daripada syarikat Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK). Pihak IWK diwakili oleh En Zubaidi Daud, yang merupakan Eksekutif Kanan GIS di IWK. Beliau berkongsi bagaimana GIS sangat membantu pihak IWK. Ok, untuk berita lebih lanjut, boleh click ni link yang ada di bawah ini. 

https://news.utm.my/ms/2021/01/iwk-kongsi-ilmu-aplikasi-gis-melalui-gis-webtalk-siri-i/




Orait, rasanya itu je, sebab berita lebih lanjut ada di link yang diberikan. 

berjumpa lagi dalam GIS WebTalk Siri yang akan datang!


regards

Friday, May 14, 2021

Tazkirah Ringkas: Perbandingan Doa Abu Jahal dan Rasulullah

 Assalamu'alaykum,

jadi kali ini nak berkongsi lagi, tazkirah ringkas, berkaitan, doa-doa yang telah diminta ketika menjelang Perang Badar. Doa daripada kaum musyrikin dan juga Ar-Rasul s.a.w.

============================

Assalamualaikum Wr Wb

Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran

Perkongsian Dari Sirah Perjuangan Rasulullah Saw

PERBANDINGAN DOA ABU JAHAL DAN DOA RASULULLAH MENJELANG BERLAKUNYA PERANG BADAR 

—————————————— 

Seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dan juga  dari az-Zahri dari Abdullah bin Tsa’labah bahwasanya Abu Jahal berdoa pada Perang Badar : “Ya Allah, siapakah diantara  kami yang lebih suka memutuskan tali silaturrahim dan mendatangkan kepada kami sesuatu yang tidak kami kenal (maksudnya dakwah Rasulullah Saw), oleh itu hancurkanlah dia besok.”

Hal itu  adalah sebagai permohonan untuk menang dari Abu Jahal kepada Allah Swt.

Riwayat yang senada juga datangnya  dari Ibnu Abbas iaitu As-Suddi berkata: “Orang-orang musyrik, tatkala mereka keluar dari Makkah menuju Badar, mereka melepaskan kain penutup Kaaba dan mereka berdoa , “Ya Allah, menangkanlah pasukan yang lebih tinggi derajatnya dan lebih mulia dari lawannya. Menangkanlah kabilah yang lebih baik.”

Sementara itu dipihak para mukminin pula , ketika Rasulullah Saw  selesai menyusun dan memberi semangat kepada barisan pasukan tentera baginda,

maka baginda yang ditemani Saidina Abu Bakar as-Siddiq  mengangkat tangan berdoa , “Ya Allah, wujudkanlah apa yang telah Engkau janjikan untukku. Ya Allah , jika golongan Islam ini binasa, Engkau tidak akan disembah dibumi ini buat selamanya.”

Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw  juga bersabda,” Ya Allah , ini orang-orang Quraisy telah datang dengan keangkuhan mereka menentang Mu dan mendustakan Rasul Mu. Ya Allah berikanlah pertolongan yang telah Engkau  janjikan kepada ku.

Allah Swt mendengar doa Rasulullah Saw dan para sahabah baginda dengan memberikan pertolonganNya . 

Hal ini disebutkan dalam ayat berikut 

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan  kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.


وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Anfal 8:9-10

Dengan pertolongan dan izin Allah Swt, maka tentera Islam yang hanya seramai 313 orang dapat mengalah tentera musyrikin yang berjumlah 1,000 orang semuanya.

Pada perperangan pertama yang amat getir   yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke2 Hijrah ini, ternyata  Abu Jahal  (yang dipanggil Firaun dizaman baginda Rasulullah Saw) dan ramai pembesar Quraisy lainnya  telah  diberi keputusan oleh Allah Swt dengan menemukakan kekalahan dan kehancuran diri mereka  yang sombong lagi takabbur.

Kesimpulannya

Apa yang berlaku ini merupakan kurnia Allah Swt yang luar biasa dan ghaib yang diberikan kepada tentera muslimin yang mempunyai niat yang benar dan istiqamah dalam melaksanakan  perintah Allah dan RasulNya.

Wallahua’lam.

Rujukan

Tafsir Ringkas Ibnu Katsir -Jilid ke4

Sejarah Lengkap Rasulullah - Prof Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi

MBS

Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat            

Maksud Hadis


Friday, May 07, 2021

Drama Perut: Dalgona Coffee Family Mart

 Assalamu'alaykum

sooo... bersambung dalam cerita drama perut pula... so, kali ni adalah minuman daripada Family Mart. Ianya diperkenalkan pada Januari 2021, bersempena dengan PKP2.0 yang bermula awal Januari 2021. iaitu 

Dalgona Coffee daripada Family Mart

Rasanya memang seperti dalgona coffee yang viral pada awal MCO 2020, iaitu MCO v1.0. memang lembut, dan terasa kopinya. dan rasanya tidak keras, lembut dan enak juga. tapi tidak terlalu kurang rasa. hanya secukup rasa sahaja..

kalau masih ada di Family Mart, jemputlah rasa ye..




Friday, April 23, 2021

travelogzakri: Trip ke N9 - Lorong Seni Seremban

 Assalamu'alaykum


haha... lama tertangguh nak menulis pasal travel ke N9 ni... nak sambung liat... jadi, kali ni kita cuba amik balik mood menulis. Kali ni meneruskan perjalanan di N9, kali ni kami ke Lorong Seni Seremban. Ok, tempatnya agak tricky nak jumpa, sebab kawasan ni kebanyakannya di belakang kedai. Kiranya lorong belakang kedai-kedai utama. Dan nak jumpa ni, agak sukar la. Kalau betul2 nak cari dalam Google Map, kena cari Lorong Seni Seremban. ada juga Street Art Seremban, tapi tu tempat lain. 

Oklah, sambung cerita pasal art. Di sini ada banyak hasil "contengan" atau hasil "seni" yang pada hemat saya, sangat cantik. combination warna, dengan elemen yang ada, seperti paip air, dan lain-lain, Ianya juga berkait dengan sejarah N9 yang ada, seperti lombong bijih, dan budaya setempat. Sangat menarik la juga.

Cuma, untuk parking agak sukar. Dan perlukan kepada tiket parkir. Kawasan dia agak sempit (tapi bersih dan selesa - pada ketika kami melawat), dan parkir terpaksa berebut dengan orang-orang yang mempunyai urusan di bank, kedai dan restoran sekitar la juga. tapi bila lihat hasil seninya, sangat memuaskan hati...

So, kalau ada peluang ke Seremban, bolehlah cuba menyinggah ke Lorong Seni Seremban ini, Silalah nikmati hasil seni yang telah diambil, tapi ini tidak semuanya la. ada mungkin kami tertinggal, sebab banyak lorong dibuat hasil seni ini. Kami cuba cover semua, tapi ada juga yang mungkin terlepas.


ok, chiao~ 
regards~



















Friday, April 16, 2021

Review Buku: Kronikel One Piece - Sejarah Sebalik Manga

 Assalamu'alaykum,

So, bersambung pula dalam siri, #siribuku, atau #sirimembaca, kali ni nak bersembang pasal buku yang berkait dengan manga, iaitu buku:

Kronikel One Piece - Sejarah Sebalik Manga



Ok, Buku ni takdelah menceritakan sejarah One Piece, tapi menceritakan perkara yang lain, tapi masih berkaitan dengan manga One Piece. ok, mari kita review.... buku ini adalah karya Amir Zayyanid. Menariknya, nama Zayyanid ini juga ada diterangkan sedikit dalam bahagian-bahagian akhir buku ini. nak tahu? kena baca dan carilah!

Buku ini kiranya ada 3 bahagian penceritaan, pertamanya adalah sedikit latar belakang berkaitan apa itu lanun, dan definisi lanun, serta istilah-istilah lain yang berkait dengan lanun. Contohnya, ada perkataan privateer la, wokou, dan lain-lain (takleh cerita lebih, nanti spoil). Dan di mana istilah ini lanun ini digunakan. Dan istilah-istilah ini, ada digunakan dalam manga One Piece, 

Kemudian, buku ini mengisahkan pula sejarah "perlanunan" ini, terutama di kawasan United Kingdom, Lautan China Selatan, Lautan Korea-China-Jepun, dan lain-lain. Dan ini akan berkait juga dengan istilah-istilah lanun yang telah diterangkan terdahulu. Cumanya, sejarah kawasan perlanunan ini tidak banyak pula dikaitkan dengan manga One Piece. 

Bahagian akhir pula, menerangkan berkaitan lanun-lanun yang terkenal, dan ada dijadikan inspirasi dalam watak-watak manga One Piece. Law, Kids, Aurogon, dan beberapa nama watak One Piece, ada perkaitan dengan watak lanun sebenar ini. Bahagian ini menerangkan latar belakang lanun tersebut, dan sejarah yang menjadikan mereka terkenal. Ada yang terkenal kerana kekejamannya, ada terkenal sebab "memulakan" zaman lanun yang baru (persis Gold D Roger), ada yang terkenal sebagai pembantu kerajaan (persis Shicibukai), dan lain-lain. 

Secara asasnya, buku ini mengisahkan sedikit mendalam berkaitan lanun serta sejarahnya, dan dikaitkan dengan manga One Piece yang masih popular ketika ini. Menariknya, walaupun tidak mendalam, tapi masih boleh difahami, dan istilah yang digunakan juga adalah istilah yang mudah.

Yang saya kurang gemar, adalah seolah-olah buku ini pendek sangat. Tak puas baca, dah habis. hehe... sebenarnya bukanlah tidak gemar, lebih kepada tidak berpuas hati, sebab tak puas baca. Seronok sangat. 


Oklah, rasanya itu sahaja, untuk post kali ini, kita berjumpa lagi di masa akan datang... chiao~~~



regards

Friday, April 09, 2021

Tazkirah Ringkas: Elakkan dari menjadi orang zalim

Assalamu'alaykum

tazkirah hari ini, lebih kepada, berkaitan kaum-kaum yang menentang dakwah para Rasul. dan telah diazab oleh Allah s.w.t 

=====================

Assalamualaikum Wr Wb


Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran


MENGAMBIL IBRAH DARI AL-QURAN  -

KAUM YANG MENENTANG DAKWAH PARA RASUL TELAH  DIAZAB   OLEH ALLAH SWT

———————————— 


Mukaddimah


Firman Allah Taala


وَكَم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ


Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.


فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا إِلَّا أَن قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ


Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim".

Al-A’raf 7: 4-5



Allah Swt menurunkan al-Quran kepada Rasulullah Saw bukan sahaja  bertujuan memandu manusia kejalan hidayah mentauhidkanNya , malahan Kitab Suci ini penuh dengan kisah-kisah umat terdahulu yang boleh dijadikan pengajaran bagi umat terkemudian termasuk umat Nabi Muhammad Saw .


Salah satu  perkara  yang sering diulang-ulang dalam al-Quran adalah kisah  perjuangan para Rasul dan Nabi Allah . 

Para Utusan  Allah ini diceritakan  telah menerima berbagai tentangan semasa menjalankan dakwah mereka  kepada umat pada masa mereka.

Ada dari para Rasul  itu dihina  , diusir keluar dari tempatnya dan ada yang diancam untuk dibunuh oleh kaumnya.


Dalam surah Al-A’raf , Allah Swt telah menceritakan kepada Nabi Saw dan para sahabah  baginda  diMakkah mengenai kisah perjuangan Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Syuaib dan juga Nabi Musa A.s . Semua Rasul yang mulia  itu  telah menghadapi berbagai tentangan  hebat dari kaum mereka yang menolak ajaran supaya menyembah  kepada Tuhan Yang Esa dan meninggalkan  segala sembahan kepercayaan nenek moyang mereka. 

 Kepada semua mereka yang menentang dakwah para Rasul dan  juga menzalimi para pengikut  mereka , Allah Swt telah mendatangkan berbagai azab keatas mereka yang zalim itu.


Berikut adalah diantara ujian yang dihadapi oleh para Rasul berkenaan:-


1) Zaman Nabi Nuh 


Allah Swt telah  datangkan  azab banjir besar yang menenggelamkan mereka  yang menentang dakwah baginda.

Perkara ini disebutkan dalam ayat  berikut ini


فَكَذَّبُوهُ فَأَنجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ


Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)

Al-A’raf 7:64


2) Zaman Nabi Hud


Allah telah mengazab mereka dengan kemusnahan  yang dahsyat seperti yang diceritakan oleh ayat berikut ini


فَأَنجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَقَطَعْنَا دَابِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَمَا كَانُوا مُؤْمِنِينَ


Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

Al-A’raf 7:72


3) Zaman  Nabi Saleh


Kaum Nabi Saleh yang menolak dakwah baginda dan melakukan berbagai kejahatan , Allah telah menurunkan azab yang berikut ini:


فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ


Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Al-A’raf 7:78


4) Zaman  Nabi Lut


Kaum Nabi Lut  bukan sahaja menolak dakwah baginda malahan  mereka telah melakukan hubungan seks yang terkutuk. Allah Swt telah mendatang azab kepada mereka seperti diceritakan oleh ayat berikut ini


وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ


Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Al-A’raf 7:84


5) Zaman Nabi Syuaib


Mereka ini terdiri dari mereka yang menolak ajaran baginda dan melakukan berbagai kerja mungkar  dan penindasan kepada  penduduk Madyan secara berluasa. Allah Swt telah menurunkan azab kepada mereka melalui ayat berikut ini 


فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ


Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

Al-A’raf 7:91


6) Zaman Nabi Musa


Kepada kaum Nabi Musa dibumi Masir  yang diketuai oleh Firaun yang zalim , Allah Swt telah menurunkan berbagai azab secara berperingkat seperti yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut ini


وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَوْنَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ


Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

Al-A’raf 7:130


فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ


(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Al-A’raf 7:133


فَانتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ


Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Al-A’raf 7:136


Kesimpulan nya


Demikian balasan Allah Swt keatas umat-umat  terdahulu yang menentang seruan para Rasul supaya menyembah Allah tetapi sebaliknya mereka menderhaka kepadaNya dan melakukan kezaliman dan penindasan kepada kaum mereka.


Mereka yang menentang ajaran Nabi Muhammad Saw dan melakukan berbagai kezaliman , penindasan, penyelewengan dan kemungkaran pada zaman baginda diMakkah kebanyakannya telah dimusnahkan dalam Perang Badar  dan peperangan lain berikutnya.


Bagaimana pula  dengan umat Nabi Muhammad dizaman mutakhir ini ? Apakah mereka  yang zalim dan menderhaka kepada perintah Allah dan RasulNya itu  tidak menerima sebarang hukuman dari Allah Swt?


Bersamalah kita fikirkan apakah Allah Swt akan membiarkan sahaja segala bentuk kezaliman para pembesar keatas umat Islam pada hari ini?


Sebagai amaran , Rasulullah Saw telah membacakan firman  Allah Swt berikut ini pada 1,400 tahun yang lalu:


إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي 

الْمُجْرِمِينَ


Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh takabbur  (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Al-A’raf 7:40


Semoga kisah-kisah diatas mendatang ibrah yang bermanfaat kepada kita semua.


Wallahua’lam


Catatan:

Ayat-ayat  dari surah Al-A’raf diatas telahpun ditadabburkan  dalam MyQuranTime di TV Al Hijrah


MBS


Sampaikanlah daripada ku walaupun satu ayat   - Maksud Hadis

Friday, April 02, 2021

Drama Perut: Ghost Pepper Spicy Chicken

 Assalamu'alaykum dan berjumpa lagi!!


wah wah... kali ni mencuba makanan yang pedas melampau!!~~~ fuhhhhhh..... iaitu: 

Ghost Pepper Noodles!
Flaming Spicy Chicken Noodle!



Sejujurnya, sebenarnya tak berani nak makan ni, sebab tau sangaaaatttt pedas..... ok, when i mean sangat pedassss..... ianya betul-betul sangaatttttttt pedasssssss!!!!!~~~~~

akan tetapi, rasanya sangat sedap, kalau kena cara masak, mee dia akan lembut, dan perasanya mudah diserap dalam mee. 

perasaan pertama buka bekas mee ni, adalah "menakutkan"!! warna mee yang gelap, menunjukkan something "big" going to happen. macam rasa tenang sebelum taufan gitu....

then bila mula makan, kita akan rasa sedapnya perasanya, dan mee dia juga enak. dan tiba2 rasa pedas tu akan mula menyengat!! ye, menyengat!! dan bila disambung suapan ke dua, ke tiga, rasa sengatan pedas itu berterusan.... hinggalah ke akhir suapan...

dan ianya tidak berakhir setakat itu, tahap pedas yang tinggi juga menyebabkan habis muka berpeluh-peluh, habis berjurai... dan mulut rasa terbakar.... walaupun saya meminum air kosong, lega kejap... tapi tak hilang, terpaksa mencari dan makan coklat, hilang kejap.... namun belum hilang sepenuhnya. minum susu, pun kejap je lega dan pedasnya tak hilang.... dan akhirnya buka pili air di sinki, dan lalukan air tu kat dalam mulut, barulah sedikit lega...

so, kiranya bila dikatakan ianya "ghost pepper" iaitu cili yang paling pedas di bumi, ianya mencapai tahap yang dijanjikan!


jadi, sekiranya anda peminat makanan pedas, anda boleh cuba, tapi disclaimer, saya tak galakkan ye... makan atas tanggungjawab sendiri. saya tidak bertanggungjawab atas apa yang jadi selepas itu...


ok, itu sahaja untuk drama perut kali ini.. dan perut pula meragam selepas makan, walaupun sudah malam hari, saya makan waktu2 lunch... perut meragam... fuhhhhhhhh


jumpa lagi~~!!

Friday, March 26, 2021

Puisi Ketot: Ujian ketabahan menuju kejayaan

Ujian ketabahan menuju kejayaan



ujian
musibah
kesusahan
keperitan

sering terjadi dalam hidup kita
ada ujian yang perit
ada ujian yang pedih
ada ujian yang sukar
ada ujian tak nampak jalan keluar

namun, ujian tetap ujian
untuk kita tingkat ketabahan
untuk terus maju ke depan
untuk terus menuju kejayaan...

jangan berputus asa
jangan hanya bersedih hati
jangan pula terlebih fikir
jangan lihat negatif saja

bangkit 10 kali, kalau jatuh 9 kali
berjalanlah jika tidak mampu berlari
merangkak bila tidak mampu berdiri
mengesotlah jika tidak mampu terduduk

teruskan usaha walau perit
usahalah walau sedikit
atau sedikit dari sedikit
walaupun terlalu sedikit

teruslah maju dan maju
usaha dan terus usaha
doa dan terus berdoa
dan akhirnya tawakal hanya kepadaNya...

semoga ada cahaya sinar,
sinar bercahaya dihujung sana,
sinar memberi harapan,
sinar pemberi makna kehidupan...

Friday, March 19, 2021

Review Buku: Sang Penguasa

 


Assalamu'alaykum dan salam sejahtera

ok, kini kita kembali kepada siribuku, iaitu review buku. kali ni nak bercerita tentang buku yang menarik bagi peminat-peminat politik, dan even ahli politik sendiri pun. Buku ini adalah asalnya karya Nicollo Machiavelli, dan buku ini diterjemahkan oleh saudara Zamir Mohyedin, dengan syarahan dan ulasan oleh saudara Ayman Rashdan Wong, yang bertajuk:

Sang Penguasa (The Prince)

Ok, buku ini adalah karya Machiavelli, dan di dalamnya, Machiavelli merangkumkan, serta merumuskan bagaimana seorang pemerintah patut buat secara "real-politik", dan tidak berharap yang indah-indah, atau mengharap kepada teori yang tidak dibumikan. Ini kerana, real-politic berbeza dengan kefahaman dan teori kepimpinan yang baik, kerana ada unsur-unsur tidak bermoral dan tidak beretika dalam "real-politic"

disclaimer, sebenarnya Machiavelli bukannya "mengajar", tetapi menerangkan keadaan pemerintah berdasarkan sejarah dan kefahamannya berkaitan bagaimana seorang pemerintah boleh kekal berkuasa. 

Buku ini ada beberapa bahagian. Tetapi secara dasarnya, ia menerangkan 3 intipati penting. pertamanya adalah jenis-jenis kerajaan yang ada (pada ketika itu), keduanya berkenaan pemerintah, dan ketiganya adalah apa yang pemerintah perlu laksanakan, untuk berkuasa, dan kekal berkuasa. 


Intipati Pertama: Kerajaan dan jenisnya

Ok, intipati pertama, iaitu jenis-jenis kerajaan. dalam buku ini, Machivelli menerangkan ada 4 jenis kerajaan. Pada awalnya, penulis menyatakan ada 2 jenis kerajaan, iaitu kerajaan monarki dan republik. kemudiannya penulis menambah kerajaan agama (ketika itu kerajaan Pope)  dan kerajaan demokrasi (kerajaan rakyat) pada bab-bab lain. Selain itu, penulis juga menegaskan berkenaan kerajaan yang baru, tidak kira dari mana-mana jenis kerajaan, perlu pemerintah yang baik, untuk terus berkuasa.

Antara cara mempertahankan penguasaan bagi pemerintah baru, berdasarkan sejarah yang dikaitkan dalam buku ini, adalah, pemerintah baru, perlu membuat beberapa perkara, antaranya menghapuskan seluruh kerabat atau penguasa yang lama, perlu menghantar pasukan koloni ke daerah-daerah baru dikuasai, bekerjasama dengan pemerintah (menteri2) daripada kerajaan lama, atau kawasan koloni mereka, dan juga memastikan "wakil" atau "penguasa" koloni tidak mempunyai lebih pengaruh berbanding dirinya. 


Intipati kedua: Penguasa

Seterusnya, penulis banyak menerangkan berkenaan pemerintah. Kebiasaannya, pemerintah yang baik, memerlukan kepada 2 perkara penting, iaitu virtu dan fortuna. Virtu adalah kecekapan/kemahiran memerintah, manakala fortuna pula adalah tuah. Tanpa kedua-dua perkara ini, sukar pemerintah untuk mendapat kekuasaan, dan kekal berkuasa. Tanpa tuah, walaupun cekap, kita mungkin dikalahkan oleh mereka yang mempunyai lebih tuah. Dengan tuah, tetapi tidak cekap, kita juga tidak akan kekal, dan akan dijatuhkan oleh orang lain, malah orang terdekat dengan kita.

Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa, untuk pemerintah kekal lama, dia perlu mempunyai angkatan tentera yang kuat. Lebih-lebih lagi angkatan tentera sendiri. Selain angkatan tentera sendiri, pemerintah boleh juga mendapatkan beberapa jenis tentera yang lain, antaranya adalah tentera bantuan (dari kerajaan lain), dan tentera upahan (mengupah tentera dari pihak berkecuali). Akan tetapi, tentera jenis kedua-dua ini, mempunyai risiko yang lebih besar, yang mana tentera bantuan dan tentera upahan boleh berpaling tadah, jika pemerintah lain memberikan "arahan" atau ganjaran yang lebih baik. 

Selain itu, berkaitan dengan tentera, pemerintah juga tidak boleh bersikap neutral sekiranya dua negara lain berperang, kerana jika bersikap neutral, mana2 pihak menang dan kalah boleh menyerang pula negaranya. Jika pemerintah menyokong salah satu pihak, dan pihak itu menang, dia akan peroleh kebaikan, dan jika kalah pun, dia tetap akan dibantu oleh pihak yang kalah di masa akan datang. 


Intipati ketiga: apa Penguasa perlu buat

Penulis seterusnya menerangkan apa yang pemerintah perlu ada. Penulis menegaskan yang penguasa ini perlu sentiasa bersedia, perlu ada ilmu ketenteraan, dan sentiasa berlatih. Penguasa juga jangan terlalu idealistik, dan perlu melihat secara realistik. Contoh yang diberikan idealistik adalah idea Plato, atau Aristotle, yang menerangkan bagaimana kerajaan itu adalah kerajaan ideal. akan tetapi, pada hemat Machiavelli, penguasa perlu lebih realistik, dan melihat keadaan, tempat dan masa semasa. 

Machiavelli melihat idealistik vs realistik ini dalam beberapa sudut:

1. baik atau kejam? 
Penguasa perlu berbaik dengan rakyat, atau perlu kejam sekali sekala? atau perlu tunjuk yang dia boleh berlaku kejam sekiranya rakyat tidak mendengar kata/

2. Adil atau tidak adil sepenuhnya?
Pemerintah perlu bersifat adil, dan kadangkala perlu melebihkan satu pihak yang lain. kebiasaannya antara rakyat dan bangsawan. Bila bertemu antara keduanya, penguasa perlu lebihkan sedikit bangsawan, berbanding rakyat. Namun bergantung kepada keadaan dan masa.

3. Pemurah atau kedekut?
Penguasa perlu mengimbangi antara bersikap pemurah kepada rakyat, atau perlu kedekut kepada rakyat, akan tetapi akan memberikan manfaat jangka panjang. Bantuan, duit kepada rakyat perlu diberikan sekali sekala, akan tetapi tidak berterusan, agar duit/bajet itu boleh digunakan untuk kembangkan lagi ekonomi yang lebih besar, atau dalam buku ini, penulis menyebutkan untuk lebihkan dana kempen ketenteraan untuk besarkan kerajaan, dan mendapat lebih banyak cukai lagi.

4. dicintai atau ditakuti?
Penguasa juga perlu bersifat dicintai dan ditakuti oleh rakyat. Dicintai dengan perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan kepada rakyat, dan ditakuti agar rakyat tidak melanggar peraturan sehingga membuatkan revolusi atau pemberontakan. Penguasa perlu seimbangkan antara kedua-dua ini. Akan tetapi, jika tidak boleh mengimbangi kedua-dua ini (dicintai dan ditakuti), maka penguasa lebih baik ditakuti, agar lebih banyak keseimbangan dan perkembangan boleh dicapai. Machivelli menegaskan juga, untuk dicintai rakyat, jangan menyentuh harta atau wanita rakyatnya. ini penting bagi mengelakkan revolusi rakyat.

5. menepati janji atau tidak?
Perkara penting terakhir yang dibincangkan oleh Machiavelli adalah, samada penguasa perlu menepati janji atau tidak? Ini terbahagi kepada 2 konteks, satu konteks kerjasama dengan penguasa lain, satu lagi dengan rakyat. Penguasa tidak perlu terlalu naif, dan menepati janji dengan sekutu yang berpaling, kerana sekutu itu sendiri telah tidak menepati janjinya. Oleh itu, penguasa perlu sentiasa berhati-hati dan menyeimbangkan antara menepati janji atau tidak.

Selain penguasa perlu bersifat realistik dan tidak idealistik semata-mata, Machiavelli juga menyatakan penguasa perlu juga bersifat licik seperti musang, dan berani seperti singa. Licik dalam merancang dan melaksanakan pelbagai perkara, agar sentiasa bersedia dengan pihak pembangkang, atau penguasa lain (serangan luaran). Selain itu, penguasa perlu juga bersifat berani seperti singa, dengan menunjukkan siapa yang berkuasa, agar tidak ditikam dari belakang oleh menteri atau rakan-rakan sendiri (serangan dalaman). 

Machiavelli juga menerangkan berkenaan bagaimana untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat biasa, dan golongan bangsawan. Sokongan daripada rakyat perlu dijaga, supaya penguasa disayangi rakyat. Machievelli menegaskan untuk Penguasa tidak sekali-kali menyentuh harta dan wanita rakyatnya, dan perlu bertindak tegas dengan rakyat biasa, serta mendapatkan sokongan daripada golongan bangsawan. 

Machievelli juga menyatakan antara perkara yang boleh dijadikan asas untuk mendapat sokongan, adalah dengan menunggang agama. Menunggang agama dapat dijadikan sebagai kaedah untuk mendapat reputasi yang baik daripada rakyat biasa. 

Machieveli seterusnya menyatakan untuk penguasa bijak dan cekap (Virtu) dalam memilih barisan menterinya. Penguasa perlu melantik menteri yang pandai melaksanakan tugas, sentiasa memikirkan kepentingan penguasa, dan tidak melebihkan kepentingan peribadi (kepentingan menteri sendiri). Sekiranya Penguasa membiarkan menteri mendapat lebih sokongan, ada kemungkinan menteri itu akan menjatuhkannya di kemudian hari. Selain itu, Penguasa juga memerlukan pendapat dan idea dari menterinya, tapi bukan pada setiap masa. dan Penguasa juga tidak perlu mengikut nasihat yang diberikan, dengan membuat keputusan sendiri. Penguasa perlu bijak memilih keadaan, agar menterinya tahu bila masa boleh memberi pendapat, dan bila masa tidak perlu memberikan pendapat

Akhir bab daripada buku ini, Machievelli mengharapkan agar Itali dapat bersatu, dan bebas dari penjajahan bangsa lain. 


======================================

Seterusnya, bila review, kita akan melihat apa yang saya personally suka, dan tidak suka. Yang saya kurang gemar, adalah ayat2 dalam terjemahan secara terus oleh saudara Zamir, agak sukar difahami. Sebab ianya perlu diterjemahkan dengan baik, serta tidak menghilangkan nilai-nilai dan isi sebenar buku The Prince versi asal. Mungkin disebabkan gaya bahasa zaman dahulu, jadi ianya lebih bersastera dan tidak boleh difahami secara terus. 

dan ini membawa kepada apa yang saya suka, iaitu syarahan dan penerangan secara ringkas oleh Saudara Ayman. Syarahan yang ditulis, dapat merumuskan, dan meningkatkan kefahaman daripada terjemahan yang telah dibuat. Lebih-lebih lagi, saudara Ayman juga memahami berkenaan Perhubungan Antarabangsa (International Relationship), jadi lebih mudah dia mengaitkan antara perkara yang terjadi dengan isu yang diketengahkan. 


ok, rasanya itu sahaja kot, apa yang boleh di-riview daripada pembacaan saya. Mungkin ada yang terlari sikit, sebab saya orang luar bidang, kalau betul Alhamdulillah. kalau tersilap, maafkan jela...


ok itu sahaja, kita jumpa lagi dalam post akan datang!


regards

Friday, March 12, 2021

Tazkirah Ringkas: Doa Orang Soleh mengangkat musibah

 Assalamu'alaykum 

Hari ni, nak berkongsi tazkirah sedikit, berkenaan supaya kita cuba memohon doa dari orang-orang soleh, untuk menghentikan musibah yang berlaku. dan ketika ini, musibah dan ujian pandemik Covid-19.


==================================

Assalamualaikum Wr Wb


Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran


PARA PEMBESAR NEGERI MEMINTA ORANG-ORANG  SOLEH BERDOA AGAR ALLAH  MENGHENTIKAN MUSIBAH YANG BERLAKU

—————————————


Firman Allah Taala telah berfirman dalam surah Al-A’raf dari ayat 133 hingga 135 seperti berikut:


فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ


(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Ayat 133


وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ لَئِن كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ


Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".

Ayat 134


فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَىٰ أَجَلٍ هُم بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنكُثُونَ


(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya

Ayat 135


Ayat-ayat diatas telah ditadabbur

dalam program My#QuranTime

diTV Al-Hijrah 


         ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah beberapa nota tambahan:


1) Dalam misi berdakwah kepada Firaun dan para pembesarnya , Nabi Musa dan Nabi Harun A.s telah berdepan  tentangan kuat dari Firaun dan pembesarnya.


Cabaran yang terbesar sekali adalah sifat sombong Firaun yang mengaku dirinya hebat sehinggakan dia sanggup mengaku dirinya  adalah tuhan. Hal ini disebutkan Allah dalam ayat berikut:


فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ


Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

An-Nazi’at   79 : 24


2) Firaun menganggap Nabi Musa adalah  seorang ahli sihir yang  yang bertujuan untuk merampas  kekuasaan Firaun  dan seterusnya membebaskan kaum Bani Israel yang telah menjadi hamba abdi kepada kerajaan Firaun sekian lama.


Firaun mencabar  Nabi Musa berlawan sihir dengan ahli-ahli  sihir yang terhebat diMasir.

Dengan kebesaran Allah , Nabi Musa telah diberikan mukjizat besar bilamana tongkat yang dilemparkan baginda  berubah menjadi ular  besar dan menelan semua ular ahli-ahli sihir .

Ahli-ahli sihir Firaun telah bersujud dan menyatakan keimanan  mereka kepada Tuhannya Nabi Musa dan Harun.

Ekoran dari peristiwa ini Firaun jadi marah dan menyiksa ahli-ahli sihir tersebut.


3) Akibat dari kezaliman Firaun dan para pembesarnya  ini , Allah  Swt telah menurunkan bala’ kepada  mereka  dengan ditimpakan musim  kemarau panjang  yang menjejaskan sumbir makanan dan buahan dibumi Masir. 

Tujuan diturunkan bala’ adalah supaya mereka insaf.  Namun apabila keadaan dipulihkan Allah Swt  dan    mereka menjadi 

 senang semula, mereka mengatakan semua kesenangan  itu adalah hasil usaha mereka semata-mata. Bahkan mereka menuduh bala’ yang menimpa mereka sebelum  itu adalah disebabkan oleh nasib malang Nabi Musa dan para pengikutnya.

Firaun  dengan bongkaknya masih tetap enggan beriman kepada Allah Swt.


4) Allah Swt terus mendatangkan berbagai   bencana  satu demi satu kepada bumi Masir iaitu dimulai dengan taufan (dan banjir besar) yang diikuti dengan wabak penyakit. Kemudian diikuti dengan serangan belalang yang merosakkan tanaman, kutu-kutu yang muncul dalam  setiap makanan mereka,  kemudian diikuti oleh munculnya katak-katak memasuki istana dan rumah mereka. Akhir sekali ialah sumbir air mereka berubah menjadi darah yang sangat menjijikkan .


5) Firaun dan para pembesar menjadi kumpulan yang sangat kecewa dan  putus-asa. Diceritakan  bahawa setelah berlakunya setiap musibah itu , Firaun meminta  Nabi Musa  berdoa kepada Allah Swt agar  memulihkan keadaan kepada sediakala. Bahkan setiap kali menemui Nabi Musa,  Firaun berjanji sekiranya musibah yang berlaku itu dipulihkan , dia hendak beriman kepada Allah dan membebaskan Bani Israel dari perhambaan dan  mereka boleh pergi bersama Nabi Musa dan Harun. Sesungguhnya Firaun itu sedar  dan percaya bahawa hanya doa Nabi Musa  sahaja yang diperkenankan Tuhan.


6) Setelah Allah menghapuskan semua azab yang dialami mereka itu , tiba-tiba Firaun memungkiri semua janjinya. Beliau bukan saja  tidak mahu beriman , bahkan Nabi Musa terus  dimusuhinya dan Bani Israel masih dijadikan hamba abdi mereka.


7) Akhirnya Allah Swt membalas mereka dengan menenggelamkan mereka dilaut oleh sebab mereka zalim , lalai dengan kemewahan dan mendustakan seruan dakwah Nabi Musa dan Harun.


8) Kesimpulannya

Dari apa yang dikisahkan diatas adalah amat terserlah sekali sikap takabbur Firaun kepada Allah Swt  . Beliau bukan sahaja tidak mahu beriman kepada Tuhan , malahan beliau sendiri mengaku menjadi tuhan  yang berkuasa melakukan apa saja termasuklah menzalimi  Nabi Musa dan kaum Bani Israel.

Walau bagaimana  sombongnya Firaun itu, beliau masih tidak dapat menghindarkan diri dan kaumnya dari azab Allah Swt.

Akhirnya raja yang bongkak itu terpaksa meminta pertolongan kepada orang-orang soleh seperti Nabi Musa dan Harun untuk  berdoa kepada Allah Swt supaya semua azab yang menimpa mereka dipulihkan. 

Inilah keadaan yang berlaku dari dahulu sehingga kehari ini iaitu apabila sesuatu negeri itu ditimpa musibah besar seperti pandemik penyakit ,  maka para pemimpin meminta orang-orang yang soleh dan rakyat jelata berdoa  supaya musibah atau penyakit itu dipulihkan oleh Allah Swt. 

Biasanya manusia yang  angkuh dan sombong itu hanya ingat kepada Tuhan tatkala mereka dilanda musibah .

Setelah semua musibah itu diangkat dan keadaan negeri  mereka menjadi mewah dan  senang , mereka itu terutama para pemimpin negeri  kembali lalai dan terus membiarkan perkara-perkara yang ditegah Allah Swt  contohnya arak, judi , zina dan maksiat lainnya berluasa dalam negeri.


Semoga perkongsian ini memberikan pengajaran dan iktibar kepada kita umat  Islam masa kini supaya sentiasa bertawaddu’ kepada  kebesaran Illahi  dan mematuhi semua perintahNya.


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy -Jilid 5


MBS

Sampaikanlah daripada ku walaupun satu ayat.  Maksud Hadis

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...