Friday, April 24, 2020

Review Buku: Cinta Sang Ratu

Assalamu'alaykum,

So, kali ni, saya akan berkongsi pula tentang satu buku yang baru saya habiskan bacaannya, iaitu buku karya Ramlee Awang Murshid, daripada siri Sunan, iaitu;

Cinta Sang Ratu

ok, buku ni, kalau ikut susunan jalan cerita, adalah buku yang keempat daripada siri Sunan. selepas beberapa kali Laksamana Sunan atau Saifudin menempuh pelbagai halangan. kali ini, ceritanya juga masih berkisar tentang tentangan daripada Maharani, pemerintah Pulau Utara, dan anak angkatnya, Sang Ratu. 

Friday, April 17, 2020

Siri Cycling: Permulaan yang baru

Assalamu'alaykum,

untuk yang baru membaca blog ni, mungkin tak tahu, yang saya suka berlari. ada beberapa post tentang berlari, dan sedikit post tentang teknik berlari. hehe...

anyway, disebabkan lutut selalu sakit, sebab overload masa berlari, ataupun terlebih training berlari, saya terpaksa bertukar-tukar exercise, dan salah satu yang paling saya minat adalah berbasikal/cycling. sejak dari kecil, saya ke sekolah rendah menaiki basikal setiap hari. malah kalau ikutkan jarak, adalah dalam 3-5 km dari rumah ke sekolah ketika itu.

jadi, tambahan exercise yang saya buat adalah berbasikal. tapi kena la beli basikal dulu kan. cumanya, saya lebih suka road bike, kerana suka berbasikal jarak jauh, dan kurang gemar berbasikal dalam hutan. tapi tak tahu di masa depan kan...

anyway, berbasikal ni yang best, adalah kita boleh berehat sebentar ketika penat, boleh berhenti mengayuh dan menikmati angin bertiup... alhamdulillah, setakat ni, sangat berbahagia berbasikal. malah family pun dah suka berbasikal juga. cuma belum berkemampuan nak beli setiap seorang satu.


ok, rasanya nak kongsi itu je. sebenarnya dah lama start berbasikal balik, dalam setahun yang lalu. cuma disebabkan terlupa, jadi tak bercerita.

harap tak rugi masa korang...


regards

Friday, April 10, 2020

Program Geoinformatik - Drone guna untuk apa?

Assalamu'alaykum,

Uuuu... lama betul tak bercerita tentang program Geoinformatik ni. last di-post pada bulan 7 tahun 2019. wow... dah lebih setengah tahun.

well, disebabkan kekangan masa dan idea, biasalah, jadi mind-block pula...

anyway, hari ni nak sambung cerita pasal kumpul data pula. data dalam bidang GIS ni terlalu banyak, dan sentiasa berkembang, akan tetapi, konsep asasnya masih sama antara satu dengan lain.

so, kali ni nak cerita satu kaedah terkini, tapi asasnya tetap sama dengan kaedah kumpul data yang lain. teknik sahaja berbeza. kali ni menggunakan Drone... atau juga dikenali sebagai UAV (Unmanned Ariel Vehicle - Kenderaan udara tanpa pemandu).

Secara asasnya, jenis drone yang digunakan, ada 2 je. iaitu sayap tetap (fixed wing), dan juga berkopter-kopter, yang banyak kipas-kipas tu la. ni yang biasa orang guna... ada yang empat kipas, ada 6 kipas, ada kipas kecik, ada kipas besar, ada sampai 8 kipas... so, bilangan kipas akan menukar nama drone tu.

a. fixed wing ni, adalah bentuk dia macam kapal terbang biasa. ada 2 sayap. dan arah penerbangannya hanya satu je. kalau terbang, kena baling, atau guna alat pelepasan....

Image result for fxed wing drone
sumber: https://www.engadget.com/2016/08/23/you-can-buy-parrots-fixed-wing-disco-drone-in-september/

b. yang kopter-kopter ni, biasanya ikut bilangan kipas. dan ianya konsep macam helikopter. boleh naik-turun menegak, dan arahnya boleh pelbagai

Image result for lidar drone
Sumber: https://altigator.com/drone-embedded-lidar-technology-on-onyxstar-fox-c8-hd/

ok, so dah tahu jenis drone. pastu data dia pula.. apa yang dikumpulkan?

secara asasnya, drone digunakan untuk kumpul data "bergambar"... asasnya data yang diambil adalah berbentuk imej/gambar, tak kisahlah guna kamera apa pun. cumanya, pada drone tak dipanggil kamera, tapi kita panggil sensor (alat pengimbas). selain gambar/imej, satu lagi adalah data laser. itu kemudian la cerita...

anyway, sensor ni yang banyak, ada RGB (Red-Green-Blue/Merah-Hijau-Biru), ada yang multi-spectral, ada yang hyperspectral, ada yang thermal, ada yang laser. Jenis-jenis sensor ni akan pengaruhi ketepatan data/imej yang diambil. jadi perlu lihat kepada keperluan. Makin bagus sensor, harga pun pastinya akan meningkat kan?


orait, rasanya kita bincang setakat ni dulu. nanti jenis-jenis data, multi-spectral tu, akan bincang kemudian. ianya berkait juga dengan data dari Satelit. haaa....


orait, kita jumpa di masa akan datang pula ye..

regards

Monday, April 06, 2020

Gegaran Dunie: COVID-19 dan peranan kita

Assalamu'alaykum,

Dunia digegarkan dengan satu pandemik yang berbahaya, iaitu novel coronavirus 2019, atau lebih tepat, COVID-19. Ianya adalah serangan penyakit berjangkit berkaitan saluran pernafasan, menyebabkan kesukaran bernafas (severe acute respiratory syndrome). Kalau nak info lanjut boleh je ke website WHO - https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

Majoriti negara telah terkena jangkitan ini, dan setakat hari ni, lebih sejuta orang telah dijangkiti, dengan kematian melebihi puluhan ribu orang. Ini adalah pandemik yang paling teruk pada abad yang baru ini. Banyak teori, terutama teori konspirasi telah dikeluarkan. Malah ramai orang mula menunding jari mencari kesalahan orang lain....

baiklah, post ini bukan untuk mencari kesalahan orang lain ke, atau nak buat teori-teori yang tak pasti benar atau tidak. tapi nak lihat apa peranan yang boleh kita lakukan.... antaranya:

1. Dengar arahan kerajaan. kalau perlu duduk di rumah, maka duduklah di rumah baik-baik, tujuannya, supaya kita tidak dijangkiti, atau, supaya "kita" tidak menjangkiti orang lain. sebab apa? simptom bagi COVID-19 ini agak lewat dikenalpasti. ada sebahagian orang, mereka tidak tahu pun mereka dijangkiti. terutama golongan muda. 

2. Berhenti menyalahkan orang lain, dan sama-sama berfikir dan bantu membantu dalam menyelesaikan pandemik ini. jika kita hanya menyalahkan orang lain, akan tetapi tiada perancangan dan membuat sesuatu, maka pandemik ini akan terus kekal, dan mungkin lebih teruk.

3. Cuba bantu setakat yang kita boleh. Banyak perkara boleh buat. sebarkan maklumat yang betul. hentikan berita palsu. berikan kewangan kepada banyak pihak: yang bantu orang susah, yang bantu pegawai hadapan (frontliner), kalau tak boleh, doakan semuanya selamat.




Dalam Islam, kita diajar, perlu usaha, doa dan tawakal. usaha telah dilakukan, maka marilah kita berdoa agar pandemik ini berakhir... dan tawakal dengan usaha dan doa kita lakukan.... 



semoga pandemik ini berjaya kita atasi bersama....

*p/s: penulis bukan pakar perubatan, atau pakar dalam membantu. sekadar menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh orang lain


regards

Friday, April 03, 2020

travelogzakri: Trip ke N9 - Muzium Diraja Seri Menanti

Assalamu'alaykum,

Kita akan sambung perjalanan trip ke N9, kali ini ke destinasi yang pertama, iaitu Muzium Diraja Seri Menanti, Seri Menanti. Muzium ini adalah Istana Lama Seri Menanti, yang merupakan tempat kediaman Yang Dipertua Negeri satu ketika dahulu.

Muzium Diraja ini adalah bangunan kayu, yang didirikan menggunakan kayu jati. Ianya dibina pada tahun 1905, dan siap pada 1908. Ianya bangunan 3 tingkat, dan mempunyai menara. lebih lanjut diceritakan dalam gambar di bawah.

maklumat yang disediakan oleh Tourism Malaysia
Istana Lama dari pandangan tepi 
Istana Lama dari pandangan depan
Diceritakan juga dalam sejarah, yang kerajaan Negeri Sembilan ini berkait rapat dengan Pagar Ruyong. Asalnya daerah-daerah di Negeri Sembilan bernaung di bawah kerajaan Melaka, akan tetapi selepas Melaka dijajah, mereka bernaung sebentar di bawah Kerajaan Johor, dan selepas kerajaan Johor juga jatuh, mereka mengambil keputusan untuk mempunyai pemerintahan sendiri, yang menggabungkan 9 daerah (negeri) ini, menjadi Negeri Sembilan.

Peta sejarah

Maklumat pengenalan N9 


Terdapat juga muzium di Pagar Ruyong

Istana Lama ini diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara

 so, sekiranya anda ke N9, ambillah peluang untuk ke Muzium Diraja Seri Menanti ini. dan baca lebih banyak lagi maklumat berkenaan sejarah N9.


Regards

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...