Friday, May 29, 2020

Travelogzakri: Trip ke N9 - Zaini Salai House

Assalamu'alaykum,

orait, so, next stop selepas berenang di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, kami meneruskan perjalanan menuju kembali ke Seremban. akan tetapi, waktu telah menunjukkan waktu tengahari, dan perut mula berkeroncong, jadi kami menyinggah dulu ke satu tempat daging salai yang tidak kurang terkenalnya, iaitu Zaini Salai House..

Zaini Salai House berada tidak jauh dari Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. sekitar 5 minit perjalanan sahaja. Parking hanya lah di tepi jalan, atau jika anda ke dalam, tempat parking adalah tanah ye. kalau hujan, berhati-hati ye.

pintu masuk Zaini Salai House
Pelbagai menu disediakan, amaran awal, lauknya sedikit pedas. jadi untuk anak2 kecil, kena cari lauk yang bersesuaian ye. Terdapat pelbagai jenis lauk di sini. Dan kita perlu self-service ye. amik nasi, dan pilih lauk. untuk daging salai, pihak Zaini Salai House telah sediakan bekas-bekas mangkuk kecil, yang berharga sekitar rm10-20 mengikut jenis daging/ayam/lain2.

selain itu, ada juga disediakan menu2 dessert yang lain, ada ice cream, ada juga ABC (air batu campur), dan pelbagai lagi menu menarik. tak lupa, ada juga produk2 tempatan untuk dibeli, seperti kuih2, kerepek dan lain-lain. 

Kaunter bayaran

hidangan lauk yang pelbagai

lagi hidangan lauk yang pelbagai

Daging salai, yang ini RM10 satu mangkuk

ABC koko crunch

ABC biasa
Orait, sekiranya anda ada ke Kuala Pilah, atau berdekatan dengan Zaini Salai House ini, bolehlah menyinggah ke sini, untuk makan tengahari. enak dan berbaloi...


ok, itu sahaja untuk post kali ini, semoga berjumpa lagi....


regards

Friday, May 22, 2020

Review Buku: Empayar - Hikayat Putera Tanpa Nama

Assalamu'alaykum,


Masih lagi nak bercerita post tentang review buku. Kali ini, satu buku karya orang yang tidak dikenali mukanya, tapi namanya telah dikenali ramai. Buku kali ini adalah cerita:

EMPAYAR

Hikayat Putera Tanpa Nama

karya Teme Abdullah

Friday, May 15, 2020

Travelogzakri: Trip ke N9 - Taman Eko-Rimba Ulu Bendul

Assalamu'alaykum,

Bersambung lagi dalam kisah trip kami sekeluarga ke N9. destinasi seterusnya adalah ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. ok, taman ini terletak di antara perjalanan dari Seremban ke Seri Menanti/Jempol. dalam perjalanan ke Seri Menanti, kita akan melalui satu bukit, dan ketika turun dari bukit ini, kita akan nampak taman ini di sebelah kanan jalan. 

Terdapat banyak tempat parking disediakan, tapi rasanya kalau hujung minggu atau cuti sekolah, parking di sini tak cukup. Akan tetapi, disebabkan kami datang pada hari kerja, maka terdapat banyak ruang parking yang ada. 

Jika anda sampai ke sini, anda akan nampak pintu masuk ke taman ini, dengan ucapan alu-aluan selamat datang. selain itu, terdapat deretan gerai, yang menjual makanan, pakaian mandi, pelampung dan lain-lain barangan. 

pintu masuk ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul

Selepas anda melepasi pintu masuk ini, anda akan disajikan dengan pemandangan rekreasi yang menarik. terdapat kawasan mandi telah disediakan, dengan ruang kolam yang besar, dan dengan kedalaman yang sesuai untuk mandi. dan juga terdapat juga ruang mandi kanak-kanak, seperti  luncur air, dan lain-lain. terdapat juga kawasan santai, dengan tempat duduk disediakan, berdekatan dengan tandas dan ruang mandi, untuk bilas badan selepas mandi sungai. 

ruang mandi kolam dan tandas yang disediakan
Selain itu, terdapat juga kawasan sungai, di bahagian lebih dalam. dan keadaan kebersihan di sini kelihatan terkawal, dengan kurang sampah sarap. akan tetapi jangan dijadikan alasan untuk anda pula membuang sampah merata-rata ye!


Add caption

Sekiranya anda berjalan-jalan ke Negeri Sembilan, dan inginkan suasana mandi sungai, bolehlah ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul ini.


selamat berjalan!!

Friday, May 08, 2020

Program Geoinformatik - Pemetaan lokasi kes COVID-19

Assalamu'alaykum

So, apabila berlaku sesuatu benda, terutama berkaitan dgn kes kesihatan, atau keselamatan, orang ramai akan cuba mencari maklumat yang pelbagai, ada yang cari kes by kes, ada cari graf, ada cari data, ada yang cari lokasi. semua maklumat yang dicari adalah berdasarkan pengetahuan dan keperluan masing-masing.

dalam kes penyebaran COVID-19 ni, antara maklumat penting adalah lokasi pesakit yang dilaporkan positif. Bagaimana nak tahu, kita dekat ke tidak dengan kawasan jangkitan? adakah kita selamat? jadi, salah satu alternatif adalah Web-Based GIS. lihat contoh yang ada di bawah, yang dibangunkan, iaitu www.outbreak.my

Friday, May 01, 2020

COVID-19: antara peluang dan harapan

Assalamu'alaykum and Greetings everybodehhh..


So, macam yang kita tahu, COVID-19 telah memberikan impak kepada kita. Dari aspek sosial dan ekonomi secara amnya, akan tetapi memberi impak sangat positif kepada alam sekitar. Ekonomi mengucup, kita tidak dapat bersosial seperti biasa, tak dapat berinteraksi, sedangkan kita dijadikan untuk saling berinteraksi.

Ramai juga yang mengeluh, dan melihat sisi negatif yang disebabkan oleh COVID-19 ini. akan tetapi, kita perlu juga keluar, dan melihat sisi positif. antaranya, mungkin inilah masa yang kita start rasa "burnout", iaitu sindrom tekanan kronik yang tidak dapat ditangani di tempat kerja (WHO, 2019). Mungkin rehat tidak cukup, atau kita terlalu fokus kepada kerja kita (including me)...


anyway, banyak negara dah mulakan arahan perintah berkurung, atau separa berkurung, atau di Malaysia lebih dikenali sebagai PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). dan ramai dah mula boring dan bosan duduk rumah (termasuk penulis).


Akan tetapi, ada juga orang telah mengambil peluang dan ruang yang ada untuk tambahbaik nilai diri sendiri. Ada artis yang mulakan projek buat lagu. ada 3 orang (setakat yang penulis tahu), buat cover lagu, atau totally lagu baru. Noh Hujan (Noh Salleh), TakaharaSuiko (taka), dan juga (Naim Daniel). mereka telah berjaya menggunakan isu semasa, dan peluang ini untuk menghasilkan lagu, hampir setiap hari.

Malah, di spotify, terdapat satu album EP, yang bertajuk "PKP Project" yang ada 4 lagu, yang dihasilkan oleh pemuzik-pemuzik di Malaysia.

Ada yang guna masa ini untuk tambah ilmu baru, contoh: belajar guna photoshop, atau menggunakan movie maker dan pelbagai lagi nilai-tambah untuk diri sendiri.


jadinya, anda yang mana satu? adakah orang yang hanya melihat dan duduk berehat, atau orang yang juga melihat, tapi tambahbaik diri, agar ada nilai tambah bila habisnya waktu perintah berkurung ini?


so, jawapan pada anda... anda sendiri yang boleh menggunakan waktu ini utk diri sendiri...


regards

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...