Thursday, November 22, 2018

travelogzakri: Short Trip to KL - Pusat Sains Negara

Assalamu'alaykum,

so, sempena short trip ke KL, kami sempat menyinggah ke Pusat Sains Negara. Mungkin ada yang pernah pergi, dan tak pernah pergi. tapi ianya sangat menyeronokkan, lagi2 buat anak2 yang dah mula belajar sains di sekolah. terdapat pelbagai info, dan alatan sains atau alatan yang berkaitan dengan sains aplikasi (applied science) terdapat di sini. 

Sebelum masuk, kita perlu daftar dan beli tiket terlebih dahulu. Kami datang agak awal, jam 9pagi, dan kaunter tiket kosong. akan tetapi, ketika kami nak keluar, sekitar jam 12tghr, kaunter tiket telah beratur panjang.

Oklah, sebelah kaunter tiket, terdapat akuarium, dan juga akuarium terbuka untuk pengunjung menyentuh ikan yang terdapat dalamnya. ada juga akuarium yang mempunyai "Dory" daripada filem finding Nemo dan finding Dory di sini. hehe...

Dan, ketika anda hendak masuk, anda akan terus disambut oleh akuarium besar sebagai pintu gerbangnya. Seperti di Aquaria KLCC. pada waktu kami datang, penyelam turun memberikan makanan kepada ikan2 di dalamnya. Akan tetapi, disebabkan anak takut air, maka kami tidak sempat mengambil gambar di pintu masuk ini.

Kemudiannya, kita akan disambut oleh satu kawasan pameran yang berasaskan elektrik (rasanyalah). terdapat satu model bangunan di Kuala Lumpur, yang perlu dijana dengan "tenaga manusia", dengan memusingkan tombol yang ada situ. lebih lama kita memusingkannya, lebih lama lampu dalam model ini akan menyala. ada juga lain2 bahan pameran yang menunjukkan kajian dari pakar2 elektrik terawal di US.

Selepas itu, jika kita masuk ke dalam lagi, kita akan disambut oleh satu kawasan yang lapang, dan terdapat dua-tiga tempat "taman permainan" kanak2. ada kawasan untuk kanak2 yang lebih tinggi dari 4 kaki, dan ada untuk kanak2 yang lebih rendah. akan tetapi, ketika kami datang, hanya kawasan untuk kanak-kanak lebih 4 kaki sahaja dibuka, yang lain dalam proses renovasi.

Kemudian, terdapat lagi dua bahagian menarik, dengan pelbagai alatan sains, seperti laluan cermin, kawasan permainan berasaskan matematik dan logik, dan juga kawasan berdasarkan bunyi/lagu. di tingkat 2, terdapat lagi kawasan pameran yang menarik. Ada satu tempat khusus, "bunker" namanya. tapi kami tak masuk, kerana perlu bayar berasingan.

Manakala di tempat yang lain pula, tersedia pameran berasaskan teknologi terkini, seperti tenaga nuklear, gelombang radio, radiasi (x-ray berfungsi), terdapat juga kawasan aviation (penerbangan), akan tetapi tidak banyak yang masuk berfungsi.

orait, rasanya itu sahaja, sedikit sayang kerana banyak kawasan pameran yang tidak dibuka buat sementara waktu. mungkin ketika cuti sekolah ianya akan siap. atau mungkin tahun depan pula dibuka (2019)

so, sekiranya anda berdekatan kawasan Pusat Sains Negara, bolehlah menyinggah untuk menanam minat anak anda berkaitan sains dan teknologi

regards

Thursday, November 15, 2018

travelogzakri: Short Trip to KL - Galeri Petronas - Liberating Potential

Assalamu'alaykum,

so, kali ni nak bercerita tentang sedikit seni yang ada di Malaysia. salah satu tempat diadakan pertunjukan seni adalah di Galeri Petronas, Suria KLCC. yup, setiap kali saya ke Suria KLCC, saya akan cuba pergi ke Galeri Petronas ini. Cuma kadangkala, ianya tutup (sebab hari cuti Galeri). akan tetapi, setakat hari ni, 3 pertunjukan seni saya telah pergi. Jadi kali ini, temanya adalah:

LIBERATING POTENTIAL

Menifestasi Anjakan Digital
16 Oktober 2018 - 6 Januari 2019

Pintu masuk ke Galeri Petronas. anda perlu daftar masuk ye!

Saturday, November 10, 2018

Drama Perut: Short Trip to KL - Nasi Vanggey Gombak

Assalamu'alaykum,

So, kali ni nak bercerita pula satu restoran yang menarik di area Gombak - Batu Caves, Selangor. Saya pun tak pasti kat mana sebenarnya lokasi dia ni. hehe.. Namanya adalah Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak. Ia menyediakan Nasi Vanggey, serta nasi beriani dan lauk-pauk yang pelbagai. 

Depan kedai Nasi Vanggey

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...