Wednesday, May 28, 2008

A Story about Sichuan Disaster

Assalamualaikum,

this is one of the story about the sichuan disaster, there a more and more story..but this one, really touch my heart, the last slide...

"dear child, if you survive, please remember, mom love you forever"



Tuesday, May 27, 2008

Afifah dua minggu

assalamualaikum,

afifah dah berumur 2 minggu lebih, so, this is her latest picture...sajer nak kongsi...

anyway, fotopages terpaksa digantung dahulu penggunaannya, tengah checking something...the romours about fotopages..

right..

tengah minum shushu...


aaa...nak shushu...abi jahat!!!


nak minum shushu nih...


abi jahat!!! tutup hidung kite!!!


tutup mata lak, macam lanun daaa...



Thursday, May 22, 2008

tagging thing lagi...tapi ni best sikit

Assalamualaikum,

tadi sibuk nak baca blog si dhany sarip, sekali rupa2nya, diri sendiri kene tag...terpaksalah buat, dengan niat yang ikhlas, (insyaALLAH)...haha...ni soalannya...


[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
entahlah, adalah dalam 10 tahun kot...start masa sekolah menengah, 1995...haha..lama rupanya...eh, 13 tahun arr..huhu...

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
dah dijawab, kat sekolah, starting with usrah dengan ustazah...then continue, and continue...and continue lagi...

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
terlalu banyak manfaatnya, dapat mendidik hati dan perasaan, agar dapat menjadi seorang mukmin dan muslim yang lebih baik, dan semakin baik...(insyaALLAH)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
sangat2 seronok, merasa terlalu banyak kekurangan, perlunya mendidik orang lain, tiga je kan? haha

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
lima je? rasanya, satu cukup kot...apa yang saya dapat, adalah didikan, tarbiyah kepada hati, supaya lebih mengenali ALLAH, dari segi dan skop yang berbeza daripada apa yang kita biasa tengok...then, bila lihat dan baca sirah Ar-Rasul terchenta, terasa sukarnya, dan menusuk kalbu..kalau tak ikut usrah dan tarbiyah, mungkin rasa biasa je kot...entah


orait, lepas ni, nak tag orang lain lak...keh keh...sedia;

1. mujahid
2. zaido (dalam fotopages pun boleh jawab tau)
3. fuad abdullah (sape suruh ada blog)
4. puan aliya ibunda layth
5. abyd

cukup arr, nanti yang lain orang lain tag pulak...rite...huhu

seronok kene tag...kah kah kah...

Monday, May 19, 2008

kisah anjing

gambar ni takde kene mengena dengan tajuk di atas

assalamualaikum,

hari khamis lepas (15 mei 2008), pada pagi yang agak mendung, diri sendiri pergi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa, untuk mendaftarkan nama anak di jabatan pendaftaran negara...

dalam perjalanan, selepas taman tun aminah, dalam kelajuan 80-90km/j, ternampak seekor anjing kat tengah jalan, antara jalanraya dengan konkrit di tengah jalan tu. anjing tu nampak ketakutan dan mencari jalan nak ke tepi jalan. terlintas di hati nak berhenti kat tepi jalan tu, nak amik anjing tu, bawa ke tepi. tapi, dengan kelajuan 80-90 km/j tu, pastu tengok side mirror, kereta kat tepi and belakang banyak, and tempat tu, memang susah nak berhenti, atau nak parking kereta. terpaksa dengan berat hati, menyimpan niat sahaja dalam hati, dan berdoa, agar ada insan yang dapat membantu anjing tu melintas dengan selamat ke tepi jalan.

selepas itu, dalam kepala, ligat memikirkan, dan teringat satu kisah, di zaman silam, kisah seorang lelaki di padang pasir, yang memberikan anjing minum dengan mengisi air ke dalam sepatunya. dan alhamdulillah, wanita tersebut di kurniakan nikmat syurga.

dan selepas itu, terfikir, andai kata ada orang yang tolong anjing tersebut, insyaALLAH, dia pasti akan dapat ganjaran yang sangat baik. dan pastinya dia akan dapat sesuatu kelak.

kemudian, selepas menyelesaikan semua urusan di bandar jb, dah tengahari, dan dalam perjalanan balik itu ternampak kereta bomba di kawasan berdekatan kawasan anjing tadi berada. mula2 terdetik, "eh, kenapa dieorang ni, ada kemalangan ke?" biasalah, andai kata ada kemalangan, antara yang awal di tempat kejadian, adalah ambulan dan bomba. tapi bila dah dekat, tak nampak pun kereta yang berlanggar, dan kelihatan anggota bomba memegang kayu dengan tali bergulung di bahagian depannya, dan sahlah, pasti mereka sedang cuba menyelamatkan anjing tadi. alhamdulillah, dalam hati terdetik, dan mendoakan agar insan yang telah menghubungi bomba tersebut mendapat ganjaran dari ALLAH.

dan berdoa juga, andai kata niat anggota bomba tadi ikhlas, berdoa agar amalan yang kecil ini, dapat menjadikan mereka orang yang sangat beruntung di akhirat kelak..AMIN...

harap2, ia menjadi iktibar kepada semua orang, bukan hanya memberi bantuan kepada anjing, tapi makhluk Allah yang lain...andai kata melihat ada kesukaran pada haiwan, tumbuhan dan sebagainya, tolonglah semampu mungkin....

kesyukuran


assalamualaikum,

pernah ke kita terfikir, tentang kesyukuran? rasanya, tak berapa ramai yang sentiasa memikirkannya, dan kadang2 memikirkannya, cuma mungkin, sekali sekala, bila ada perkara yang terjadi, baru akan terfikir.

apapun, cuba kita fikirkan...

cuba fikirkan, kita dalam keadaan yang kritikal, yang mana, tiada apa2 yang dapat membantu kita. kereta kita dalam tidak dapat bergerak, di tengah malam, dan kawasan yang sunyi. hp pulak takde coverage. pasti sangat2 risau, lagi2 kat rumah, ada kecemasan. pasti bertambah panik. kan? dan tiba2, dalam kepanikan kita,ada seorang kenalan kita, kawan baik kita, lalu kawasan tersebut, dan dia menolong tanpa tanya banyak. dan alhamdulillah, dengan bantuan dirinya, masalah kita, dapat diselesaikan dengan baik. pastinya, selepas itu, kita akan membalas budi baik dia. kita akan datang ke rumahnya, bawa hadiah, kan? dan walaupun dia tak pernah berbuat baik pada kita sebelum ini, tapi berkat pertolongannya itu, kita merasakan bahawa dialah yang paling baik. dan selepas itu, kita akan berkawan baik dengan dia, dan pastinya, kita akan balas segala jasanya sedaya upaya. kan?

ingat tak, dalam hadith, Ar-Rasul pernah ditanya, bukankah Ar-Rasul adalah Rasul ALLAH, dan bukankah Baginda maksum, dan telah dijamin syurga, kenapa masih lagi nak beribadat hingga bengkak2 kaki, hingga lebam2 mata menangis. bukankah baginda sepatutnya berehat2, kan? akan tetapi, Ar-Rasul menyatakan, bahawa baginda melakukan benda tersebut, kerana ingin menunjukkan rasa syukur kepada ALLAH, atas nikmat yang diterimanya, walaupun nikmat itu tidak ternampak sekarang, tetapi ianya pasti.

samalah kisahnya seperti keadaan di atas, andai kita mendapat pertolongan, nikmat dari seseorang, pasti kita akn mensyukuri nikmat tersebut, dan pasti kita akn cuba menunjukkan kepada orang tersebut, kita sangat2 berterima kasih kepadanya atas pertolongan dan nikmat yang telah diberikan..

moga2, kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmat dariNYA, amin....

Sunday, May 18, 2008

cita - cita


assalamualaikum,

alhamdulillah, dah beberapa hari jadi bapa kepada budak kecik, dan alhamdulillah juga, banyak perkara yang boleh dipelajari...yang paling banyak, adalah perlunya sifat sabar yang mendalam sebagai bapa ni.....ish ish ish...

anyway, bukan tentang bapa yang nak diutarakan, tetapi, nak bincang sikit tentang cita2...

pasti kita ingat, semasa kecil dahulu, kita sibuk nak bercita2 menjadi askar, cikgu, engineer, and so on...dan ada juga yang bercita2 nak jadi angkasawan, dan pelbagai lagi cita2 yang kadang2 tak terjangkau oleh otak pemikiran kita. dan alhamdulillah, semakin ramai yang berjaya selangkah demi selangkah dalam mencapai cita2 yang sering diimpikan...

namun, dalam langkah yang semakin panjang, terlalu banyak dugaan, dan pengalaman yang telah ditimba. dan langkah dalam mencapai cita2, mula berubah...

dengan pengalaman yang telah ditimba, matlamat dan cita2 asal, mula difikirkan. kenapa sebenarnya aku nak bercita2 seperti yang demikian? ada yang telah kepenatan dalam melangkah, dan tersungkur awal. ada juga yang cuba sedaya upaya, walaupun seperti tidak berdaya lagi...

bila difikirkan, kenapa kita bercita2 seperti itu, banyak perkara yang diambil kira. ada yang memikirkan soal ekonomi, bila nak bekerja, nak mencapai matlamat sebagai jutawan sebelum umur 40 tahun. ada yang nak mengumpul harta sebanyak mungkin, dan sebagainya.

ada juga yang berdasarkan keseronokan. seronok nak menjadi angkasawan, sebab nak keluar ke angkasa, nak tengok bumi dari angkasa. tu yang best tu..seronok...ada juga yang berdasarkan kepada nak membantu keluarga, keluarga susah, nak perbaiki ekonomi keluarga, agar anak2 tidak menjadi seperti kita. agar adik2 dapat jadi dan lebih baik dari kita.

dan tidak lupa juga, dengan pengalaman, dengan ilmu yang bertambah, dengan tarbiyah yang didalami, tarbiyah menjadi punca kita bercita2. ada yang bercita2, untuk menjadi businessman, sebab nak menjana dana kepada gerakan dakwah dan taribyah.

ada yang bercita2 untuk menjadi guru, agar dia bisa mendidik dan mentarbiyah anak bangsa, untuk melaksanakan misi dakwah dan tarbiyah di muka bumi ini. ada yang juga bercita2 untuk meneruskan misi dakwah, hingga tak kisah, apa pun kerja yang dapat, janji dapat terus di sesuatu tempat, agar dakwah dan tarbiyah terus berjalan...

apapun matlamat, cita2, dan sebab untuk mencapai cita2 ini, perlu diingat, dan perlu dimuhasabah sentiasa, agar kita tidak terpesong...dan andai telah terpesong pun, perlu lagi muhasabah, dan perbaikan diri, agar kembali ke landasan yang tepat....

dan jika tidak mampu bersendirian, carilah kawan yang mampu membantu kita, agar tidak terus terpesong....andaikata terlalu lama masa yang telah terpesong itu, buanglah ego, buanglah segala sifat riak, bangga diri, dan kebanggaan diri, dan carilah jalan sebenar untuk ke pangkal jalan, dan kembali menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan seluruh umat islam...

so, andai kata diri kita masih terpesong, dan masih tidak perasan, cubalah bermuhasabah diri. tanyalah sahabat, ahli keluarga, adakah kita telah terpesong? kalau ia, carilah jalan kembali, agar kita tidak terus terpesong, dan mampu menjadi makhluk ALLAH yang diredhai dan dirahmati, dan agar cita2 kita, selari dengan kehendak islam, dan menjadi yang terbaik antara yang terbaik...aminnnn...

satu muhasabah untuk diri sendiri juga...

Saturday, May 10, 2008

Selamat datang adik...



assalamualaikum

ini gambar anak ku yang comel...

jantina: perempuan
lahir: 10 mei 2008 (2 hari lepas atuk die)
tempat : hospital sultanah aminah
masa: 10.55 pagi
berat: 3.0kg

my sis cakap, her face sebijik muka wanie. muka anak jepun. apa2 jelah ipah...

anyway, lupa nak masukkan jantina, sorry ye ummu layth..layth ada adik ler sekarang ye..hehe...okeh...

Thursday, May 08, 2008

Untuk Suami dan Isteri....

Assalamualaikum,

ini satu artikel pendek, yang berkisar mengenai suami dan isteri. satu artikel yang rasanya, ada benarnya, dan insyaALLAH, mana yang baik, dibuat pedoman, dan yang kurang baik, kita jadikan sempadan, moga2 kita tidak menjadi yang tidak baik itu. insyaALLAH...ok, enjoy the artikel!

--------------------------------

Kisah Isteri untuk Suami.....

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"


TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah
suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak
balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan
dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...


INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!


Pengajaran ayat:

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit......
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ........

Wednesday, May 07, 2008

the day of the day

assalamualaikum,

"relaku menunggumu,
seribu tahun lama lagi,
tapi benarkah hidup,
aku kan selama ini....

biar berputar utara selatan
ku tak putus harapan,
sedia setia..."

amboi, begitu terasa seperti nak berchenta bila mendengar bait2 lagu ni. seperti chenta itulah segalanya, sehingga sanggup menunggu seribu tahun sekalipun...

tapi itulah chenta, apapun sanggup dilakukan. lebih2 lagi, kalau chenta yang halal, lagi tidak terlarang...nikmatnya lebih terasa, tiada apa yang dapat membataskan lagi, cuma tidak berlebih2an di depan umum...

chenta, lebih2 lagi kepada yang ESA, sanggup buat apa saja...kan? tak peduli dah apa kata orang, orang nak kata kemaruk pun takpe. giler pun takpelah, janji, tanggungjawab, dapat ditunaikan, malah lebih nikmat lagi....

cuma, ia memerlukan kekuatan dalaman yang lebih lagi, sebab ianya sesuatu yang tidak zahir, dan orang tidak dapat melihat betapa indahnya perasaan itu, bila dinikmati...

Tuesday, May 06, 2008

alhamdulillah untuk hari selasa

assalamualaikum,

alhamdulillah, akhirnya, dapat gak mengupdate sikit blog ni...

alhamdulillah, slide presentation dalam post sebelum ini, telah berjaya disampaikan dengan sikit tambahan lagi semalam. takut jugaklah, sebab present depan pengarah McGDI malaysia, and setiausaha negeri johor, kene sampaikan betul2. nasib baik takde soalan, kalau tak, tercengang nak jawab.

and alhamdulillah, akhirnya dapat gak memunculkan diri dalam satu seminar yang sangat besar, meliputi beberapa agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. selalunya dengan pihak berkuasa tempatan je.

dan alhamdulillah juga, kerana akhirnya, dapat mengikhlaskan diri, mengikhlaskan niat untuk hadir program KBM iman elc, asalnya menemani isteri sahaja. tapi alhamdulillah, dapat lebih lagi. hopefully, ianya dapat menjadi titik "penghijrahan" untuk menjadi insan yang lebih baik...tapi time keje pun main internet lagi nih...hehe...takpe, keje dah siap. tapi kene kurangkan lagi nih..

insyaALLAH, mungkin lepas2 ni, dapat melibatkan diri dengan lebih baik lagi. harapnya, zaujah pun dapat sama2 melibatkan diri. tak nak buat sorang2...

oklah, sikit je...and nak kongsi satu video sengal, dari cerita wonder pets kat tv9 jam 2.30 petang, setiap hari. hari khamis lepas tengok, pastu gelak giler2...sengal je...anyway, enjoy, and selalulah bersyukur...

ALHAMDULILLAH....


Friday, May 02, 2008

Seminar MyGDI on Monday

Assalamualaikum,

penat sangat hari ini...terasa macam takde tenaga sangat dah...

anyway, on monday, ada seminar myGDI, kat persada johor, and i'm going to present about MPKuGIS, so, i've been trying to upload the power point...so, this is it..



ok tak?

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...