Monday, November 26, 2007

bersyukurlah selalu....





Assalamualaikum,

lagu yang first kat atas tu, mengenai seseorang yang sentiasa makan, dan dengan nikmat yang mudah didapati, die sukar mengucapkan syukur....benar kan?

bukan sekadar makanan, malah lebih lagi, dengan adanya kereta, kita lebih tidak bersyukur, sebab dah lupa sukarnya nak dapatkan bas masa nak ke mana2....kan begitu?

bila dah ada rumah, dah bayar bulan2, terlupa, dan lupa nak bersyukur sebab dah selesa, dah mudah nak beli rumah, dah ada rumah dengan "nama kita" sendiri sebagai tuan rumah....

dengan mudahnya bernafas, kita terlupa, itu antara nikmat yang sangat besar, sebab mudah nak dapat kan? senang je....tarik nafas, hembus....tapi, bila dh kene asma, dah susah nak nafas, kita diletakkan dalam satu kolong kecil, baru kita teras nikmatnya bernafas, nikmatnya dapat tempat yang luas...kan?

anyway, bersyukurlah, caranya? banyak sangat....mengucapkan alhamdulillah juga satu ucapan yang sangat besar ertinya....kan? alhamdulillah...

ALHAMDULILLAH....

Friday, November 16, 2007

Kambing mengembek



Assalamualaikum,

kambing, pelik tak bila tajuk ni diketengahkan? kenapa lah pulak si zakri ni sibuk2 nak tulis macam kambing, mungkin sebab janggut die macam kambing kot....tidak, bukan itu sebabnya...

kambing, tidak sinonim dengan kita, sebab ia dinyatakan sebagai salah satu binatang yang jarang dimakan, errr...mungkin tak berapa jarang, sebab ada yang selalu makan, tapi sesetengah orang, kambing, lebih tepat lagi, daging kambing tidak mampu dimakan, kerana panas, dan alahan terhadapnya, seperti sesetengah orang yang tidak mampu untuk makan....

apa sebab isu ini diketengahkan? sebab Ar-Rasul tersayang, pernah mengembala kambing...haha...sebabnya? dengan mengembala kambing hati dapat dididik untuk bersabar...dalam sirah sendiri ada kisah ini....

anyway, cukup dulu, nak kene g amik zaujah lak....

Monday, November 12, 2007

Thursday, November 01, 2007

Renungilah mati kita



RENUNG LAH MATI KITA .

Assalamualaikum .....

Hanya Ingin Mengingatkan .....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5 . Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Wassalam.
Regards,

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...