Saturday, November 25, 2017

Drama Runners: Jenis Kasut

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni saya akan kongsi salah satu benda penting dalam berlari. Iaitu jenis kasut. Kasut lari biasanya ada 3 jenis paling utama, iaitu (1) kasut lari sokongan maksimum, (2) kasut untuk stabil, dan (3) lebih kusyen. Ketiga-tiga jenis kasut akan bergantung kepada jenis tapak kaki dan jenis larian kita.

Untuk lebih faham kita lihat rajah 1 dan rajah 2.


Rajah 1: Jenis tapak kaki


Rajah 2: Jenis Kaki (sumber: ExperienceSheel)

Saturday, November 18, 2017

Review Buku: Pelukis (Arkitek) Jalanan

Assalamu'alaykum,

orait, kali ini nak bercerita tentang buku pertama karya Teme Abdullah ni. untuk karya kedua telah di review dalam review buku Arkitek Pelukis Jalanan. Buku ini sepatutnya dibaca dahulu sebelum membaca buku kedua untuk elak spoiler yang terlebih2 dalam buku kedua. hehe...


Monday, November 13, 2017

Drama Runners: Sundown Night Marathon 2017

Assalamu'alaykum,

Pada hari Sabtu yang lepas, satu acara larian telah dijalankan, iaitu Sundown Night Marathon, dengan motonya "Sleep Can Wait". Iya, tidur boleh tunggu, sebab apa? sebab event ini, bermula malam, malah lewat malam lagi. huhu.

Saturday, November 11, 2017

Review Buku: Kesatria

Assalamu'alaykum,

Orait. kali ini ingin membuat review (tapi tak semua) berkenaan buku dalam Siri Kronika Nashan, iaitu buku Kesatria. review buku pertama Aristokra dan kedua Wizra telah dibuat sebelum ini. Buku ketiga ini sambungan berkenaan pertembungan antara Negara Nashan dengan gerombolan reneger yang ingin menyerang negara mereka.




Saturday, November 04, 2017

Review Buku: Wizra

Assalamu'alaykum,

sebelum ini, saya pernah membuat review untuk buku Aristokra, dalam siri buku Kronika Nashan karya abang Pat (Ahmad Patria Abdullah). dan sambungan daripada buku ini adalah buku Wizra.

Dalam siri pertama, ianya menceritakan tentang Negara Nashan yang akan diserang oleh segerombolan reneger, dan persiapan Negara Nashan dalam menghadapi serangan ini. Dalam buku kedua ini, ianya menceritakan bagaimana detik pertarungan antara Nashan dan juga golongan reneger ini. Negara Nashan ini berkedudukan di utara Benua Imagina, dan berkait rapat dengan siri buku Saga Artakusiad.

dan kemudiannya, buku ini mengalihkan perhatian kepada kisah Merkia, dan juga Nazril. dan kisah dan latar belakang Nazril, wizra Kelana Armorikus (dalam siri Saga Artakusiad). Bagaimana Nazril terjatuh ke dalam jurang yang dalam akibat dendam. dan juga sedikit kisah berkaitan kejatuhan Raja Aurora terakhir, yang menyebabkan kisah Saga Artakusiad bermula (legenda).

dan di akhir buku ini, ianya kembali kepada pertarungan antara Negara Nashan dan juga gerombolan reneger ini, bagaimana Shirgen dan Mori mengepalai ketumpukan askar Nashan.

cukup kot sedikit. kalau ingin lebih lagi, boleh beli dan baca lanjut novel tersebut di mana2 kedai buku berhampiran. hehe

wallahu'alam

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...