Orait, sebelum ni kita dah tahu, apa benda Program Geoinformatik ni. Dah cerita juga sejarahnya, dan sedikit latar belakang Program ni.
Jadi, nak tahu juga, apa asas atau disiplin ilmu yang akan dipelajari kan? Yelah, program ni disiplin ilmunya daripada mana? Kejuruteraan ke? Sistem Maklumat? Ukur Tanah? Ukur Bahan? apa lagi terkait-kait ni?
ha, jadi post kali ni nak berceritalah sikit, apa disiplin ilmu yang dipelajari dalam program ni...
Secara dasarnya, ada lima (5) disiplin ilmu yang utama ye.
1. Fizik, Matematik dan Statistik
2. Geoinformasi
3. Teknologi Maklumat
4. Ukur Tanah
5. Pengurusan
5 disiplin ilmu dalam Program Geoinformatik
Kenapa banyak sangat disiplin ilmunya ni? haaaa... itulah keistimewaan program ini....
Program ini kiranya asasnya nampak banyak, tapi sebenarnya sikit je. Asas2 disiplin ilmu yang ni penting, sebab....
kita nak tahu data geografi (data spatial) yang kita dapat tu betul ke tak? macamana nak tahu? itulah datangnya disiplin ilmu ukur tanah dan geoinformasi, serta disiplin fizik, math dan statistik...
pastu nak tahu, bentuk data tu nanti nak simpan macamana? itu yang datangnya disiplin ilmu geoinformasi dan juga teknologi maklumat
macamana paparkan data dan maklumat yang pelbagai ni? itu datangnya disiplin ilmu geoinformasi, serta teknologi maklumat
macamana nak buat analisis? nak tahu jalan paling dekat? restoran tempat makan paling sedap? haa... itu datangnya disiplin ilmu fizik, math dan statistik, serta disiplin geoinformasi...
menarik tak? menarik kan.... yang penting, bila kita gunakan peta (contohnya google map), mudah nak cari maklumat kan?
artikel berkaitan:
#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM
No comments:
Post a Comment