Wednesday, July 25, 2018

Drama Perut: Kluang Rail Coffee

Assalamu'alaykum,

So, kali ini saya nak berkongsi pula satu tempat makan menarik di Bandar Kluang, Johor. Asalnya tempat ini berada di sebelah stesen keretapi Kluang, kemudiannya dibuka cawangan di kawasan kedai, akan tetapi masih mengekalkan citarasa dan keindahan daripada gerai yang asal.

Kami pergi pada hari Jumaat, selepas menziarahi saudara berdekatan area Kluang. Asalnya kami bercadang untuk pergi kedai di stesen keretapi, akan tetapi, kedai itu berehat sebentar jam 12 tghr sehingga jam 2.30 petang setiap Jumaat. jadi kami terus pergi ke kedai yang satu lagi.

kedudukan kedai Kluang Rail Coffee: https://goo.gl/maps/HZ3fFgDzuem

Untuk kali ini, kami membuat tempahan seperti berikut
2 roti bun
2 roti pita
1 wafer
2 biji telur separuh masak
2 air honey lemon
1 air bandung

roti bun paling sedap. cuma sayang sekali roti bakar biasa tiada pula, kerana kehabisan stok. yang lain semuanya memang sedap.

Sekiranya anda ke banda Kluang, jangan lepaskan peluang untuk ke sini ye. saya sertakan bersama beberapa keping gambar yang sempat diambil di kedai ini..

jumpa lagi~~!!

Roti pita

Roti Bun yang enak

stesen air

Roti Bun + telur separuh masak

Toast of the Town~~

Wednesday, July 18, 2018

Review Buku: Lukisan Tarbiah

Assalamu'alaykum,

So, kali ni bertukar sikit bahan bacaan, kepada bahan bacaan jenis separa komik-karangan. Karya Abeben. tajuknya adalah Lukisan Tarbiah, dan dinyatakan oleh penulis/pelukis buku ini, dia cuba membawa mesej Islamik dalam karyanya ini.



Secara keseluruhannya, karya ini menarik, dengan mesej yang ditonjolkan, akan tetapi, ianya tidak sesuai untuk semua golongan orang. Mungkin ada orang akan tersinggung dengan mesej yang diberikan, sebab gaya dan caranya agak kasar, atau lebih tepat "sentap". Ada orang mungkin gaya bacaan begini yang sesuai, tapi tak semua orang. jadi sekiranya anda jenis suka di"sentap", maka karya ini sesuai untuk anda, akan tetapi, jika tak suka gaya "sentapan" ini, maka lebih baik anda mencari bahan bacaan yang lebih lembut gaya tazkirahnya...

Add caption



Karya ini dimulakan dengan kisah seorang nurse non muslim yang menjaga seorang tua berpenyakit alzheimer, yang lupa namanya sendiri, akan tetapi masih menjaga sesuatu... dan akhirnya menyebabkan si nurse itu tergerak hati... untuk apa? jemput baca

karya-karya dalam ini penuh dengan mesej, akan tetapi kadangkala terasa mesej itu terlalu "gelojoh" untuk disampaikan. seperti "terlaju" untuk terus ke mesejnya.

so, kalau terasa hati kosong, dan ingin mendapat ilmu dalam bentuk bergambar (a.k.a komik), boleh dapatkan buku Lukisan Tarbiah ini, karya Abeben.. boleh juga ikuti Abeben di media sosial

facebook: https://www.facebook.com/abebens.artworks/
instagram: https://www.instagram.com/abebens.artworks.official/?hl=en
matkomik: https://www.matkomik.com/p/abeben.html

terdapat juga karya lain daripada Abeben ini. boleh cuba cari

sekian, terima kasih

jumpa lagi!!

Wednesday, July 11, 2018

Drama Perut: Gerai Nasi Dagang Skudai

Assalamu'alaykum,

Jadi, anda peminat nasi dagang? jika ya, maka anda boleh teruskan membaca post entry kali ini. hihi...

Nasi dagang ini antara yang paling lazat di kawasan sekitar Skudai. Gerainya terletak di Taman Sri Skudai. Berdekatan dengan Daiman Sport Centre, dan stesen minyak Petron.

Nasi Dagang

Koordinat Gerai Nasi Dagang Skudai
Selain nasi dagang, terdapat juga beberapa hidangan pantai timur yang lain. Ada juga Nasi Kerabu, Pulut Manis, Nasi Lemak, Laksam dan lain-lain lagi.

tahap kesedapannya? alhamdulillah, setakat ni antara yang sedap di kawasan Skudai. begitu juga lain2 masakan pagi. oh sebelum terlupa, gerai ini hanya dibuka diwaktu sarapan sahaja. sekitar jam 11 pagi gerai ini akan ditutup.

orait, itu sahaja untuk kali ini~

jumpa lagi

Wednesday, July 04, 2018

Ramadhan tahun ini 1439 H: kurangkan kaffein

Assalamu'alaykum,

wah wah wah.. dah Syawal baru nak bercerita ye... takpe. janji ada cerita kan.

kah...

anyway, sementara belum ada idea lain untuk buat blog post, kita post pasal ramadhan dulu...

tahun ni, pertamanya tidak teruk sangat pada awalnya. jika sebelum ini, (ramadhan tahun lepas), terpaksa berperang dengan ketagihan kaffein (ye saya boleh kata ianya ketagihan), selepas insiden detox kaffein tahun lepas, sepanjang tahun berjaya untuk mengurangkan pengambilan minuman berkaffein sebanyak mungkin. seminggu mungkin sekali dua je.

kenapa? sebab tahun ni, taknak ramadhan bermula dengan peperangan pedih mata, sakit tengkuk, lemah badan semata-mata. elakkan diri, dan alhamdulillah, awalnya berjaya hilangkan ketagihan, dan akhirnya, berjaya fokus untuk menambah amal dan keteguhan niat!!

ok, dah mula mengarut.

so, pengajarannya hanya satu je. iaitu buat persediaan. ini salah satu jela, persediaan bab amal ibadah tu, banyak ustaz-ustazah lain dah sentuh, jadi saya serahkan pada yang lebih arif dan bijaksana.

orait, itu sahaja. boleh berjumpa lagi salam post menarik akan datang...

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...