Friday, January 04, 2019

Program Geoinformatik - Sejarah sikit

Assalamu'alaykum,


Jadi, sebelum kita teruskan lebih mendalam tentang program Geoinformatik ini, kita kena kenal dulu kan? tak kenal maka tak cinta.... Jadi nak kenal, kenalah faham sikit2 sejarah program ini.

So, program ini (dahulu dipanggil kursus) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. kalau ikut tahun akademiknya, kira 1994/1995. Ketika itu, GIS agak baru di Malaysia, dan Kerajaan Malaysia ketika itu baru memperkenalkan Infrastuktur Kebangsaan bagi Sistem Maklumat Tanah (National Infrastructure for land Information System (NaLIS)) pada tahun 1997 (NaLIS). 
~cerita tentang NaLIS dan kemudiannya ditambah baik kepada MaCGDI kita bincang lain kali~

Jadi, program ini dibangunkan dengan tujuan mengisi kekosongan dalam membangunkan dan meningkatkan NaLIS ketika itu. Program ini kemudiannya ditambahbaik, dengan beberapa penambahbaikan setiap 5 tahun. Terkini, program ini telah ditambahbaik silibusnya pada tahun 2018 (yeah, tahun ni), dan telah diluluskan oleh Senat Universiti. 

Setakat ini, ramai graduan Program Geoinformatik (Sarjana Muda Sains (Geoinformatik)) dari UTM ini telah bekerja di pelbagai bidang.... kalau hendak tahu bidang apa? lain kali kita cerita. malah ada yang bekerja di luar negara, dan menjadi pakar di sana! hebat mereka ini... 

orait, itu sahaja nak dikongsikan kali ini. 

Jumpa lagi di lain kali....

Regards


artikel terdahulu:


Mana nak cari info lebih?
sini ada: http://builtsurvey.utm.my/academic/bachelor-of-science-geoinformatics/

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...