Friday, February 15, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Bangkok Station

Assalamu'alaykum,

So, ketika berada di Pulau Pinang, perkara asas orang tanya, kat mana nak makan kan? Tapi kali ni disebabkan kami bermalam di kawasan Bandar Perda, maka kami hanya mencari makan di kawasan yang berhampiran sahaja. Belum lagi ke kawasan pulau.




Tempat yang kami pergi adalah Restoran "Bangkok Station". Tempat ini berdekatan dengan Permatang Pauh. tapi tidak jauh dari homestay kami, sekitar 10-15 minit perjalanan sahaja. Terdapat pelbagai menu, daripada menu masakan Malaysian, hinggalah kepada western. Antara yang kami makan adalah nasi ayam merah, nasi2 bergoreng, tomyam, dan juga, sup cendawan!.... menarik..

Hiasan dalam kedai juga sangat menarik. dan ada juga ruangan VIP. kami "terpaksa" memasuki ruangan VIP kerana kami terlalu ramai, sekitar 20 orang. jadi tiada meja yang sesuai, kecuali di dalam ruangan VIP ini...

Masakannya juga enak, tidak terlalu ber"msg". Kalau nak cerita, memang tak tahu, boleh lihat sahaja gambar di bawah....

Nasi Goreng Daging Merah

Menu kedai Bangkok Station ini

Hiasan di dinding kedai

Hiasan di dinding kedai

Ada ruang berwudhu


Ok. itu sahaja nak berkongsi untuk tempat makan kali ini. Kita akan sambung cerita penjelajahan kami di Pulau Pinang di post akan datang!!

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...