So, kali ni kami sekeluarga telah pergi travel ke salah satu lagi Negeri di Malaysia, iaitu di Pulau Pinang. Dan kami tinggal di homestay lagi sekali. Kali ini, homestay kami terletak di Bandar Perda, Seberang Perai, Pulau Pinang.
link ke homestay ini: http://imtiyazhomes.blogspot.com/2018/01/description-imtiyazhome-bandar-perda.html
Kedudukan
Orait, homestay ini adalah rumah kluster 2 tingkat, dan terletak di Taman Camellia, Bandar Perda. Sekitar 2 KM dari Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan bandar Seberang Perai. Terdapat juga kedai-kedai berdekatan, dan juga berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Balai Bomba, dan Masjid Seberang Perai. Selain itu, homestay ini tidak jauh dari pasaraya besar seperti Aeon dan Mydin. hanya sekitar 10-15 minit perjalanan dari homestay. bagi yang travel jauh dan agak lama, ada juga kedai-kedai dobi berdekatan. Untuk tempat makan pula, sekitar 5-7 minit,terdapat kedai makan, serta gerai yang banyak. antara tempat makan yang menarik adalah mee udang.
Kemudahan
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, dan 2 bilik air. bilik tidurnya semua berada di tingkat atas, dan bilik air satu di tingkat atas, dan satu lagi di tingkat bawah. Ruang tamunya agak luas, dan dapur dan ruang makan serta ruang tamu berada dalam satu ruangan yang sama. Setiap bilik disediakan pendingin hawa (Aircond), dan ruang tamunya juga disediakan aircond. Setiap bilik disediakan katil Queen. dan juga almari. Ada juga lebihan toto dan bantal.
Terdapat juga sebuah meja makan, yang boleh memuatkan 6 orang, dengan 6 kerusi, serta kabinet dapur, dan peti sejuk yang besar. terdapat juga microwave dan oven. akan tetapi, kami tidak menggunakan microwave dan oven tersebut. Sinki pula ada 2, agak besar dan dalam.
Kelebihan
Homestay ini sangat kemas, dan terdapat banyak renovasi moden yang telah dilakukan oleh pemilik homestay ini. Sofa yang cantik dan selesa. ruang tamunya terdapat pembahagi dengan ruang makan dan ruang dapur. tangganya juga menarik. Ruang parking kereta boleh memuatkan dua kereta bersaiz sederhana.
Ruang bagi setiap bilik adalah selesa, dan tidak terlalu kecil. Dengan susunan katil dan almari yang baik, ianya mampu menampakkan bilik ini lebih besar dari saiz sebenar.
Terdapat juga "rice cooker" dan cerek elektrik yang boleh digunakan. serta seterika untuk kegunaan menggosok baju. Cuma sterikanya adalah sterika jenis yang besi dan berat. mungkin sesetengah orang tidak biasa, sebab tiada "stim".
Kekurangan
Walaupun demikian, terdapat juga beberapa kekurangan yang boleh ditambahbaik. antaranya adalah kain lap kaki di depan tandas, yang terlalu kecil. dan jika ramai yang mandi, ianya akan jadi sangat basah. Kain lap ini juga tidak lut air sangat.
Rumusan
akhir kata, homestay ini sangat sesuai untuk yang datang ke Seberang Perai, Pulau Pinang. walaupun ada sikit kekurangan, tapi kelebihan homestay ini lebih banyak berbanding kelemahannya. jadi tidak perlu risau.
selain itu, di bahagian luar taman ini, terbentang luas sawah padi yang "menghijau" (sebab time kami datang masih hijau). Jadi, bolehlah pilih homestay ini jika anda ke sini!
regards
No comments:
Post a Comment