Showing posts with label sedih hati. Show all posts
Showing posts with label sedih hati. Show all posts

Wednesday, March 02, 2016

Kaunseling: Infinity Challenge 469

Assalamu'alaykum,

yes, akhirnya berpeluang kembali menulis (baca: menaip) dalam blog ni. so, beberapa minggu kebelakangan ini, agak sibuk dengan pelbagai urusan, peribadi, kerja, keluarga, dan sedikit masyarakat. hari ni berkesempatan menonton cerita Infinity Challenge (rancangan variety dari Korea Selatan), dan kali ni lebih kepada kaunseling.

Thursday, October 25, 2012

Mood swing di pagi hari

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, masih diberikan sedikit lagi nyawa untuk meneruskan kehidupan di pagi khamis 9 Zulhijjah ini, hari Arafah, hari yang orang ramai sibuk2 post dalam facebook's wall untuk suruh berpuasa, kerana ganjarannya diampunkan dosa setahun yang lepas, dan setahun yang akan datang...

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).
namun ada insiden kecil sebelum solat subuh di surau tadi, yang membuat diri ini tertanya2...

ada seorang makcik, nak masuk ke ruang solat wanita, tapi pintu kaca gelongsor (sliding door) sedikit rosak,  susah nak dibuka. ada seorang pakcik, nak tolong buka. akan tetapi, ada seorang pakcik, dengan kedudukan di surau tersebut (mungkin pengerusi, timbalan pengerusi dan kerusi2 yang lain) telah menegur dengan kaedah yang sedikit melukakan hati pakcik yang nak tolong tu.

"pintu tu rosak, jangan usik, nanti rosak, engkau nak bayar ke?"

wah wah wah.... kasar sungguh bunyinya...adoi...hanya berharap agar diri ini tidak sebegitu, dan tidak menjadi sebegitu...uh uh...takutnya..takut kerana lidah yang lembut tidak bertulang, malah lemah gemalai jika dipusing2 ini, mengeluarkan kata2 begitu... *tunduk pandang lantai*

semoga Allah menjaga hati yang penuh karat2 dan hitam2 dosa ini, dari penyakit hati sebegitu. semoga mulut ini mampu menasihati dengan kaedah, dan cara terbaik, agar objektif nasihat sampai, dan tiada hati kecil rapuh disalut madu yang terluka..lol~

wallahu'alam

Thursday, December 08, 2011

Lab semakin kurang orang

Assalamu'alaykum,

minggu ini, merupakan minggu yang agak teruk bagi penulis, sebab tahap kemalasan+kepenatan yang agak maksimum, telah mengurangkan kadar produktiviti negara. eh?

Wednesday, August 03, 2011

Berehat sebentar - tidur sekejap

Assalamua'alaykum,

wah wah...sudah hari ketiga ramadhan, alhamdulillah, masih diberikan kekuatan, tenaga dan ketenangan hati (baca: tak berapa tenang - cerita kemudian). banyak perkara berlaku, terutama dalam hari pertama ramadhan...

Tuesday, May 31, 2011

nice and warm night

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, last night was a fabulous night for me, because at last, i can sleep nicely without any distraction from anyone..hehe...why? i don't know, pass few week, my sleep has been distract with some simple silly noise, and then i couldn't sleep for last 2-3 hours after that. so, this time, alhamdulillah, with heavy head, exhausted body, and tiring eyes, i can sleep with peace...hua hua..

Thursday, May 26, 2011

banyak cerita

Assalamu'alaykum,

nampaknya, tidak berkesempatan untuk update blog minggu ini. sebenarnya, ada perkara yang ingin dikongsi bersama, namun tahap migrain kepala yang sedang melanda kulit kepala, menyukarkan usaha mengupdate. gambar pun tidak sempat diedit untuk tatapan.

Friday, May 07, 2010

Gurindam Jiwa

Assalamu'alaykum,

gurindam jiwa, ditujukan khas buat ummi~

Gurindam Jiwa


tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan...

anak cina pasang lukah,
lukah dipasang, ditanjung jati,
di dalam hati,  tidak ku lupa,
sebagai rambut bersimpul mati...

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga...

burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan...

kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga...

Thursday, October 22, 2009

keperluan yang tidak mendesak

Assalamualaikum,

alhamdulillah, akhirnya, dapat gak menaip sikit2. ada isu yang nak dititipkan dalam blog ini, tapi perlu penyesuaian ayat yang lebih baik. al-maklumlah, hamba bukannya insan yang menghafal dan mengingati semua perkara, dan semua ayat Quran serta Hadith2 soheh tu. so, terpaksa membuat proses editing yang sangat lama. tapi insyaALLAH berbaloi-baloi...

Thursday, July 23, 2009

Sya'aban...sya'aban....

Assalamualaikum,

"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

alhamdulillah, kita telah selamat melangkah satu langkah lagi ke arah Ramadhan Kareem...dengan masuknya ke dalam bulan Sya'aban...dan tahun ini, ketibaan Sya'aban diserikan sedikit dengan gerhana matahari pada hari sebelumnya. satu gabungan yang istimewa? adakah ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada hamba-hambaNYA? sesungguhnya, ALLAH yang lebih mengetahui..

apa yang perlu menjadi perhatian kita, adalah untuk menambah sedikit lagi amalan2 sunat kita, amalan puasa, solat sunat, sedekah, qiamullail, riadhah ke satu tingkat yang lebih tinggi sedikit. dengan harapan, pada saat kita melangkah ke bulan yang penuh berkah dan rahmah, bulan Ramadhan, kita akan bersedia sepenuhnya...

dan harapannya, agar tahun ini, menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita...bukakanlah hati seluas-luasnya, tetapkan iman agar Ramadhan kali ini, akan disambut dengan kegirangan seorang hamba menerima hadiah dari TUHANnya....hadiah untuk melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya, hadiah untuk mendekatkan diri lebih mudah berbanding masa-masa yang lain...insyaALLAH..

RAMADHAN...RAMADHAN...RAMADHAN....kami merinduimu....

ayuh ayuh dan ayuh...

wallahualam...

*p/s: 2 Ramadhan tahun lepas, ayahanda meninggalkan kami, dan kami menjadi lemah seketika, moga tahun ini, Ramadhan akan dapat mendekatkan kepada ALLAH, agar kami dapat mengejarmu, ayahanda...agar kami mampu melaksanakan wasiat dan peninggalanmu, untuk menjadikan muka bumi ini, bebas dari taghut...insyaALLAH....

Wednesday, June 24, 2009

Ramadhan, kami menunggumu...

Assalamualaikum,

terlambat sedikit, sepatutnya nak post malam semalam, tapi sibuk aku, maka tidak dapat diposting semalam..

anyway, dah 1 Rejab, malam ni, dah 2 Rejab...

ada 2 bulan lagi untuk kedatangan Ramadhan...

masih punya waktu untuk persiapan diri...

masih ada waktu untuk menyiapkan hati, menyiapkan persiapan ibadah kita...

sebelum ini, sunatnya puasa 3 hari sebulan, mulai hari ini, kita lebihkan lagi, 2 kali seminggu..

qiamullail, puasa sunat, tadarus kita,

apa lagi? masih ada banyak lagi..

ayuh ayuh ayuh

semarakkan Ramadhan, bermula Rejab ini...

adakah anda orang yang akan mengatakan:

"masih ada dua bulan sebelum Ramadhan"

atau

"ada dua bulan je lagi Ramadhan ni..."

terpulang...


Wednesday, May 20, 2009

MIRWANA - ANDAIKU PERGI

Assalamualaikum





Andaiku Pergi
Album : 
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Wednesday, February 04, 2009

Every body shall taste Death

Ali Imran: 185
"185. Everyone shall taste death. And only on the Day of Resurrection shall you be paid your wages in full. And whoever is removed away from the Fire and admitted to Paradise, he indeed is successful. The life of this world is only the enjoyment of deception (a deceiving thing)."


"Setiap manusia pasti akan merasai mati"


Assalamualaikum,

satu tazkirah yang sangat2 berkesan dalam hati walaupun diulang-ulang banyak kali. bukankah kita semua akan merasai mati? 

tapi kenapa sikapmu seperti akan hidup selamanya?
tapi kenapa gelojohmu seperti hingga ke akhirnya?
kenapa tamakmu memenuhi segenap penjuru dunia?

bila tidak memikirkan tentang mati, pasti ada benda yang salah akan kita lakukan. pasti dan tetap pasti. kenapa? kerana jika kita ingat mati, dan pasti ada pembalasan, pasti kita akan menjaga tindak tanduk kita. pasti akan kita jaga akhlak kita.

pada ibu dan bapa, pasti akan dituruti ajaran mereka,
tiada walau "ah" "terkeluar" dari mulut yang molek itu,

pada adik beradik, pasti tidak bergaduh, 
menikam lidah mengejar harta yang tertinggal,

pada guru-guru, pasti tidak akan mencemeh,
atau mengutuk, menyindir di belakang,

pada kawan-kawan, pasti umpatan keji itu,
seperti tidak pernah ada di hujung lidahmu,

pastikan begitu? ianya pasti. cuma samada kita sedar atau tidak.

tazkirah pada diri sendiri, yang merindui ayahanda yang telah pergi. terasa rindu, yang kadangkala mengajak untuk turut serta mengejar ayahanda. cuma tindakan yang masih tidak mampu menyaingi walau sedikit amalan ayahanda, menyebabkan aku terus akan berjuang, menegakkan Ad-Deen ini...

aminnn...

Thursday, October 16, 2008

Monday, August 18, 2008

penat ke?

Ummi pakai mortar board abi...hehe...cute je...lepas amik ijazah hari sabtu

Abg Dennis, Abg J, dan Afifah...hehe...tiga sepupu akhirnya dapat bergambar bersama hari ahad


assalamualaikum,

hari sabtu nan lalu, akhirnya, selepas 2 tahun setengah, diri sendiri dapat meng"konvo"kan diri, selepas bersusah payah (susah ke?)

anyway, tak kesah sangat, tapi nak pegi gak, sebab nak raikan bersama "family" sendiri, dengan isteri dan juga baby kecik yang comel lote! haha...kalau tak, mesti malas nak layan konvo nih...

so, hari jumaat malam, pegi ke pesta konvo, dan ada satu pembaharuan, ada satu gerai tentang palestine, sangat2 teruja. dah agak lama benda ni berjalan, tapi sebelum ni, kedudukannya tidak strategik seperti yang terbaru ini. cuma mungkin boleh diperkemaskan lagi.

yang penting, masa tu, sajer je nak penuhkan ruang, so, berdiri depan gerai palestine tu, duduk lama gak, sedar2 kat keliling, dah makin ramai orang...haha..taktik menjadi, cara nak tarik orang, kita kene lepak, macam kita yang jadi penonton, nanti insyaALLAH akan ramai orang tertarik nak melihat.

okeh, masih terasa kepenatan, walaupun dah 3 hari pulang ke jb...penat dari kursus masih belum kurang. mungkin sebab balik pun, masih belum dapat berehat dengan benarnya...

moga ALLAH bagi kekuatan dalam diri untuk terus menerus dalam jalanNYA...amin...

Monday, July 14, 2008

Nazrey Johani - Air mata Keinsafan

Assalamualaikum,

satu ketika dahulu pernah mendengar nasyid ini. dan kini, ianya telah dikembalikan secara "hatinya" kembali oleh penyanyi asal, iaitu nazrey johani. walaupun nasyid ini pernah dinasyidkan oleh pelbagai orang, dengan pelbagai versi yang berlainan, tapi penghayatannya, jauh bezanya...akan tetapi, kali ini, penghayatannya, terasa menusuk kalbu, sepertimana ianya dihayati satu ketika dahulu, dan bukan sekadar untuk mendapatkan "kesedapan" bernasyid....



10 Air Mata Keinsafan (feat. Salleh Brotherz) - Nazrey Johani


Air mata, keinsafan,
yang mengalir di malam sepi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapatkan kasih Ilahi...

rintihan di pertiga malam,
dari seorang hamba yang dhaif,
kerna mengenang segala dosa,
moga mendapat keampunan,
dari Ilahi...

setiap kekasih ALLAH,
menempuhi jalan ini,
untuk mereka memiliki,
kejayaan....

ayuh bersama,
kita susuli,
perjalanan, kekasih ALLAH,
agar kita, tiada rugi,
dalam meniti hidup ini....

airmata, keinsafan,
yang mengalir
di malam sepi...
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi...

deraian air mata ini,
titisannya, paling berharga,
buat menyimbah api neraka
moga selamat dititian sirat,
bahgia menuju syurga abadi...

setiap kekasih ALLAH,
menempuhi jalan ini, untuk mereka memiliki,
kejayaan....

ayuh bersama, kita susuli,
perjalanan, kekasih ALLAH,
agar kita, tiada rugi,
dalam meniti hidup ini

airmata, keinsafan....
yang mengalir, di malam sepi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi....

Tuesday, June 10, 2008

sedih..

assalamualaikum,

lately, terasa sedih sangat..

macam ada benda yang tak settle down,

macam ada benda yang seperti tidak menjadi...

terasa kosong...

mmmm......

walaupun seronok dengan baby, tapi terasa kosong..

mungkin kepenatan kot...

Tuesday, June 03, 2008

Penat ke?

Assalamualaikum

alhamdulillah, kerana izin dariNYA, akhirnya, rezeki budak kecik afifah mencurah2 datang kepada abinya....alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

alhamdulillah, semalam, dah daftar jadi tutor d UTM....haha..akhirnya...lepas dua tahun bertungkus lumus, and berdoa, akhirnya, dengan izin ALLAH, dapat jugak dapat jadi tutor, dan insyaALLAH. bulan 8 ni, jadi lecturer...hhu...

orait...


11. dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

(Al-Jumuah: 11)

Tuesday, May 27, 2008

Afifah dua minggu

assalamualaikum,

afifah dah berumur 2 minggu lebih, so, this is her latest picture...sajer nak kongsi...

anyway, fotopages terpaksa digantung dahulu penggunaannya, tengah checking something...the romours about fotopages..

right..

tengah minum shushu...


aaa...nak shushu...abi jahat!!!


nak minum shushu nih...


abi jahat!!! tutup hidung kite!!!


tutup mata lak, macam lanun daaa...



Thursday, May 22, 2008

tagging thing lagi...tapi ni best sikit

Assalamualaikum,

tadi sibuk nak baca blog si dhany sarip, sekali rupa2nya, diri sendiri kene tag...terpaksalah buat, dengan niat yang ikhlas, (insyaALLAH)...haha...ni soalannya...


[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
entahlah, adalah dalam 10 tahun kot...start masa sekolah menengah, 1995...haha..lama rupanya...eh, 13 tahun arr..huhu...

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
dah dijawab, kat sekolah, starting with usrah dengan ustazah...then continue, and continue...and continue lagi...

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
terlalu banyak manfaatnya, dapat mendidik hati dan perasaan, agar dapat menjadi seorang mukmin dan muslim yang lebih baik, dan semakin baik...(insyaALLAH)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
sangat2 seronok, merasa terlalu banyak kekurangan, perlunya mendidik orang lain, tiga je kan? haha

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
lima je? rasanya, satu cukup kot...apa yang saya dapat, adalah didikan, tarbiyah kepada hati, supaya lebih mengenali ALLAH, dari segi dan skop yang berbeza daripada apa yang kita biasa tengok...then, bila lihat dan baca sirah Ar-Rasul terchenta, terasa sukarnya, dan menusuk kalbu..kalau tak ikut usrah dan tarbiyah, mungkin rasa biasa je kot...entah


orait, lepas ni, nak tag orang lain lak...keh keh...sedia;

1. mujahid
2. zaido (dalam fotopages pun boleh jawab tau)
3. fuad abdullah (sape suruh ada blog)
4. puan aliya ibunda layth
5. abyd

cukup arr, nanti yang lain orang lain tag pulak...rite...huhu

seronok kene tag...kah kah kah...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...