Wednesday, April 25, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Laksa Pak Ngah

Assalamu'alaykum,

Ok, sebelum perjalan diteruskan ke Bandar Taiping, kami menyinggah dahulu ke satu tempat yang agak terkenal di Kuala Kangsar ini, iaitu Laksa Pak Ngah. Restoran ini telah lama diwujudkan, akan tetapi, mungkin disebabkan lokasinya yang agak ke dalam, orang kurang pergi.

Depan restoran Laksa Pak Ngah

Wednesday, April 18, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Galeri Sultan Azlan Shah

Assalamu'alaykum,

Bersambung lagi perkongsian saya dalam trip ke Perak. Kali ini kami berada di Kuala Kangsar, dan kami telah lawati beberapa tempat menarik di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, iaitu Masjid Ubudiah, Istana Kenangan dan juga Baitul Ainur. Destinasi kami seterusnya adalah ke Galeri Sultan Azlan Shah. Ianya berdekatan dengan tempat2 lain yang kami telah lawati.

Pintu masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah

Wednesday, April 11, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Masjid Ubudiah + Istana Kenangan + Baitul Ainur Kuala Kangsar

Assalamu'alaykum,

Selesai penjelajahan kami di Bandar Ipoh, kami meneruskan perjalanan menuju ke utara Perak. Destinasi kami tujui, tidak lain dan tidak bukan, Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Perjalanan dari Bandar Ipoh mengambil masa kira-kira hampir sejam. Masa kami bergerak, kereta tidak banyak atas lebuhraya, jadi perjalanan hanya mengambil masa sekitar 45 minit.

Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid DiRaja Kuala Kangsar. Ianya telah dirasmikan pada 1917. Cerita lebih panjang boleh dibaca di Masjid Ubudiah atau di sini: Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Wednesday, April 04, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Taman Rekreasi Gunung Lang

Assalamu'alaykum,

Hari terakhir kami di Bandar Ipoh, kami membuat keputusan untuk menjelajahi satu lagi tempat menarik di Bandar Ipoh, iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Ianya terletak berdekatan dengan highway PLUS, tempat keluar (Exit) Ipoh.

Taman Rekreasi Gunung Lang sangat menarik, kerana ianya adalah gunung batu kapur, dan di tengah-tengah gunung batu kapur ini, terdapat tasik dan kawasan hutan yang sangat indah. Daripada kawasan tempat letak kereta, kita akan disajikan dengan pandangan Gunung Lang, dan perkataan Taman Rekreasi Gunung Lang. Pemandangan yang sangat indah.

Pandangan dari tempat parking.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...