Friday, January 29, 2021

Puisi Ketot: Ayah Mak

Ayah Mak
----
14 Januari 2021


pernah terasa, tak puas berbakti pada keduanya
pernah terasa, tak puas berbual menikmati,
pernah terasa, tak sempat menjaga sepuas hati,
pernah terasa, tak sempat belanja mereka,

Mereka pergi dulu,
ketika aku masih kesempitan,
tidak mampu semua perkara,
malah tidak tahu, 
adakah amal baktiku juga dapat membantu,
mengambil hati, membahagiakan...
memberi senyuman dimuka mereka,

namun sesal, terasa rugi,
tidak mampu menggantikan rasa ini,
yang pergi tetap pergi,
yang hidup tetap terasa hati,
semoga yang hidup ini,
mampu mendoakan kepada si mati,
memberi sedikit cahaya nanti,
memberi nafas lega sekali lagi,

semoga mereka bahagia,
walau doa dariku tiada,




-sign off-


inspirasi dari lagu Altimet feat Tomok: Aku Tahu

Monday, January 25, 2021

Tazkirah Ringkas: Bertaubatlah selepas lakukan dosa

 Assalamu'alaykum,

so, hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan satu lagi tazkirah yang baik daripada MBS. iaitu berkenaan peringatan untuk segera bertaubat...


========================================

Assalamualaikum Wr Wb


Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran


BERSEGERALAH  MEMINTA AMPUN KEPADA ALLAH SETELAH MENZALIMI DIRI SENDIRI

—————————————

Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf dari ayat 19-23 


وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ


"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".


فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ


Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".


وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ


Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".


فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi (menganiaya) diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".


(Ayat diatas telah ditadabbur dalam program My#QuranTime

di TV Al Hijrah)


       ^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah nota-nota  tambahan mengenai usaha Nabi Adam dan Hawa memohon  supaya Allah Swt mengampunkan kesilapan mereka berdua:


1) Nabi Adam dan isteri baginda berdoa, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri (dengan mematuhi syaitan dan melanggar perintah Mu, padahal Engkau telah memperingatkan kami ). Jika Engkau tidak mengampunkan  kami dan memberi rahmah (membimbing kami kejalan yang benar ), nescaya pasti kami akan termasuk  kedalam golongan yang rugi (lantaran tidak memperolehi kejayaan untuk menyucikan dosa kami).”


2) Allah memberikan gambaran penyesalan Adam dan Hawa itu seperti berikut : Bahawa keberhasilan mencapai tujuan dan mengecapi kebahagian tidak akan dapat hanya dengan pengampunan Mu dan rahmat Mu, kecuali bagi orang bertaubat kepada Mu dan mengikut jalan Mu.  Juga tidak akan didapati oleh orang yang terus menerus melakukan dosa dan melanggar perintahNya, sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang ingkar dan bersikap sombong sehingga mereka tergolong kedalam golongan yang rugi.


3) Allah menceritakan kisah yang sama dalam surah Al Baqarah pada ayat 36-37 seperti berikut:


فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ


Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".


فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ


Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.


Allah telah mengilhamkan beberapa kalimah kepada Nabi Adam untuk diamalkan. Lalu baginda mengamalkannya dan bertaubat kepadaNya sebagaimana yang disebutkan pada ayat Al-A’raf ayat 23 sebelum ini.

Lalu Allah Swt menerima taubat mereka berdua.


4) “Taubat” bererti kembali iaitu apabila seseorang hamba disifatkan dengan sifat taubat bererti dia telah  ada rasa penyesalan dan berazam kembali kepada ketaatan , dengan meninggalkan maksiat .


5) Allah Swt diatas  segala sifat PemurahNya telah menerima taubat Nabi Adam berdua dan dilimpahkan kembali segala kurniaan serta rahmat kepada hamba-hambaNya itu.

Sesungguhnya  Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat) , lagi Maha Mengasihani.


Kesimpulannya:

Setiap Bani Adam hendaklah berwaspada terhadap tipu daya para syaitan kerana mereka dengan sombong dan takabbur  telah berjanji dihadapan Allah untuk terus menggoda keturunan Bani Adam hingga kehari kiamat.

Sebagai hamba-hamba Allah yang lemah adalah diwajibkan bersegera meminta ampun kepada Allah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Adam dan isteri baginda.

Sesungguhnya janganlah kita orang-orang yang beriman memiliki sifat-sifat buruk  syaitan yang ingkar dan bongkak .

Ingatlah Rasulullah Saw sendiri telah memerintahkan kita memperbanyakkan istighfar dan sentiasa bertaubat kepada Allah siang dan malam sebagai penyucian diri kita kepadaNya. Ambillah i’tibar dari kisah  Nabi Yunus A.s ketika   baginda berdoa semasa menerima ujian dari Tuhannya


 أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


.....”Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi (menganiaya)  diri sendiri".

Al-Anbiya’ 21:87


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Al-Maraghiy -Jilid 1 & 4


MBS


Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat . Maksud Hadis

Friday, January 22, 2021

Tazkirah Ringkas: Amal Soleh dan Darjat Manusia

Perkongsian Ilmu Dari Al Quran

DERAJAT MANUSIA ADALAH BERDASARKAN AMAL SOLEH YANG DILAKUKAN

—————————————-

Firman Allah Taala

وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِّمَّا عَمِلُوا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.


وَرَبُّكَ الْغَنِيُّ ذُو الرَّحْمَةِ إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَسْتَخْلِفْ مِن بَعْدِكُم مَّا يَشَاءُ كَمَا أَنشَأَكُم مِّن ذُرِّيَّةِ قَوْمٍ آخَرِينَ

Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.


إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ

Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).

Surah Al-An’am 6:132-134

(Ayat-ayat diatas telah ditadabbur dalam My#QuranTime di TV Al Hijrah  - Baca , Faham dan Amal)


       ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Berikut adalah beberapa nota tambahan :

1) Setiap manusia yang mengerjakan amalan (ketaatan atau kemaksiatan) kepada Allah Swt akan memperolehi martabat atau kedudukan yang tertentu, hasil daripada amalan  yang mereka lakukan itu akan diterima ganjarannya daripada Allah Swt.

Amalan baik menerima ganjaran yang yang baik , manakala amalan yang buruk menerima balasan yang buruk dari Allah Swt.

2) Tuhanmu tidak sekali-kali lalai dengan apa yang mereka kerjakan. Ini kerana setiap perbuatan yang mereka lakukan sudah pasti diketahui oleh Allah Swt dan Dia hitung setiap perbuatan mereka dengan memberikan balasan yang sewajarnya kepada mereka.

3) Ayat ini mengandungi petunjuk, sesungguhnya punca kebahagiaan  dan kesengsaraan adalah berdasarkan kepada amal perbuatan dan pilihan manusia itu sendiri . Sekiranya Allah Swt menghendaki , maka boleh saja manusia itu ikuti ajaran dan petunjuk Nabi Saw dan para solihin sehingga tergolong kedalam golongan orang yang taat , lalu dia mengerjakan amal yang terbaik dalam hidupnya. Allah Swt pula memberikan pahala yang terbaik kepadanya. 

4) Kalau Allah Swt menghendaki , seseorang itu mampu terhindar dari jalan agamaNya dengan melakukan jalan kesesatan. Akhirnya dia tegolong kedalam golongan yang sengsara hidupnya didalam neraka bersama mereka yang sesat dan para tentera iblis.

5) Allah Swt Tuhanmu Yang Maha Kaya dan Maha Sempurna, Dia yang mempunyai rahmat yang menyeluruh dan melengkapi segala sesuatu. Ini kerana segala sesuatu selain  daripada Allah amat bergantung kepadaNya berdasarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri . Ingatlah bahawa setinggi mana pun kekuasaan dan kekayaan seseorang itu , dia masih bergantung kepada bantuan orang lain untuk meneruskan  hidup sehariannya termasuklah  para pemimpin atau  pemerintah tertinggi sesebuah negara , yang amat terbatas kemampuan lahiriah mereka. 

Mereka juga sangat bergantung kepada penciptaNya untuk terus bernafas dan hidup seharian , sepertimana yang disebutkan dalam firmanNya


يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Fatir 35:15


6) Meskipun Allah Swt menyempurnakan hajat dan keinginan para hambaNya, namun Dia juga telah memberikan amaran bahawa sesiapa yang menentang perintanNya (setelah menerima seruan atau petunjuk dari RasulNya) maka Allah Swt akan menurunkan balasan azab sebagaimana diturunkan kepada umat  terdahulu yang ingkar, takabbur dan menentang ajaranNya.

7) Sesungguhnya janji-janji Allah Swt mengenai balasan syurga dan neraka itu adalah benar dan manusia tidak boleh lari daripadanya. 

Manusia , setinggi mana sekalipn ilmunya tidak dapat menolak hakikat kekuasaan Allah Swt seperti yang dinyatakan dalam firmanNya yang berikut 


سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Surah Fussilat 41:53


8) Kesimpulannya

i) Ketahuilah derajat manusia disisi Allah Swt adalah diukur berdasarkan nilai ketakwaan seseorang kepada Allah Swt. Dia tidak melihat pada asal keturunan dan warna kulit seseorang . Perkara ini sudah biasa disebutkan dalam masyarakat kita melalui firmanNya


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah Al Hujurat 49:13

ii) Amalan seseorang  hamba Allah itu dinilai olehNya berdasarkan niatnya yang ikhlas dalam perlakuan sehariannya . FirmanNya 

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama  yang benar.

Surah Al-Bayyinah 98:5

iii) Allah Swt adalah Maha Adil dalam membalas amal perbuatan  yang dilakukan oleh para hambaNya didunia ini bersesuaian dengan janjiNya yang berikut ini

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Surah Al Zalzalah 99:7-8


Semoga  perkongsian  yang amat sederhana diatas dapat dijadikan renungan dan muhasabah   diri kita bersama diakhir tahun 2020 ini.

Didoakan tahun hadapan penuh kesejahteraan buat diri kita , keluarga dan negara seluruhnya.


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Sheikh Mustaffa Al-Maraghiy - Jilid 4

MBS

Thursday, January 14, 2021

2021: antara pengharapan dan cabaran

 Assalamu'alaykum, dan Selamat Kembali...


tahun 2021 telahpun menjadi "kenyataan", dan beberapa pengharapan agar ianya jauh lebih baik dari 2020, mungkin ada yang masih menjadi "harapan", dan masih tergantung tidak menjadi realiti...

apapun terjadi, hidup perlu diteruskan, cabaran dan cabaran yang mendatang, kita cuba jadikan ianya sebagai perkara yang menjadikan kita lebih tabah dan sabar. mungkin kita telah terjatuh, dan terjatuh, tapi marilah sama-sama kita bangkit dan bangkit lagi...

‘patah sayap bertongkat paruh, 

patah paruh bertongkat siku, 

patah siku bertongkat dagu, 

patah dagu bertongkat kuku’. 

Pepatah lama menyebut... jika jatuh, cuba bangun, jatuh lagi, maka bangkit lagi... insyaAllah ada hikmah dalam semua yang terjadi. Ye, sangat mudah bila berkata-kata, berbanding yang merasakan peritnya jatuh, tapi percayalah, setiap orang, mempunyai ujian yang berbeza, dan tidak akan sama. atau sama, tapi situasi dan hatinya berbeza. jadi, marilah sama-sama menguatkan ketabahan dan kesabaran kita...

Dan jangan lupa, untuk terus berharap, usaha dan berdoa, agar apa yang kita impikan, akan berjaya, jika tidak banyak, sedikit, jika tidak sedikit, sedikit daripada sedikit pun baik. Jika tidak mampu bersendirian, cubalah mencari rakan yang mampu membantu, terutama keluarga. tidak banyak sedikit pasti melegakan hati yang gundah. 

Jangan kurangkan bebanan, 

tapi tingkatkan ketabahan dan kesabaran, 

aku janji akan aku akalkan (Altimet - Sabarlah)

Jadi jangan putus harapan, teruslah berharap, teruslah berdoa, dan terus berusaha apa termampu kita... jika tidak mampu sendirian, carilah sahabat untuk bersama... semoga kita semua tidak mati harapan, dan terus berjaya menghadapi cabaran yang mendatang ini...


regards!

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...