Wednesday, August 22, 2018

Siri Fotografi: Tips dan Tricks bagi Mobile Photography


Assalamu'alaykum,

Rasanya ramai yang sudah mempunyai telefon bimbit yang dilengkapi teknologi kamera yang canggih, dan ramai yang terasa ingin mengambil gambar dengan lebih cantik. Akan tetapi, bila gambar yang diambil kita rasakan ada je yang tidak kena, dan terasa tidak hidup, atau tidak memberi impak dan keindahan yang kita cuba sampaikan.

Kamera telefon bimbit semakin bertambah baik, dan walaupun tidak mampu setanding dengan kamera DSLR, kamera telefon bimbit juga telah bertambah baik, hingga hampir setanding dalam beberapa keadaan, untuk menyaingi kamera DSLR. 

Oleh itu, bagi menambah keindahan dan drama dalam mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit anda, boleh cuba 6 tips menarik daripada video di bawah. 

selamat mencuba!!




Wednesday, August 15, 2018

Review Buku: Lukisan Tarbiah 2: Refleksi

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ini, saya akan buat review berkenaan buku daripada Abeben, iaitu Lukisan Tarbiah 2: Refleksi. Buku ini adalah lanjutan karya komik2 strip, atau komik pendek dan panjang daripada Abeben. Jika dalam buku Lukisan Tarbiah yang pertama, saya telah review ianya terlalu sentap, kali ini nampak kematangan Abeben.


Kali ini, Abeben memberikan mesej dengan lebih "lembut", dan tidak terlalu sentap seperti buku pertamanya. Mesej yang disampaikan juga adalah nasihat-nasihat yang dekat dengan masyarakat, dan nampak seperti kecil, tapi sebenarnya besar pada pelakunya. Mesej juga tidak terlalu tersentap, dan sekiranya anda memerlukan satu "tolakan nasihat", maka buku ini sangat sesuai dengan anda.

Tajuknya juga seakan tepat, iaitu refleksi kepada diri kita.


Wednesday, August 08, 2018

Drama Perut: Restoran Showroom Mutiara Rini (edited)

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni nak kongsi satu tempat menarik untuk makan. Yes, perihal makan pula post blog aku ni. hihi... Kedai ni terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai Johor. Ianya berada di jalan utama bagi Taman Mutiara Rini ini, yang menghubungkan kawasan perumahan di Skudai, Gelang Patah dan boleh tembus ke Nusajaya (Iskandar Puteri).

*p/s: Baru2 ni lalu depan kedai ni semula. akan tetapi, ianya dah tutup pula. mohon tahan lapar buat yang terliur dah dengan post ni


Hadapan kedai Showroom Cafe

Wednesday, August 01, 2018

Review Buku: Impian Jalanan

Assalamu'alaykum,

Jadi, Teme Abdullah dah keluarkan lagi dua buku untuk tahun 2018 ini, selepas buku Pelukis Arkitek Jalanan, dan juga Arkitek Penulis Jalanan, kali ini Teme mengembangkan lagi jalan cerita dari dua buku terdahulunya, dalam bentuk yang sangat menarik.



Impian Mimpi Jalanan adalah sepertimana buku Teme yang terdahulu, berkisarkan seorang arkitek, kali ini melibatkan tempat dan orang yang lebih ramai. jika sebelum ini, buku Teme berkisar tentang jerih perih Teme di luar negara, kali ini, Teme memulakan kisahnya dengan kembali kepada jerih perih ketika sebelum bermulanya semua ceritanya...

Bermula dengan seorang budak bernama Iskandar, gelarannya Ikiy, dengan keluarganya (lebih tepat ibunya). Struggle yang dilalui oleh seorang budak kecil yang mempunyai beberapa kekurangan, namun berusaha supaya kelemahan itu tidak menjadi halangan dan bebanan. Dengan kekurangan itu, Ikiy berusaha dua, tiga empat kali ganda lebih daripada orang lain.



Dan dengan usahanya yang berlipat-lipat kali ganda itu, Ikiy berjaya mencapai salah satu perkara yang diimpikannya, apa yang diimpikan oleh Ikiy? kena beli la buku ini... hehe..

Kemudiannya, kisah Ikiy bersambung pula dengan perjalanan Ikiy ketika tamat pengajian Sarjana Mudanya (Bachelor Degree), bersama Ahmad (sudah pasti), serta beberapa insiden menarik pertemuan Ikiy dan Ahmad dalam kereta Kenari. dan beberapa selingan tentang Ikiy dan seorang wanita (eh tercerita). dan apa perancangan Ikiy selepasnya...

Jadi, apa yang Ikiy impikan ketika kecilnya? Apa yang terjadi dalam kereta Kenari Ikiy? apa yang Ikiy ingin lakukan selepas ini?

kena beli buku Impian Mimpi Jalanan ini.

ianya mampu membuka minda, iaitu jangan hanya fokus pada kelemahan kita, tapi carilah kelebihan yang kita ada, dan usaha semampu mungkin. kalau gagal, cuba lagi, tidak mengapa kalau menangis atas kegagalan, tapi jangan jadikan ianya satu halangan untuk terus berusaha, insyaALLAH ada kejayaan atas usaha berganda yang kita lakukan....

selamat membaca!!

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...