Friday, February 08, 2019

travelogzakri: Trip to Penang - Homestay Aman Muslim Bayan Baru Pulau Pinang

Assalamu'alaykum,

Orait. kali ni nak bersembang pula tentang satu lagi homestay yang kami tinggal di Pulau Pinang, kali ini kami tinggal di area Bayan Baru. berdekatan Bukit Jambul, dan Bayan Lepas. Nama homestay ini adalah Aman Muslim Homestay. Kalau cari di Airbnb ada, agoda pun ada. 





Kedudukan

Homestay ini berada di Bayan Baru, dan dikelilingi kawasan komersial dan industri. Jalan masuk ke homestay ini dipenuhi rumah2 yang ditukar jadi bengkel, dan kedai. Jalan masuknya agak sempit, dan jalan utamanya sibuk terutamanya ketika waktu puncak. 

Terdapat perumahan kastam (apartment) berdekatan, dan di bahagian timur, terdapat kompleks membeli belah Bukit Jambul, dan kira2 15 minit ke Queensbay Shopping Complex. Terdapat juga shopping complex berdekatan, hanya 2-3minit. Selain itu, terdapat juga restoran nasi 7 benua, dan klinik kesihatan Bayan Lepas. 


Kelebihan

Kelebihan utama homestay ini adalah kedudukannya. Kedudukannya sangat strategik untuk homestay di luar bandar Georgetown. Selain itu, terdapat juga satu katil single tambahan di bahagian antara ruang tamu dan ruang makan. yang boleh dijadikan tempat istirehat di luar kawasan bilik, atau untuk ahli-ahli perjalanan yang melebihi kapasiti. 

Selain itu, parking homestay ini mampu memuatkan dua buah kereta besar, dengan menutup pagar. kalau tidak menutup pagar, anda boleh parking hingga 3 kenderaan. Cerek elektrik disediakan, akan tetapi anda perlu tekan "kuat sikit" bagi membolehkan ianya mula memasak. Ada juga penapis air, akan tetapi, saya tidak sarankan anda menggunakannya. Lebih baik membeli air botol minuman di kedai berdekatan.

Terdapat satu "ruangan" solat, serta tempat sterika baju. Namun tiada kipas di "ruangan" ini. Lebih baik anda solat di dalam bilik atau ruangan lain.

Kekurangan

Walaupun lokasinya menarik, akan tetapi, terdapat beberapa komen yang boleh diperbaiki dan tidak boleh diperbaiki. Dari segi lokasi rumah ini sendiri, ianya terletak dalam kawasan rumah yang juga terdapat bengkel. Selang dua-tiga rumah daripada homestay ini, terdapat bengkel kereta. dan terdapat deretan kereta lama. Terdapat kesukaran untuk keluar-masuk untuk kenderaan, terutamanya kenderaan yang besar.

Bentuk rumahnya adalah rumah yang lama. Mungkin dibina sekitar tahun 1980an. Bumbungnya rendah, dan terdapat satu kawasan ruang makan yang "dinaikkan" sedikit untuk beri ruang cahaya. keadaan sedikit kelam jika tidak memasang lampu walaupun ketika siang hari. 

Biliknya pula, 2 bilik menyediakan katil bersaiz queen, dan satu bilik lagi menyediakan 2 katil single. Tilam yang sedia ada tidak memuaskan. Tilam dalam bilik utama, sudah lunyai, dan boleh terasa "spring" katil jika anda duduk/baring. Ini boleh menyebabkan sakit belakang jika anda tidak biasa. Anda juga tidak digalakkan duduk di bucu katil, kerana anda akan "terjatuh" dari tilam jika tidak berhati-hati. Tilam dalam bilik kedua juga terlalu keras, dan boleh juga menyebabkan sakit belakang. Anda juga perlu 'kebas' katil terlebih dahulu. jika kulit anda sensitif, anda mungkin mendapat gatal2 atau gegata. katil bilik belakang sekali, ianya telah terlalu daif, anda perlu berhati-hati, atau anda mungkin akan "tak sengaja" merosakkan katil ini (dan menyebabkan deposit anda 'burn').

Bilik air pula, terlalu kecil sebenarnya. Hanya 1m x 0.5m. Dan hanya ada satu tandas (yang dijadikan juga bilik mandi). Tiada cermin yang jelas, cermin sedia ada berada disebalik ampaian tuala. Jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin akan "terbasahkan" tuala/baju yang anda bawa dalam bilik mandi ini. Jika anda ingin mencukur, saya nasihatkan untuk tidak lakukan. kerana mungkin anda akan tercedera. 


Rumusan

Secara dasarnya, homestay ini menyediakan kemudahan asas untuk ditinggal beramai-ramai. Akan tetapi, sekiranya saya diberi peluang untuk mencari homestay di kawasan Bayan Baru, saya TIDAK AKAN KEMBALI ke homestay ini. Kerana terdapat pelbagai isu yang perlu ditambah baik. Terutama dari segi kemudahan katil, dan lebih baik jika disediakan tandas dalam kedua-dua bilik air. atau mungkin ruangan solat itu boleh dijadikan tandas yang lebih besar dan selesa. Terdapat ruang yang terlalu besar di dapur yang tidak boleh digunakan/membazir untuk sebuah homestay.

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...