Friday, February 26, 2021

Puisi Ketot: Perjalanan ke Falsafah

 Perjalanan ke Falsafah
14 Januari 2021

<><><><><><><><><><><>

Satu ketika, pernah ku mulakan satu perjalanan,
perjalanan yang panjang,
panjangnya tidak terkata,
tapi akhirnya ianya habis jua...

Satu perjalanan, sebagai matlamat diri,
mencari ilmu pembekal hati,
menjadi tapak perjalanan ini,
menuju ke depan yang tidak pasti,

perjalanan ini,
daku terduduk,
daku terjatuh,
jatuh lagi dan lagi,
seperti tiada henti,
terasa lelah, lesu,
gelapnya gelita,
seperti tiada cahaya,

menangis sendiri,
mengeluh sendiri,
meratap sendiri,
sedih tawa sendiri,
kiri dan kanan seperti tiada diri,

namun teman ada yang disisi,
beri kata, semangat hati,
teruskan berdiri, jalan dan berlari,
jangan hanya duduk sepi

kulasentana juga sama menunjang,
pikul badan yang mengah berjuang,
akhirnya berjaya menjulang,
falsafah yang lama diligan.

falsafah kecil menjadi panduan,
untuk terus maju kedepan,
untuk tingkatkan watan,
agar tidak terus ketinggalan

syukur kepada Tuhan,
kulansentana tidak dilupakan,
serta rakan-rakan dan taulan,
menjadi pemangkin menghabiskan bekalan...





inspirasi kisah sebalik menghabiskan perjalanan PhD..

Friday, February 19, 2021

Review Buku: The Human Complex

 Assalamu'alaykum


so, kembali lagi dalam siri review buku. Alhamdulillah, first buku dihabiskan untuk tahun 2021. hehe... cuma post di di-jadualkan lewat sikit. anyway.... kali ni nak bercerita buku karta Zamir Mohyedin lagi, bersama N.H.M, iaitu:

The Human Complex


buku ini lebih kepada hasil-hasil kajian berkaitan kerumitan pemikiran manusia, kebanyakan cerita dan kajian yang dilakukan, adalah untuk mengenalpasti bagaimana otak manusia berfungsi, secara rasional dan secara bias, atau bersandarkan kepada beberapa pembolehubah. 

Banyak kisah yang dinyatakan, sebenarnya otak manusia ini adalah rasional, jika tidak melibatkan emosi. contohnya pandangan kita pada sesuatu yang tiada kaitan, kita akan lebih cenderung kepada rasional, akan tetapi, bila ianya ada kaitan dengan kita, kita akan cenderung untuk mengikut emosi, dan melakukan sesuatu dengan bias. 

Dengan pembolehubah yang berbeza, nampak sebenarnya, jika kita lebih rasional, dan dapat kawal emosi, keputusan yang kita buat akan berlainan sedikit. akan tetapi, dengan adanya elemen "manusia/human", keputusan kita biasanya akan lebih bias. 

Buku ini juga berkongsi berkaitan corak pemikiran manusia, bila sesuatu kejadian itu berlaku. Bagaimana seseorang yang baik, boleh bertukar kepada perangai seseorang yang "jahat". contohnya dalam cerita kajian di penjara. ada beberapa orang telah ditawarkan menjadi "pengawal penjara", dan "banduan". corak pemikiran kita akan berubah dengan posisi yang diberikan. Pengawal akan lebih bersifat autokratik, iaitu suka mengawal, walaupun sifat asalnya adalah tidak sebegitu. 

banyak lagi kajian, eksperimen yang berkaitan emosi, pemikiran manusia telah dijalankan. selain itu, ada juga perkongsian bagaimana corak pemikiran penjahat (tak nak spoiler), dan kenapa orang masih taat dan ikut kata2 pemerintah walaupun pemerintah itu zalim, atau jahat sekalipun. (tak nak spoiler lagi). dan banyak lagi kisah-kisah menarik sekiranya anda berminat membaca buku ini.


ok, kita pergi kepada apa yang saya suka dan tidak suka pula berkaitan buku ini. Untuk perkara yang disukai, antaranya adalah ayat-ayat yang digunakan adalah sangat mudah, akan tetapi, ada juga perenggan, atau ayat2 yang sedikit sukar nak difahami, dan perlu dibaca berkali-kali. ada juga faktor penat yang menyebabkan ayat2 ini sukar difahami. haha... selain itu, cara ceritanya juga kemas, dan cuba ditulis sebaik mungkin, tidak panjang, dan tidak pendek. 


bagi perkara yang tidak disukai, macam ditulis sebelum ini, walaupun ayatnya mudah difahami, ada masa, terdapat ayat dan perenggan yang sedikit sukar difahami, dan perlu diulang-ulang beberapa kali. ada juga istilah tidak dapat "dibawa" ke depan, dan terpaksa kembali baca, apa maksud istilah tersebut. 


rasanya itu je kot, review untuk buku ini. so, sekiranya anda berminat, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran, atau order secara online di website patriot, atau Iman Publication.


sampai berjumpa lagi!

bubbye~

Friday, February 12, 2021

Tazkirah Ringkas: Huraian apa itu Al-A'raf

 

Assalamu'alaykum, 

jadi hari ini, saya akan berkongsi sedikit tazkirah yang diberikan oleh MBS, iaitu berkaitan dengan Al-A'raf. semoga ianya menjadi sedikit manfaat buat penulis asal. 

==============================================

Assalamualaikum


Perkongsian Ilmu Dari Al-Quran


SEDIKIT HURAIAN  APAKAH ITU    AL-A’RAF ?

—————————————- 

Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf dari ayat 44 hingga 47 menyebutkan:


وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ أَن قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا فَهَلْ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا قَالُوا نَعَمْ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ


Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".


الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ كَافِرُونَ


Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.


وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ


Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raf”  (yang  menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raf   itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.


وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ


Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".


Surah Al-A’raf 7:44-47


(Ayat-ayat diatas telah ditadabburkan dalam program 

My#QuranTime di TV Al Hijrah)


          ^^^^^^^^^^^^^^^^^


Berikut adalah sedikit nota mengenai “Al-A’raf”  :


1) A’raf adalah jama’ dari perkataan urf . Semua permukaan yang tinggi menurut bangsa Arab di panggil urf. (Istilah urf ini juga digunakan bagi balung ayam jantan kerana ianya terletak pada tempat yang teratas ).


2) Digambarkan oleh  ulama’ tafsir bahawa  diantara syurga dan neraka itu terdapat pembatas iaitu tembuk yang menghalangi ahli neraka masuk ke syurga. 

Didalam surah Al-Hadid 57:13 menceritakan terdapat dinding yang ada pintu - didalamnya ada rahmat dan diluarnya ada siksa. Itulah sebabnya A’raf itu dianggap seperti pagar pembatas antara syurga dan neraka.


Maksud Ayat 

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. Al-Hadid 57:13


3) Penghuni A’raf mengenali semua penghuninya melalui tanda-tanda yang ada pada mereka .Diantaranya disebutkan dalam surah Abasa 80:38-41. Ada diantaranya muka  yang gelap  (berdebu) dan ada yang mukanya sangat berseri-seri.


Maksud Ayat

Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Tertawa, lagi bersuka ria;

Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. 

Surah Abasa 80:38-41


4) Dikatakan mereka itu adalah dari golongan yang percaya kepada agama Tauhid (Tuhan Yang Esa). Mereka itu dikatakan sama banyak bilangan pahala kebaikannya dan juga dosa keburukannya. Keburukannya menahan dia masuk syurga, manakala kebaikannya menahan mereka masuk keneraka. Oleh itu mereka dihentikan diatas pagar, sehinggalah Allah Swt memutuskan nasib masing-masing. Mereka yang diampunkan Allah akan diterima masuk kesyurga.


5) Penghuni-penghuni  A’raf apabila terpandang kepada penduduk neraka , mereka pun berdoa “Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau tempatkan kami bersama kaum yang zalim.”


6) Apabila mereka terlihat penghuni syurga mereka mengucapkan “salam” . Mereka belum dapat memasukinya tetapi mereka menaruh  harapan yang tinggi ingin masuk syurga dengan kadar segera.


Kesimpulan:

Demikianlah gambaran dari al-Quran mengenai nasib mereka yang menjadi penghuni Al A’raf . 

Kita berdoa dipermudahkan  oleh Allah Swt supaya kita menjadi Ahlul Jannah .

Teruskanlah beristiqamah menjadi orang mu’min yang bertakwa dan beramal soleh ikhlas kerana Allah Swt.


Wallahua’lam


Rujukan

Tafsir Ringkas Ibnu Katsir -Jilid 3

Tafsir Al-Maraghiy - Jilid 4


MBS

Sampaikanlah Daripadaku Walaupun Satu Ayat - Maksud Hadis

Friday, February 05, 2021

Drama Perut: Aiskrim OREO dengan biskut orea

 Assalamu'alaykum


Ok, kali ni saja nak kongsi rasa airskrim Oreo dengan biskut oreo ni... sebelum ni, mungkin dah banyak kot aiskrim berkaitan oreo ni. Ni lebih kepada aiskrim Oreo, yang dibalut dikepit oleh biskut Oreo


rasanya ok, tapi tak semanis krim dalam biskut Oreo tu, sedaplah. dan biskutnya sedikit lembik, dan tak keras macam biskut biasa. jadi mudah nak gigit, dan kunyah. memang versi biskut Oreo yang kita biasa makan, tapi dalam bentuk aiskrim, berkrim dan lebih lembut. 


so, bolehlah try enjoy lepas ni! yeay








Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...