Sunday, April 27, 2014

Persidangan dan Pameran Antarabangsa Remote Sensing dan GIS ke Tujuh IGRSM

Assalamu'alaykum,


Alhamdulillah, diberikan kesempatan masa, tenaga dan fikiran untuk bersama penganjur di Persidangan dan Pameran Antarabangsa Remote Sensing dan GIS ke Tujuh IGRSM (Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia), bertempat di Hotel Berjaya Times Square pada 21 dan 22 April 2014.

website: http://www.igrsm.com/igrsm2014/index.html

Pesanan Dari Mimbar: 18 April 2014

Assalamu'alaykum,

Alhamdulillah, akhirnya diberikan sedikit kesempatan untuk menulis dalam blog ini, selepas disibukkan sedikit dengan urusan persidangan pada 21 dan 22 April yang lalu, hingga menyebabkan blog sedikit berhabuk. *tiuphabuk (fuh fuh) Mimbar jumaat pada 18 April 2014 telah berkongsi berkenaan tajuk "mengawal nafsu".

Manusia sedia dikurniakan dengan nafsu dan akal sebagai perbezaan dengan makhluk-makhluk yang lain. Ar-Rasul s.a.w yang diutuskan kepada manusia juga adalah manusia biasa, yang mengikut fitrah manusia. Ianya juga adalah kerana fitrah manusia itu sendiri, jika utusan Allah s.w.t yang diutuskan itu bukan manusia, pasti manusia sukar untuk menerima dan pastinya tidak mahu mengikutnya. jadi sebagai manusia, kita perlu mengurus kehidupan kita, mengikut syarak.

Islam agama yang syumul, tidak hanya berkisar kepada ibadah semata-mata, ianya juga merangkumi mualamat, kewangan, pentadbiran dan lain-lain. Oleh itu, setiap hari, adalah merupakan medan pertempuran untuk manusia, untuk kita mendekatkan diri lagi kepada ALLAH s.w.t.

Nafsu pastinya menyeru kepada kejahatan, oleh itu kita perlu mendidiknya. Islam tidak pernah menghalang untuk makan, minum, berhias dan lain. Dalam surah al-'araf, ayat 31 dan 32, "wahai anak adam, pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu mahu ke masjid, dan jangan melangkaui batas"

Antara cara untuk mendidik nafsu adalah;
1. Perkahwinan. Ia adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ianya penting untuk menjaga nasab dan banyak keturunan. Ianya juga jalan penyelesaian kepada hal yang tidak sihat. Manusia mampu menundukkan pandangan dan maksiat.
2. Membanyakkan puasa sunat. Jika tidak mampu berkahwin, disunatkan untuk kita berpuasa sunat. Puasa mampu mengekang nafsu, kerana jika kita kurang makan atau minum, keinginan nafsu juga akan menjadi lemah
3. Penuhkan hari dengan perkara yang bermanfaat. Banyakkan amalan ibadah, membaca Quran, khusyuk dalam solat juga penting, selain mengikuti majlis-majlis ilmu.

Pengurusan masa sangat penting agar menjadi bermanfaat. Kerana ianya akan menyebabkan kita tiada masa membuat perkara-perkara yang lalai. Nafsu dan syaitan adalah musuh utama manusia, siapa yang dapat menyusun jadual harian dengan baik, dapat menghindar pekara yang lalai dan rugi. Dalam surah Al-Asr, ayat 1-3, "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman, juga mereka yang beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran, jua berpesan pada kesabaran"

Thursday, April 03, 2014

Tips Hari Ini: Masalah wayar terbelit dalam beg?

Assalamu'alaykum,

Pernahkah anda mempunyai masalah menyimpan wayar yang terlalu banyak? Anda ada wayar usb untuk telefon bimbit anda, anda juga ada earphone, juga ada pelbagai wayar dalam beg anda? Pernahkah beg anda melakukan ikatan simpul manuk? atau ikatan buku sila? atau lain2 ikatan pengangkap yang anda dah lupa, tapi beg anda mempunyai kemahiran yang lebih hebat dari anda?

Hari ini, tips yang akan dikongsikan adalah salah satu cara mudah untuk menguruskan wayar anda yang banyak, dan mengelakkan beg anda melakukan ikatan simpul manuk atau lain2 jenis ikatan untuk wayar2 anda itu.

Simpan dalam bekas cermin mata anda. Ya, ianya mudah, dan didatangkan percuma bila anda buat cermin mata baru, atau anda punya bekas cermin mata yang lama. Ok, mungkin susah nak faham dengan ayat yang panjang2, jadi saya kongsi gambar yang saya sendiri buat. Bukan orang lain ye.



Dalam bekas ini, ada 5 wayar berlainan. Jadi, anda juga boleh mencubanya. Semoga berjaya!

Tuesday, April 01, 2014

Pesanan Dari Mimbar: 21 dan 28 Mac 2014

Assalamualaykum,

ok, kali ni ada sedikit kelakar. Khutbah jumaat ini dari 2 masjid berbeza, dan masa berbeza. Khutbah jumaat yang pertama di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai pada 21 Mac 2014, khutbah jumaat kedua, di Masjid As-Solihin, Taman Senai Baru pada 28 Mac 2014. Untuk yang tidak tahu, khutbah jumaat di Johor terutamanya, menggunakan skrip khutbah yang sama, dari Majlis Agama Islam Johor, akan tetapi, nampaknya tiada keselarasan perlaksanaannya. tak mengapa, yang penting, ibrah dari khutbah jumaat tersebut.

Tajuk kedua2 khutbah sama, iaitu berkenaan bersikap adil dan saksama.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...