Friday, June 28, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Pasemboq Padang Kota Lama

Assalamu'alaykum,

ok, bila dah penat berjalan, mestilah cari makan pula kan? so, selepas kami semua berjalan2 sekitar Georgetown pada siang harinya, kami pulang ke homestay. dan malamnya, kami keluar untuk mengisi perut pula.

Friday, June 21, 2019

Review Buku: Imbauan 2

Assalamu'alaykum,

Baik, banyak juga review buku dalam blog ni rupanya. haha... tak sangka.

anyway, kali ni nak review satu lagi buku, iaitu sambungan kepada buku Imbauan, nak kata buku, pun bukanlah buku sangat, karya kartun pun tak tepat. takpelah, kita namakan karya jela ye. Karya ini dihasilkan oleh kartunis Mie, sambungan kepada karya yang lalu, dan kali ini dinamakan Imbauan 2.

Friday, June 14, 2019

Program Geoinformatik - Data GPS? atau GNSS?

Assalamu'alaykum,

Ramai antara kita menggunakan sistem navigasi untuk mencari jalan untuk ke lokasi yang kita mahukan, seperti restoran, rumah kawan, pejabat, tempat menarik dan lain-lain lagi. biasanya kita akan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar kita, antaranya seperti Waze, Google Map, mungkin ada menggunakan Garmin atau Here map dan pelbagai lagi sumber apps.

Orait, kali ini, kita nak sambung cerita tentang data-data geospatial/spatial yang boleh kita dapatkan, iaitu daripada data GPS. apa benda GPS ni?


Apa benda GPS ni?

GPS ni, adalah Global Positioning System, dan telah diperkenalkan dan dimiliki oleh US. ye United State of America ler... GPS ini bermula pada tahun 1973 oleh Navstar GPS. GPS ni kiranya adalah salah satu sistem satelit yang ada, yang digunakan untuk mendapatkan kedudukan. kedudukan apa yang kita nak? macam-macam jenis kedudukan, especially kedudukan kita, atau alat apa yang kita nak.


Dengan menggunakan alat GPS atau telefon pintar kita, kita akan dapatkan kedudukan hampir tepat kita. kenapa "hampir tepat"? haaa.... itu kena ambil lebih details lagilah dalam Program Geoinformatik atau Geomatik ni... ketepatannya ada yang daripada 10meter, hinggalah ke centimeter. bergantung kepada alat dan pemprosesan yang digunakan.... tapi untuk lebih tepat, kena belajar lebih lagi...


Konsep GPS

anyway, konsep pengukuran dengan GPS ini, adalah menggunakan konsep triangulasi (triangulation), yang mana untuk dapatkan satu-satu kedudukan, ianya memerlukan kepada paling kurang 4 satelit atau lebih.

perlu ada gambar sebenarnya baru mudah fahamkan. ianya melibatkan pengiraan jarak kedudukan di bumi, dengan jarak satelit, ketinggian satelit, keadaan persekitaran (signal satelit tidak terlindung), dan banyak faktor lagi untuk memastikan ketepatan kedudukan kita.




Lain-lain sistem navigasi satelit

so, selain GPS kepunyaan US, ada lagi sistem navigasi satelit kat dunia ni tau. ha, ni bawah ni list dia;

1. Beidou – ni sistem dari China. People's Republic of China's regional system, currently limited to Asia and the West Pacific, global coverage planned to be operational by 2020
2. Galileo – yang ni geng2 Europe develop ni...  a global system being developed by the European Union and other partner countries, which began operation in 2016,[178] and is expected to be fully deployed by 2020.
3. GLONASS – hat ni, Rusia punya... Russia's global navigation system. Fully operational worldwide.
4. IRNSS – A regional navigation system developed by the Indian Space Research Organisation.
5. QZSS – A regional navigation system in development that would be receivable within Japan.

orait, itu je dulu la kot kali ni. kalau nak lebih, boleh join Program Geomatik atau Geoinformatik ye. menarik tau. Dan bukan hanya dapatkan kedudukan je, kita juga akan cuba apply, kepada navigasi yang pelbagai jenis. analisis-analisis utk buat navigasi ni sangat menarik. tunggu~~

Orait, jumpa lagi nanti!!

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

Friday, June 07, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Muzium Coklat

Assalamu'alaykum,

so, bersambung lagi siri travelog ke Penang. Kali ni kami meneruskan perjalanan daripada Muzium Terowong (Tunnel Museum) ke Muzium Coklat pula!! wowow... coklat.... haha... Ianya terletak tidak jauh dari Tunnel Museum. kami hanya berjalan kaki sekitar 3-5 minit.

Pintu depan muzium coklat

Friday, May 31, 2019

Review Buku: The Adventure of Engineer's Thumb - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

orait, so, kali ni tajuk audio book yang di"dengar" sangat menarik, pasal ibu jari... Ceritanya bermula dengan seorang lelaki datang berjumpa Dr Watson di rumahnya, kerana ibujari tangannya terpotong, ketika awal pagi lagi. 

sambil merawat pesakit ini, Dr Watson bertanya bagaimana dia mendapat kecederaan yang serius sebegini. pesakit itu menjawab, dia pun tidak pasti, seolah-olah dia bermimpi. dan kemudian pesakit itu bertanyakan di mana balai polis terdekat. Dr Watson menjadi lebih ingin tahu, dan bertanya lanjut, dan pesakit ini kemudiannya menceritakan sedikit. dan dia pun tidak pasti adakah pengalaman dia itu benar, atau hanya mimpi. Watson kemudiannya membawa pesakit itu berjumpa Sherlock Holmes.

Ketika di rumah Sherlock Holmes dia memulakan cerita, dengan menyatakan dia adalah seorang jurutera hidrolik, dan mempunyai syarikat yang kecil. dia kemudiannya dijemput oleh seseorang untuk melihat alat hidroliknya yang rosak, dengan menawarkan upah yang tinggi. pesakit ini terus mengikut kliennya itu. Dia berkira-kira dia menaiki kenderaan sekitar sejam, dan kira-kira 10 batu daripada kedainya. 

ketika sampai di rumah kliennya, dia diberikan sedikit taklimat berkenaan alat hidrolik yang rosak itu. kemudian jurutera (pesakit) itu pun membuat sedikit semakan terhadap alat itu. akan tetapi merasa pelik kenapa alat itu berada pada tempat yang tidak sesuai, iaitu di dalam rumah. Jurutera itu pun merasa "curios" dan bertanyakan soalan-soalan yang pelik kepada kliennya. Kliennya kelihatan marah, dan kemudian beredar dari bilik itu. 

ketika ditinggalkan bersendirian, jurutera itu didatangi oleh seorang wanita, dan menyuruhnya segera pergi dari situ, kerana nyawanya dalam bahaya. jurutera itu tidak mahu mendengar, dan terus kekal di situ. Kemudiannya, jurutera itu pun diminta "membetulkan" alat hidrolik yang rosak itu. ketika dalam bilik hidrolik itu, tiba-tiba dia dikunci dari luar, dan air mula dipam masuk ke dalam bilik itu.

apa yang akan jadi pada jurutera itu? bagaimana jarinya boleh cedera? bagaimana dia sampai ke tempat Dr Watson?

ya, anda boleh mendengar audio book ini. 

secara keseluruhannya, buku ini sangat menarik. gaya penceritaannya juga menarik, dengan "suara latar" sangat pandai bermain dengan nada suara berbeza dengan emosi yang berbeza. sekiranya anda masih ragu-ragu dengan audio book, anda boleh cuba dengan siri Sherlock Holmes ini. 


jumpa lagi di post akan datang...

regards

Friday, May 24, 2019

Siri Buku: Magis

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni berjaya menghabiskan buku salinan keras (baca: hardcopy), selepas beberapa ketika banyak menghabiskan buku audio je. Kali ini, buku yang dibaca adalah buku karya Ramlee Awang Murshid, bertajuk Magis. 


Friday, May 17, 2019

Program Geoinformatik - Kumpul data lapangan tu macamana?

Assalamu'alaykum dan Greetings


Orait, sebelum ni saya pernah kongsikan apa itu data yang dikumpulkan dalam bidang GIS ni. So, kali ni, nak bercerita salah satu data yang memang menjadi rujukan dalam bidang GIS. iaitu data yang dikumpul atau diambil daripada lapangan. 

contoh ketika kumpulkan data lapangan (kredit: http://bebelancikchokie.blogspot.com/2015/12/apa-itu-geoinformatik.html)

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...