orait, so, kali ni tajuk audio book yang di"dengar" sangat menarik, pasal ibu jari... Ceritanya bermula dengan seorang lelaki datang berjumpa Dr Watson di rumahnya, kerana ibujari tangannya terpotong, ketika awal pagi lagi.
sambil merawat pesakit ini, Dr Watson bertanya bagaimana dia mendapat kecederaan yang serius sebegini. pesakit itu menjawab, dia pun tidak pasti, seolah-olah dia bermimpi. dan kemudian pesakit itu bertanyakan di mana balai polis terdekat. Dr Watson menjadi lebih ingin tahu, dan bertanya lanjut, dan pesakit ini kemudiannya menceritakan sedikit. dan dia pun tidak pasti adakah pengalaman dia itu benar, atau hanya mimpi. Watson kemudiannya membawa pesakit itu berjumpa Sherlock Holmes.
Ketika di rumah Sherlock Holmes dia memulakan cerita, dengan menyatakan dia adalah seorang jurutera hidrolik, dan mempunyai syarikat yang kecil. dia kemudiannya dijemput oleh seseorang untuk melihat alat hidroliknya yang rosak, dengan menawarkan upah yang tinggi. pesakit ini terus mengikut kliennya itu. Dia berkira-kira dia menaiki kenderaan sekitar sejam, dan kira-kira 10 batu daripada kedainya.
ketika sampai di rumah kliennya, dia diberikan sedikit taklimat berkenaan alat hidrolik yang rosak itu. kemudian jurutera (pesakit) itu pun membuat sedikit semakan terhadap alat itu. akan tetapi merasa pelik kenapa alat itu berada pada tempat yang tidak sesuai, iaitu di dalam rumah. Jurutera itu pun merasa "curios" dan bertanyakan soalan-soalan yang pelik kepada kliennya. Kliennya kelihatan marah, dan kemudian beredar dari bilik itu.
ketika ditinggalkan bersendirian, jurutera itu didatangi oleh seorang wanita, dan menyuruhnya segera pergi dari situ, kerana nyawanya dalam bahaya. jurutera itu tidak mahu mendengar, dan terus kekal di situ. Kemudiannya, jurutera itu pun diminta "membetulkan" alat hidrolik yang rosak itu. ketika dalam bilik hidrolik itu, tiba-tiba dia dikunci dari luar, dan air mula dipam masuk ke dalam bilik itu.
apa yang akan jadi pada jurutera itu? bagaimana jarinya boleh cedera? bagaimana dia sampai ke tempat Dr Watson?
ya, anda boleh mendengar audio book ini.
ya, anda boleh mendengar audio book ini.
secara keseluruhannya, buku ini sangat menarik. gaya penceritaannya juga menarik, dengan "suara latar" sangat pandai bermain dengan nada suara berbeza dengan emosi yang berbeza. sekiranya anda masih ragu-ragu dengan audio book, anda boleh cuba dengan siri Sherlock Holmes ini.
jumpa lagi di post akan datang...
regards
No comments:
Post a Comment