Friday, May 24, 2019

Siri Buku: Magis

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni berjaya menghabiskan buku salinan keras (baca: hardcopy), selepas beberapa ketika banyak menghabiskan buku audio je. Kali ini, buku yang dibaca adalah buku karya Ramlee Awang Murshid, bertajuk Magis. 



Buku ini menarik, kerana ianya menggabungkan 5 watak utama daripada 5 buku karya Ramlee Awang Murshid. watak utama pertama adalah Laksamana Sunan, atau nama sebenarnya Saifudin. watak ini daripada siri Sunan. Watak kedua adalah Mikhail, pembunuh upahan, yang asalnya juga daripada novel bernama Mikhail. watak ketiga adalah Ejim si Tombiruo, yang diambil dari siri Tombiruo Semangat Hutan. watak keempat adalah Bilal Piut (juga watak bernama Carlos), dan watak kelima ada Ryu-Watanabe. cuma kedua-dua watak ni saya kurang pasti dari siri buku yang mana (belum hardcore peminat novel Ramlee lagi ni).


Pada awalnya, Penulis menceritakan latar belakang kisah kelima-lima watak ini. Apa yang mereka sedang lakukan, dan apa konflik yang berlaku sebelum mereka "diterbangkan" ke satu alam lain. Kelima-lima watak mempunyai konflik tersendiri, dan pada dasarnya, mereka berada dalam keadaan kritikal. Kemudian, mereka ternampak matahari, dengan fenomena "Halo". selepas itu, kelima-lima mereka tersedar dalam satu alam yang berlainan. Yang mereka tidak pasti di mana.

Alam itu kemudiannya dikenalpasti sebagai alam yang jauh ke hadapan. sekitar 200 tahun dari masa sekarang (700 tahun untuk Laksamana Sunan). Dunia di hujung waktu. Pada waktu ini, dunia diperintah oleh Tuan Turak, yang mendapat "arahan" dari "sesuatu". Tuan Turak telah menghancurkan semua budaya dan masyarakat yang ada, kecuali mereka yang menurut perintahnya.

Kelima-lima mereka ini seolah-olah diberikan misi untuk membantu masyarakat ketika itu, untuk melawan Tuan Turak. Mereka sampai ke alam "Magis" ini di tempat berlainan. Laksamana Sunan turun berdekatan dengan Ejim, Mikhail sedar berdekatan dengan Ryu-Watanabe, dan Bilal Piut (Carlos) berada dalam kerajaan Tuan Turak.

Mereka kemudiannya menghadapi konflik berlainan pula, Mikhail digigit oleh dubuk, Ryu-Watanabe jatuh ke dalam "perkampungan" bawah tanah, Laksamana Sunan berada dalam hutan bersama Ejim. Bilal Piut pula berlawan dengan mentalnya sendiri (Carlos), yang akhirnya Carlos berjaya menguasai fikiran Bilal Piut dan membantu Tuan Turak pula.

Sebahagian mereka bertemu di Bandar Tur-Kus, manakala sebahagian lain bertemu di Derinkuyu, perkampungan bawah tanah.

Akhirnya, mereka berlima bersama dengan orang2 Derinkuryu berdiri bersama untuk memerangi Tuan Turak...

Siapakah yang masih bernafas di akhirnya? adakah mereka berjaya memerangi Tuan Turak dan "kuasa" di belakangnya? boleh dapatkan buku Magis ini. dan alami pengalaman berada di satu alam lain yang tidak terjangkau oleh fikiran kita.


syabas sekali lagi Ramlee Awang Murshid atas karya yang menarik. semoga dapat terus berkarya di masa akan datang.


Regards dan jumpa lagi di lain masa....

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...