Friday, May 17, 2019

Program Geoinformatik - Kumpul data lapangan tu macamana?

Assalamu'alaykum dan Greetings


Orait, sebelum ni saya pernah kongsikan apa itu data yang dikumpulkan dalam bidang GIS ni. So, kali ni, nak bercerita salah satu data yang memang menjadi rujukan dalam bidang GIS. iaitu data yang dikumpul atau diambil daripada lapangan. 

contoh ketika kumpulkan data lapangan (kredit: http://bebelancikchokie.blogspot.com/2015/12/apa-itu-geoinformatik.html)


Pernah tak nampak orang berdiri tepi jalan, ada alat kotak warna kuning (biasanya kuninglah). Haa... itu salah satulah tu. Mereka ini mengumpukan data lapangan.

Data yang dikumpulkan ni, asasnya adalah Ukur Tanah. apa yang nak diambil/dikumpul/dicerap ni? macam2 boleh dicerap. antaranya kedudukan sebenar jalanraya, kedudukan pokok, bangunan, banyak la lagi. even longkang pun boleh kita cerap ye. So, kadar ketepatan data lapangan ni yang paling tinggilah kiranya.

So, dalam data lapangan ini, pelajar akan didedahkan secara dasar, apa yang perlu diketahui sebelum mula kumpul data. Tidak mudah sebenarnya, sebab ada prinsip dan asas-asas utama kena ambil kira ye.

So, dalam program Geoinformatik ni, pelajar akan didedahkan kepada teori dan juga praktikal macamana nak dapatkan data lapangan, dan macamana nak pastikan data lapangan yang kita buat, atau orang berikan kepada kita tu, mempunyai ketepatan tinggi, dan boleh kita gunakan.

Bahaya kalau data tak tepat tau... hehe....


orait, itu sahaja saya nak kongsikan kali ni. lain kali, saya cuba ceritakan pasal data satelit, data dari drone, data kapal terbang, dan data yang sekarang ni giat digunakan oleh kereta Tesla, iaitu data laser scanning... laser pun ada? mestilah ada... nak tahu? kena tunggu next post ye... sikit2 la ye.. hehe..


Jumpa lagi!!

#geoinformatik, #UTM, #GeoinformatikUTM, #SBEG, #SGHG, #SGG, #Geoinfo, #geoinfoUTM

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...