Friday, June 21, 2019

Review Buku: Imbauan 2

Assalamu'alaykum,

Baik, banyak juga review buku dalam blog ni rupanya. haha... tak sangka.

anyway, kali ni nak review satu lagi buku, iaitu sambungan kepada buku Imbauan, nak kata buku, pun bukanlah buku sangat, karya kartun pun tak tepat. takpelah, kita namakan karya jela ye. Karya ini dihasilkan oleh kartunis Mie, sambungan kepada karya yang lalu, dan kali ini dinamakan Imbauan 2.



Karya kali ini, lebih kepada kesinambungan kepada karya pertama, Imbauan. Dalam Imbauan 2 ini, masih mengekalkan isu utamanya, iaitu kritik sosial, dan juga imbauan kepada nostalgia ketika membesar. Mungkin disebabkan masa kita membesar, pahit manis kehidupan itu, yang boleh dijadikan panduan...

Orait, bahagian pertama lebih kepada kritik sosial, ekonomi dan budaya setempat. ada dikisahkan isu berkenaan jerebu, isu teknologi terkini, komputer dan internet, dan lain2 lagi. ini lebih kepada kritik sosial yang pelukis cuba bawakan.


Bahagian kedua pula lebih kepada karya dua muka surat, juga sedikit sebanyak menyentuh keadaan budaya dan sosial setempat.


Bahagian ketiga, lebih kepada mengimbau kembali sedikit sebanyak kenangan pelukis ketika beliau membesar dahulu.



So boleh dapatkan buku Imbauan 2 ini, untuk melihat isu-isu sosial, budaya, ekonomi di Malaysia, yang diterjemahkan dengan baik sekali oleh pelukis, selain mengimbau kembali, apa budaya hidup setempat di Malaysia dahulu

ok, itu sahaja, jumpa lagi lain kali




No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...