Friday, June 28, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Pasemboq Padang Kota Lama

Assalamu'alaykum,

ok, bila dah penat berjalan, mestilah cari makan pula kan? so, selepas kami semua berjalan2 sekitar Georgetown pada siang harinya, kami pulang ke homestay. dan malamnya, kami keluar untuk mengisi perut pula.


Tempat kami makan adalah di padang kota lama, Georgetown. dekat je dengan tempat kami berjalan pada siang harinya. Ok, di sini, ianya adalah medan selera sebenarnya, yang telah dibaikpulih dan dibangunkan oleh Majlis. 

Terdapat banyak gerai yang boleh dipilih, terdapat juga pelbagai pilihan di sini. Akan tetapi, sudah pasti kami akan memilih pasemboq.. ok, apa itu pasemboq? sebenarnya ianya adalah sejenis rojak, dengan pelbagai pilihan yang kita boleh pilih. antaranya ketam goreng rangup, sayur-sayuran, sosej, kek ikan, dan lain-lain lagi. 

selain itu, ada juga hidangan lain. disebabkan kami kelaparan, maka terlupa nak ambil gambar pasemboq dan pilihan yang ada.... enjoy la sikit2 gambar yang ada ye...








No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...