Assalamu'alaykum,
so, bersambung lagi siri travelog ke Penang. Kali ni kami meneruskan perjalanan daripada Muzium Terowong (Tunnel Museum) ke Muzium Coklat pula!! wowow... coklat.... haha... Ianya terletak tidak jauh dari Tunnel Museum. kami hanya berjalan kaki sekitar 3-5 minit.
|
Pintu depan muzium coklat |
Muzium ini terletak di bahagian atas, dan di bahagian bawah pula adalah kedai coklat, dan di hujung belakang, terdapat tempat memproses bahan-bahan sampai jadi coklat. kita boleh lihat sendiri proses membuat coklat di sini
Selain itu, terdapat juga dijual coklat yang pelbagai di sini. yang dibuat sendiri di sini. di tingkat atas pula terdapat sejarah-sejarah berkenaan pembuatan coklat di awal pembuatannya. So, sekiranya anda berminat mengetahui sejarah pembuatan coklat di sini, jemputlah datang ke Chocolate Penang Museum ni...
|
Pintu masuknya pula. ada pintu untuk naik ke tingkat atas di sini |
|
Keadaan dalam kedai. di hujung kedai kelihatan tingkap kaca untuk melihat proses membuat coklat |
|
gambar menarik dalam kedai |
No comments:
Post a Comment