Friday, April 03, 2020

travelogzakri: Trip ke N9 - Muzium Diraja Seri Menanti

Assalamu'alaykum,

Kita akan sambung perjalanan trip ke N9, kali ini ke destinasi yang pertama, iaitu Muzium Diraja Seri Menanti, Seri Menanti. Muzium ini adalah Istana Lama Seri Menanti, yang merupakan tempat kediaman Yang Dipertua Negeri satu ketika dahulu.

Muzium Diraja ini adalah bangunan kayu, yang didirikan menggunakan kayu jati. Ianya dibina pada tahun 1905, dan siap pada 1908. Ianya bangunan 3 tingkat, dan mempunyai menara. lebih lanjut diceritakan dalam gambar di bawah.

maklumat yang disediakan oleh Tourism Malaysia
Istana Lama dari pandangan tepi 
Istana Lama dari pandangan depan
Diceritakan juga dalam sejarah, yang kerajaan Negeri Sembilan ini berkait rapat dengan Pagar Ruyong. Asalnya daerah-daerah di Negeri Sembilan bernaung di bawah kerajaan Melaka, akan tetapi selepas Melaka dijajah, mereka bernaung sebentar di bawah Kerajaan Johor, dan selepas kerajaan Johor juga jatuh, mereka mengambil keputusan untuk mempunyai pemerintahan sendiri, yang menggabungkan 9 daerah (negeri) ini, menjadi Negeri Sembilan.

Peta sejarah

Maklumat pengenalan N9 


Terdapat juga muzium di Pagar Ruyong

Istana Lama ini diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara

 so, sekiranya anda ke N9, ambillah peluang untuk ke Muzium Diraja Seri Menanti ini. dan baca lebih banyak lagi maklumat berkenaan sejarah N9.


Regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...