Assalamu'alaykum,
Dunia digegarkan dengan satu pandemik yang berbahaya, iaitu novel coronavirus 2019, atau lebih tepat, COVID-19. Ianya adalah serangan penyakit berjangkit berkaitan saluran pernafasan, menyebabkan kesukaran bernafas (severe acute respiratory syndrome). Kalau nak info lanjut boleh je ke website WHO - https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
Majoriti negara telah terkena jangkitan ini, dan setakat hari ni, lebih sejuta orang telah dijangkiti, dengan kematian melebihi puluhan ribu orang. Ini adalah pandemik yang paling teruk pada abad yang baru ini. Banyak teori, terutama teori konspirasi telah dikeluarkan. Malah ramai orang mula menunding jari mencari kesalahan orang lain....
baiklah, post ini bukan untuk mencari kesalahan orang lain ke, atau nak buat teori-teori yang tak pasti benar atau tidak. tapi nak lihat apa peranan yang boleh kita lakukan.... antaranya:
1. Dengar arahan kerajaan. kalau perlu duduk di rumah, maka duduklah di rumah baik-baik, tujuannya, supaya kita tidak dijangkiti, atau, supaya "kita" tidak menjangkiti orang lain. sebab apa? simptom bagi COVID-19 ini agak lewat dikenalpasti. ada sebahagian orang, mereka tidak tahu pun mereka dijangkiti. terutama golongan muda.
2. Berhenti menyalahkan orang lain, dan sama-sama berfikir dan bantu membantu dalam menyelesaikan pandemik ini. jika kita hanya menyalahkan orang lain, akan tetapi tiada perancangan dan membuat sesuatu, maka pandemik ini akan terus kekal, dan mungkin lebih teruk.
3. Cuba bantu setakat yang kita boleh. Banyak perkara boleh buat. sebarkan maklumat yang betul. hentikan berita palsu. berikan kewangan kepada banyak pihak: yang bantu orang susah, yang bantu pegawai hadapan (frontliner), kalau tak boleh, doakan semuanya selamat.
Dalam Islam, kita diajar, perlu usaha, doa dan tawakal. usaha telah dilakukan, maka marilah kita berdoa agar pandemik ini berakhir... dan tawakal dengan usaha dan doa kita lakukan....
semoga pandemik ini berjaya kita atasi bersama....
*p/s: penulis bukan pakar perubatan, atau pakar dalam membantu. sekadar menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh orang lain
regards
No comments:
Post a Comment