Assalamu'alaykum,
So, kali ni, saya akan berkongsi pula tentang satu buku yang baru saya habiskan bacaannya, iaitu buku karya Ramlee Awang Murshid, daripada siri Sunan, iaitu;
Cinta Sang Ratu
ok, buku ni, kalau ikut susunan jalan cerita, adalah buku yang keempat daripada siri Sunan. selepas beberapa kali Laksamana Sunan atau Saifudin menempuh pelbagai halangan. kali ini, ceritanya juga masih berkisar tentang tentangan daripada Maharani, pemerintah Pulau Utara, dan anak angkatnya, Sang Ratu.
Sang Ratu telah diarahkan oleh Maharani untuk pergi menyerang Aceh, yang diterajui oleh Laksamana Sunan. Sang Ratu sekali lagi telah dikalahkan, dan dia dan bala tenteranya bertolak pulang ke Pulau Utara. akan tetapi, dalam perjalanan pulang, Sang Ratu masih tergiang-ngiang apa yang dikatakan oleh Laksamana Sunan. Dan dia menggunakan "kesaktiannya" untuk balik ke rumah Laksamana Sunan, dan akhirnya berjaya memanah belakang Laksamana Sunan, menyebabkan Laksamana Sunan terluka. Bagaimanapun, selepas beberapa ketika Sang Ratu tertarik pula dengan akhlak Laksamana Sunan, yang baik hati, dan sentiasa memaafkan...
Akan tetapi sesuatu terjadi, dan Laksamana Sunan dan Sadik terpaksa bertolak ke Pulau Utara untuk berjumpa dengan Maharani. Dalam perjalanan beberapa peristiwa juga berlaku. Dan mereka berjumpa dengan Katiswara.
---------------------------------------
Dalam masa yang sama, terdapat satu lagi cerita berkenaan Haryani dan Dani di hujung dunia yang lain, yang lebih moden. Haryani mencari Dani di bumi Aceh, dan bersendirian mencari jalan untuk ke bumi Aceh yang dilanda Tsunami. Dia berjaya mendapatkan kenderaan untuk ke Aceh, tanpa sedari dia bakal menjadi "mangsa" kepada sekumpulan orang kampung yang pelik.
Dani pula seperti hilang ingatan di bumi Aceh, dan dibantu oleh Pak Mustakim dan anaknya Saliha. Saliha telah didatangkan mimpi untuk membantu Dani memulihkan ingatannya semula. Pak Mustakim kemudiannya mengambil keputusan untuk pergi ke kampung yang bakal Haryani "terjebak" bersama Saliha dan Dani...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
apa akan terjadi kepada pertemuan antara Laksamana Sunan dengan Katiswara? siapa itu Katiswara? adakah mereka akan berjumpa dengan Maharani? apa terjadi pada Sang Ratu pula?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
apa akan terjadi kepada pertemuan antara Laksamana Sunan dengan Katiswara? siapa itu Katiswara? adakah mereka akan berjumpa dengan Maharani? apa terjadi pada Sang Ratu pula?
Bagaimana nasib Haryani? adakah akhirnya dia akan bertemu dengan Dani? apa sebenarnya terjadi kepada Pak Mustakim hingga bersungguh hendak ke "kampung pelik" itu?
--------------------------------------
--------------------------------------
Sejujurnya, asalnya saya berminat dengan Siri Sunan selepas tertarik dengan "penceritaan" budi pekerti Laksamana Sunan dalam buku yang lain, dan tertarik dengan "thriller" yang dihadiahkan dalam buku buku terdahulu.
Kali ini, buku ini ada diselitkan unsur-unsur percintaan juga, dalam 2 dunia berbeza juga. satu zaman Penghujung Abad 15, dan keduanya di Penghujung Abad 21. ceritanya tidak saling berkait, tapi bergerak selari. plot twist yang diberikan juga ada yang boleh dijangka, tapi ada yang diluar jangka.
Jalan ceritanya ada yang agak perlahan, kerana penulis nak memudahkan orang faham apa akan terjadi kepada watak-watak dalam novel ini. Kalau baca dengan laju, lebih mudah faham dan hadam.
orait, selamat menikmati buku ini, boleh dapatkan di toko-toko buku, eh, kedai-kedai buku berhampiran anda...
regards
No comments:
Post a Comment