Friday, April 10, 2020

Program Geoinformatik - Drone guna untuk apa?

Assalamu'alaykum,

Uuuu... lama betul tak bercerita tentang program Geoinformatik ni. last di-post pada bulan 7 tahun 2019. wow... dah lebih setengah tahun.

well, disebabkan kekangan masa dan idea, biasalah, jadi mind-block pula...

anyway, hari ni nak sambung cerita pasal kumpul data pula. data dalam bidang GIS ni terlalu banyak, dan sentiasa berkembang, akan tetapi, konsep asasnya masih sama antara satu dengan lain.

so, kali ni nak cerita satu kaedah terkini, tapi asasnya tetap sama dengan kaedah kumpul data yang lain. teknik sahaja berbeza. kali ni menggunakan Drone... atau juga dikenali sebagai UAV (Unmanned Ariel Vehicle - Kenderaan udara tanpa pemandu).

Secara asasnya, jenis drone yang digunakan, ada 2 je. iaitu sayap tetap (fixed wing), dan juga berkopter-kopter, yang banyak kipas-kipas tu la. ni yang biasa orang guna... ada yang empat kipas, ada 6 kipas, ada kipas kecik, ada kipas besar, ada sampai 8 kipas... so, bilangan kipas akan menukar nama drone tu.

a. fixed wing ni, adalah bentuk dia macam kapal terbang biasa. ada 2 sayap. dan arah penerbangannya hanya satu je. kalau terbang, kena baling, atau guna alat pelepasan....

Image result for fxed wing drone
sumber: https://www.engadget.com/2016/08/23/you-can-buy-parrots-fixed-wing-disco-drone-in-september/

b. yang kopter-kopter ni, biasanya ikut bilangan kipas. dan ianya konsep macam helikopter. boleh naik-turun menegak, dan arahnya boleh pelbagai

Image result for lidar drone
Sumber: https://altigator.com/drone-embedded-lidar-technology-on-onyxstar-fox-c8-hd/

ok, so dah tahu jenis drone. pastu data dia pula.. apa yang dikumpulkan?

secara asasnya, drone digunakan untuk kumpul data "bergambar"... asasnya data yang diambil adalah berbentuk imej/gambar, tak kisahlah guna kamera apa pun. cumanya, pada drone tak dipanggil kamera, tapi kita panggil sensor (alat pengimbas). selain gambar/imej, satu lagi adalah data laser. itu kemudian la cerita...

anyway, sensor ni yang banyak, ada RGB (Red-Green-Blue/Merah-Hijau-Biru), ada yang multi-spectral, ada yang hyperspectral, ada yang thermal, ada yang laser. Jenis-jenis sensor ni akan pengaruhi ketepatan data/imej yang diambil. jadi perlu lihat kepada keperluan. Makin bagus sensor, harga pun pastinya akan meningkat kan?


orait, rasanya kita bincang setakat ni dulu. nanti jenis-jenis data, multi-spectral tu, akan bincang kemudian. ianya berkait juga dengan data dari Satelit. haaa....


orait, kita jumpa di masa akan datang pula ye..

regards

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...