Friday, August 30, 2019

travelogzakri - Kerepek Ayer Hitam - Kedai Cowboy

Assalamu'alaykum,

Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jenis kerepek lagi. So, deretan kedai kerepek ni, telah terbakar pada bulan Ogos tahun 2018, rujuk artikel di bawah:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/365714/lapan-kedai-kerepek-hangus

Jadi, kami pun lama tak pergi beli kerepek. jadi dalam perjalanan balik dari KL (meeting kat KL ye), kami pun menyinggah le ke tapak kedai kerepek lama ni. Pastu memang deretan kedai itu tidak dinaikkan pun. memang dibiarkan kosong.

jadi kami pun bertanya-tanyalah kepada orang yang ada di situ. ada seorang auntie ni berbaik hati memberitahu yang kedai-kedai kerepek ni telah berpindah ke terminal bas Ayer Hitam yang baru, eh, bersebelahan dengan terminal bas baru. iaitu Arena Warna.



jadi kami pun bergegas la ke sana.... alhamdulillah, tidak kempunan kami kali ni.

Ok, mungkin yang pernah pergi deretan kedai ini, familiar dengan "pakcik Cowboy" yang ramah mesra. kami pun berpusing-pusing la mencari. letih juga, kawasan ni lebih besar, dan pengudaraan juga baik.

Akhirnya, kami terpaksa bertanya juga kepada salah seorang penjual, dan dia beritahu kedai pakcik cowboy ada kat satu bucu, belakang deretan kedai depan sekali. Alhamdulillah, berjumpa juga.... nama kedainya adalah kedai Hamidah, dan ada topi cowboy kat pintu depannya. haha...



so, kalau korang mencari gerai kerepek pakcik cowboy, boleh cari la ye. kalau dari pintu depan arena warna ni, korang terus masuk, belok kiri, kedai paling hujung sebelah kiri.

senang je...


orait...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...