Friday, August 16, 2019

travelogzakri: Trip ke Penang - Masjid Tanjung Bungah

Assalamu'alaykum,


Orait, so, kalau anda pegi ke Penang, jangan lupa menyinggah di pantai yang menarik di sini, iaitu Pantai Batu Feringgi. tapi untuk post ni, bukan menceritakan pasal pantai ini, tapi satu lagi tempat menarik berdekatan area Batu Feringgi ni, iaitu Masjid Tanjung Bungah.





Masjid ini adalah masjid terapung sebenarnya. dibina di atas laut (pantai), dan kawasan solatnya memang berada di atas air. Masjid ini juga sangat cantik binaannya, yang mana rekaan dalamannya sangat menarik dan indah.





Masjid ini berada di kawasan tanjung, dan sebelahnya teluk, jadi ombak tidak terlalu besar, dan kurang memberi impak kepada binaan masjid. dari ruang luar masjid, kita boleh lihat juga sampan dan bot nelayan yang berlabuh di sini, wujud bersama-sama bangunan yang tinggi melangit.



orait, kalau anda ke Pulau Pinang, jangan lupa ye menyinggah ke sini!

sampai jumpa lagi~

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...