Friday, September 06, 2019

Review Buku: The Adventure of the Noble Bachelor - Sherlock Holmes (Audio Book)

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni nak bercerita pula tentang satu lagi novel karya Sir Conan Doyle. Dan masih lagi dalam siri Sherlock Holmes. Kali ni, bertajuk the Adventure of the Noble Bachelor.

Kalau tengok tajuk mesti dah tahu, lebih kepada kisah cintan-cintun kan? tidak semestinya. Walaupun ada sikit tentang cintan cintun, masih ada misteri yang menyelubunginya.

Kisah ni bermula bila seorang lelaki datang berjumpa dengan Sherlock Holmes, dan mengadu, yang isterinya hilang secara misteri selepas dia berkahwin dengan isterinya. Ianya berlaku pada pagi selepas hari perkahwinan mereka.

Lelaki ini yang merupakan seorang bangsawan (Noble) ini, menyatakan bahawa pagi hari kejadian, isterinya telah makan sarapan sebentar, dan kemudian dia kembali ke kamarnya. akan tetapi, bila pembantunya pergi melihat di bilik, tiada sesiapa di dalam bilik. dan baju pengantin juga masih ada.

Sherlock bertanyakan beberapa perkara, terutama peristiwa yang berlaku secara terperinci kepada lelaki tersebut. selepas mendapat jawapan, Sherlock meminta lelaki itu pulang dahulu, dan dia akan cuba mencari beberapa maklumat tambahan.

Sherlock kemudiannya keluar mencari maklumat tambahan. Dia berjmpa inspektor Lestrange, dan berkongsi beberapa maklumat, seperti apa yang ada dalam jaket/pakaian pengantin yang ada dalam biliknya.

Selepas itu, Sherlock keluar lagi mencari maklumat tambahan. Dan pada masa seterusnya, Sherlock memanggil lelaki bangsawan itu berjumpa semula dengannya. Bila lelaki itu datang berjumpa Sherlock, tidak lama kemudian, isterinya datang bersama seorang lelaki...

apa yang terjadi? Kenapa perempuan si isteri melarikan diri dari suami yang baru dikahwininya? macamana perempuan itu boleh datang ke pejabat Sherlock? apa akan terjadi?

boleh cuba dengar kisah ini atau baca buku ini...

regards...

berjumpa dalam siri review buku akan datang pula...

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...