orait, bagi menutup perjalanan travelog kami ke Penang, kami menyinggah di salah satu tempat bersejarah, dan ikonik di Penang, iaitu KFC Jalan Larut. KFC ini telah dibuka pada tahun 1986, dan antara KFC yang tertua di Malaysia. Kami berkesempatan untuk menyinggah ke KFC ini selepas pulang dari melawat Masjid Tanjung Bungah.
Bangunan ini adalah bangunan zaman kolonial, dan telah disewakan kepada KFC dari 1986. dan dalamannya sangat menarik, dengan gabungan antara senibina lama dan juga teknologi moden.
Akan tetapi, KFC ini telah ditutup bermula 15 Mac 2019. dan ianya kini hanya menjadi salah satu lagi kenangan dalam travelog kami.
https://www.penangpress.com/kfc-jalan-larut-ditutup/
orait, nampaknya itu sahaja kisah pengembaraan kami kali ini, ke Pulau Pinang....
kami masih ada tempat lagi mahu pergi selepas ini. ke mana? belum tahu. dan jika ada, kami akan ceritakan lagi dalam post-post mendatang!!
regards dan jumpa lagi!!!
No comments:
Post a Comment